Cuti tanpa gaji lazimnya merupakan cuti yang diminta oleh pekerja atau cuti akibat salah laku seorang pekerja.

Sesebuah syarikat swasta yang mengalami masalah kewangan juga boleh menawarkan cuti tanpa gaji kepada pekerjanya. Ini membolehkan syarikat tersebut mengurangkan kos tanpa risau kehilangan pekerja.

Malaysia sunting

Cuti tanpa gaji sekurang-kurangnya 6 bulan boleh diberi kepada kakitangan kerajaan Malaysia mengikut Perintah Am 14 dan 52 Bab ‘C’ dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991. Kadarnya 30 hari setahun atau tidak lebih 360 hari.

Syaratnya: Cuti rehat telah habis digunakan. Boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah peribadi di dalam dan luar negeri seperti mengikut suami yang bekerja dan belajar di luar negeri.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting