Curtiss XF15C-1 ialah prototaip pejuang pendorong campuran yang dibina sekitar tahun 1940-an. Ia merupakan antara beberapa reka bentuk serupa yang ditempah oleh Tentera Laut AS sebelum pesawat enjin jet tulen menunjukkan keupayaan untuk beroperasi dari kapal induk dan reka bentuk pendorong campuran telah ditinggalkan. Hanya tiga buah prototaip telah dibina, yang pertama telah ranap dalam ujian, manakala yang kedua telah dibatalkan dan yang terakhir bertahan sehingga hari ini.

XF15C
Peranan Pesawat pejuang
National origin Amerika Syarikat
Pengeluar Curtiss Aeroplane and Motor Company
Penerbangan sulung 27 Februari 1945
Jumlah dibina 3

Pembangunan sunting

Menjelang akhir 1940-an, Tentera Laut Amerika Syarikat berminat dengan konsep kuasa campuran untuk pejuang bawaan kapalnya. Enjin jet pada era itu mempunyai tindak balas pendikit yang sangat perlahan, ini menimbulkan kebimbangan dari aspek keselamatan sekiranya pendekatan terlepas pada kapal pengangkut pesawat kerana pesawat itu mungkin tidak dapat mendikit dengan cukup cepat untuk terus terbang selepas meninggalkan hujung dek. Ini membawa kepada tempahan untuk beberapa pesawat pejuang yang menggunakan sistem pendorong campuran, termasuk pesawat FR Fireball .

Oleh itu, tempahan telah dibuat dengan Curtiss pada 7 April 1944 untuk penghantaran tiga pesawat kuasa campuran, yang dinamakan F15C. Dikuasakan oleh kedua-dua enjin kipas Pratt & Whitney R-2800 Double Wasp 2,100 hp (1,566 kW), dan turbin jet Allis-Chalmers J36, pesawat ini secara teorinya adalah pesawat pejuang terpantas dalam Tentera Laut AS pada masa itu.

Sejarah operasi sunting

Penerbangan pertama prototaip pertama pada 27 Februari 1945 dilakukan tanpa dipasang turbojet. Apabila selesai, pada April tahun yang sama pesawat itu kemudiannya menjalankan beberapa percubaan kuasa campuran, namun pada 8 Mei, ia terhempas semasa hendak mendarat. Prototaip kedua terbang buat kali pertama pada 9 Julai, sekali lagi pada tahun 1945, dan tidak lama kemudian diikuti oleh prototaip ketiga. Kedua-dua pesawat menunjukkan harapan baik, bagaimanapun pada Oktober 1946, Tentera Laut telah kehilangan minat dalam konsep kuasa campuran dan membatalkan pembangunan selanjutnya.

Pesawat yang masih hidup sunting

XF15C-1
Daripada dua baki prototaip pesawat luar biasa ini, satu telah dilupuskan selepas Perang Dunia II ,  dan satu lagi kekal dalam simpanan sehingga ia dikeluarkan oleh Tentera Laut AS untuk dipamerkan di muzium. Ia kemudiannya disimpan di Muzium Udara Quonset di Kingstown Utara, Pulau Rhode . [1] [2] Sebahagian bumbung telah runtuh kerana ais dan salji pada Mac 2014, dan muzium ini kini ditutup. [2] Satu-satunya pesawat yang terselamat kini dipamerkan secara statik di Muzium Penerbangan Hickory, di Hickory, Carolina Utara. [3]

Spesifikasi sunting

Data dari Jane's all the World's Aircraft 1947,[4] Curtiss aircraft 1907-1947[5]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 1
  • Panjang: 43 ka 8 in (13.32 m) tail up
  • Rentang sayap: 48 ka (15 m)
  • Lebar: 20 ka 5 in (6.22 m) wings folded
  • Tinggi: 15 ka 3 in (4.65 m) wings spread; 17 ka (5.2 m) wings folded
  • Luas sayap: 400 ka2 (37 m2)
  • Berat kosong: 12,648 lb (5,737 kg)
  • Berat kasar: 16,630 lb (7,543 kg)
  • Berat berlepas maks: 18,698 lb (8,481 kg) maximum overload
  • Janakuasa: 1 × Pratt & Whitney R-2800-34W Double Wasp 18-cyl. air-cooled radial piston engine, 2,100 hp (1,600 kW)
  • Janakuasa: 1 × Allis-Chalmers J36 centrifugal flow turbojet, 2,700 lbf (12 kN) tujahan
  • Bebaling: 4-bilah Hamilton Standard constant-speed fully feathering propeller, 13 ka 1 in (3.99 m) diameter

Prestasi

  • Halaju maksimum: 469 mph (755 km/j, 408 kn) both engines at 25,300 ka (7,700 m)
  • Jarak: 1,385 bt (2,229 km, 1,204 nmi)
  • Had khidmat: 41,800 ka (12,700 m)
  • Kadar mendaki: 5,020 ft/min (25.5 m/s)

Persenjataan

  • Meriam: 4x wing-mounted 20 mm (.79 in) cannon


Lihat juga sunting

Pesawat setanding sunting

Rujukan sunting

 

  1. ^ Vladimir Yabukov. "Curtiss XF15C-1, Quonset Air Museum, North Kingstown, RI, by Vladimir Yakubov". svsm.org. Dicapai pada 10 August 2017.
  2. ^ a b "Quonset Air Museum". AviationMuseum. Dicapai pada 10 August 2017.
  3. ^ Bailey, John (16 May 2018). "Rare jet to debut at aviation museum". Hickory Daily Record. Dicapai pada 28 April 2019.
  4. ^ Bridgman, Leonard, penyunting (1947). Jane's all the World's Aircraft 1947. London: Sampson Low, Marston & Co. m/s. 211c–212c.
  5. ^ Bowers, Peter M. (1979). Curtiss aircraft : 1907-1947. London: Putnam. m/s. 506–508. ISBN 0370100298.

Bibliografi sunting

  • Andrews, Hal (1977). "End of a Line... The Last Curtiss Navy Fighter". Air Enthusiast (3): 98–108. ISSN 0143-5450.
  • Bedford, Alan (May–June 1999). "Earl American Carrier Jets: Evolving Jet Operations with the US Fleet, Part One". Air Enthusiast (81): 13–19. ISSN 0143-5450.
  • Green, William; Gordon Swanborough. The Complete Book of Fighters. Godalming, UK: Salamander Books. m/s. 143–144.

Pautan luar sunting