CyberAgent Inc. (Jepun: 株式会社サイバーエージェント, Hepburn: Kabushiki-gaisha Saibāējento) adalah sebuah syarikat pengiklanan digital Jepun. ia diasaskan pada 1998 oleh Susumu Fujita dan beribu pejabat di Shibuya, Tokyo.[1][2][3] Syarikat ini dimiliki oleh Susumu Fujita dengan pegangan syarikat pada 20.50%; Fujita merupakan wakil pengarah manakala Yusuke Hidaka adalah naib pengerusi eksekutif.[4][5]

CyberAgent Inc.
Nama asli株式会社サイバーエージェント
Nama rumiKabushiki-gaisha Saibāējento
Jenis/bentuk sahPublic
Didagangkan sebagaiTYO: 4751
ISINJP3311400000
IndustriOnline advertising
Media and Entertainment
Streaming media
Video games
Ditubuhkan18 Mac 1998; 26 tahun yang lalu (1998-03-18)
PengasasSusumu Fujita
Ibu pejabatAbema Towers
150-0042 Shibuya, Tokyo, Japan
Kawasan perkhidmatanWorldwide
Tokoh penting
  • Susumu Fujita (Representative Director)
  • Makoto Fujita (President)
  • Yusuke Hidaka (Executive Vice President)
  • Takahiro Yamauchi (Director)
Keluaran
PerkhidmatanLicensing
Hasil ¥30.4 billion (2019)
Pendapatan kendalian¥30,825 million (2019)
Pendapatan bersih¥16,131 million (2019)
Jumlah aset¥224,876 million (2019)
PemilikSusumu Fujita
(20.50%)
Bilangan kakitangan5,282 (2019)
Anak syarikatAbemaTV (55.2%)
Ameba
Cygames (69%)
Craft Egg
CyberZ
FC Machida Zelvia
CCPR
Sirok
GCrest
Griphone
WinTicket
CyberFight
Tapak webcyberagent.co.jp
Facebook: CyberAgent.Inc Twitter: CyberAgent_PR Instagram: cyberagent_official Youtube: UCpTYudkD6u9uEZdc3ORVq2A GitHub: CyberAgent Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Syarikat CyberAgent disenaraikan di dalam Bursa Saham Tokyo dan merupakan salah satu konstituen dalam saham Nikkei 225 sejak tahun 2000. [6]

Pada tahun 2016, syarikat ini telah menubuhkan perkhidmatan penstriman secara siaran langsung yang dipanggil ''FRESH LIVE'' [ja] . [7] Pada 1 April tahun 2016 perkhidmatan itu telah dipindahkan kepada salah satu anak syarikat CyberAgent iaitu syarikat AbemaTV dan nama penstriman tersebut ditukar kepada AbemaTV FRESH! [8] Pada 26 Jun tahun 2018, nama perkhidmatan tersebut ditukar lagi kepada FRESH LIVE . [9] Perkhidmatan itu mula ditutup secara beransur bermula pada 12 Februari tahun 2019 dengan menghalang penciptaan saluran baharu dan segala pengarkiban dan fungsi lain di saluran sedia ada mula ditutup. Penutupan sepenuh perkhidmatan tersebut adalah pada 30 November tahun 2020 setelah ia diumumkan pada 9 Oktober 2020. Sejak tahun 2019, CyberAgent telah menyepadukan perkhidmatan dengan OPENREC.tv, salah satu lagi perkhidmatan penstriman siaran langsung yang dikendalikan oleh anak syarikat CyberAgent iaitu CyberZ, dan beberapa saluran yang sedia ada sudah berhijrah ke perkhidmatan itu. [10] [11] [12]

Kontroversi dan kritikan sunting

Pada April tahun 2015, salah seorang bekas pekerja syarikat CyberAgent telah menuduh syarikat tersebut telah mencuri artikel dan imej tanpa kebenaran, memberikan sumber petikan yang tidak sesuai, dan pemasaran gerila. BuzzFeed Japan juga menuduh syarikat itu untuk perkara yang sama tetapi dakwaan kemudiannya dinafikan. [13] [14] [15]

Pada musim luruh tahun 2016, tapak web maklumat penjagaan kesihatan DeNA "WELQ" telah menghadapi masalah disebabkan kandungan yang tidak sesuai dan petikan yang tidak sesuai, dan dalam tempoh dari 1 hingga 2 Disember 2016, beribu-ribu artikel yang berkaitan dengan perubatan dan kesihatan yang berkaitan dengan katakunci "Spotlight" dan beberapa peratus daripada kira-kira 35,000 artikel berkaitan oleh pengguna S telah dipadamkan. Syarikat CyberAgent menjelaskan bahawa artikel milik persendirian itu ditulis oleh pengguna berdaftar, walaubagaimanapun tuntutan syarikat tersebut tidak dapat disahkan sepenuhnya. Sebagai langkah pengjagaan, syarikat tersebut telah memadam semua artikel yang disiarkan termasuk artikel yang ditulis oleh penggun berdaftar. Lebih kurang 100,000 artikel telah dipadamkan. [16] [17] [18]

Rujukan sunting

  1. ^ "オフィス移転遍歴から見る株式会社サイバーエージェントの歴史とは|officee magazine". officee.jp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-19. Dicapai pada 2020-06-07.
  2. ^ "【保存版】サイバーエージェントによる新規事業開拓の歴史". strainer.jp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-19. Dicapai pada 2020-06-07.
  3. ^ "The社史". the社史. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-19. Dicapai pada 2020-06-07.
  4. ^ "サイバーエージェント(サイバー)【4751】の大株主と資本異動情報|株探(かぶたん)". kabutan.jp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-19. Dicapai pada 2020-06-07.
  5. ^ "上場時の大株主はどんな構成だったのか?が少し気になったので11社だけ見てみた". BLOGOS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-19. Dicapai pada 2020-12-19.
  6. ^ "Nikkei 225NKY:IND". Bloomberg. Dicapai pada May 25, 2020.
  7. ^ "ハードワーカーの帝王・CA藤田晋社長(元麻雀最強位)に突撃取材!「ニコ生の麻雀番組だと牌が見づらいからAmebaFRESH!を作った」". AOLニュース. 2016-01-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-19. Dicapai pada 2016-04-07.
  8. ^ "株式会社AbemaTVへの「AmebaFRESH!」事業の譲渡について" (Siaran akhbar). 株式会社サイバーエージェント. 2016-03-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-19. Dicapai pada 2016-04-07.
  9. ^ "ライブ配信サービス「FRESH!」がブランド刷新し、「FRESH LIVE」へ名称変更 配信者が番組への応援を募る"プロジェクト機能"の正式提供を開始". 株式会社サイバーエージェント. 2018-06-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-19. Dicapai pada 2018-06-26.
  10. ^ "FRESH! OPENREC統合のお知らせ". 日本プロ麻雀連盟. 2020-08-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-19. Dicapai pada 2020-11-17.
  11. ^ "「OPENREC.tv」と「FRESH LIVE(無料配信チャンネル)」のサービスを統合". 株式会社サイバーエージェント. 2019-01-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-19. Dicapai pada 2020-11-17.
  12. ^ "FRESH LIVEサービス終了のお知らせ". DAILY FRESH LIVE(デイリーフレッシュライブ). 2020-10-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-19. Dicapai pada 2020-11-17.
  13. ^ 山本一郎 (2015-04-30). "サイバーエージェントなど特定企業の社員が違法なネイティブアドビジネスにぶっこんでいる件で". yahoo!ニュース. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-20. Dicapai pada 2016-12-18.
  14. ^ ヨッピー (2016-12-09). "炎上中のDeNAにサイバーエージェント、その根底に流れるモラル無きDNAとは". yahoo!ニュース. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-19. Dicapai pada 2016-12-18.
  15. ^ 播磨谷拓巳 「悪質記事は神への冒涜」 サイバーエージェント「Spotlight」を殴るヨッピーに聞いた Diarkibkan 2020-12-19 di Wayback Machine BuzzFeed Japan 2016/12/09
  16. ^ イッコウ (2016-12-05). "キュレーションメディアで記事の削除・非公開化続く 「Spotlight」「by.S」でも一部記事を非公開に". ねとらぼ. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-19. Dicapai pada 2016-12-18.
  17. ^ 中村二郎 (2016-12-06). "DeNA「まとめサイト非公開」が他社にも波及、"反買いたたき"の取り組みも始まる". 日経BP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-20. Dicapai pada 2016-12-18.
  18. ^ "まとめサイト、終了・公開中止相次ぐ リクルートなど". 日本経済新聞. 2016-12-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-20. Dicapai pada 2016-12-18.

Pautan luar sunting

Templat:CyberAgentTemplat:CygamesTemplat:CyberFightTemplat:DDT Pro-Wrestling