8 Negara Membangun

(Dilencongkan dari D-8)

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Membangun atau D8 (Bahasa Inggeris: D-8 Organization for Economic Cooperation) merupakan sebuah kumpulan negara membangun yang membentuk satu pakatan pembangunan ekonomi. Apabila bergabung, negara-negara ini membentuk 13.5% daripada populasi global dalam tahun 1997. Ia mengandungi Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki. Kumpulan ini ditubuhkan selepas satu pengumuman di Istanbul, Turki pada 15 Jun 1997. Keahlian ini adalah terbuka kepada negara-negara lain daripada negara-negara ahli masakini walaupun tiada rancangan untuk menambah ahli.

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Membangun
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan antara kerajaan Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan 
Tapak webwww.developing8.org
Facebook: D8org Twitter: d8org Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk1996
1997 (1 Sidang Kemuncak)
Pengurusan
Setiausaha AgungDato’ Ku Jaafar Ku Shaari  Malaysia
Lokasi
Members of D-8[1]
Ibu pejabatIstanbul, Turki
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Seperti yang dinyatakan oleh Penerbitan Perangkaan dan Fakta D8: "Objektif D-8 adalah untuk membangunkan kedudukan negara-negara membangunkan di dunia ekonomi, mempelbagaikan dan mencipta peluang-peluang baru di dalam perhubungan perdagangan, meningkatkan penglibatan dalam proses membuat keputusan pada peringkat antarabangsa, dan memberikan kehidupan yang lebih baik. "Kawasan kerjasama yang utama adalah kewangan, perbankan, pembangunan luar bandar, sains dan teknologi, pembangunan insan, pertanian, tenaga, alam sekitar dan kesihatan.[2]

Persetujuan perdagangan utama sunting

Perwakilan setiap lapan negara membangun kecuali Bangladesh telah memeterai satu Persetujuan Perdagangan Utama pada 14 Mei 2006 semasa Kemuncak D-8 ke-5 di Bali, Indonesia. Persetujuan ini dirangka untuk mengurangkan tarif barangan tertentu antara negara ahli secara beransur-ansur, dengan diawasi oleh satu jawatan kuasa penyeliaan. Tujuannya supaya halangan terhadap perdagangan bebas antara negara ahli dapat dikurangkan, dan kerjasama antara negara dapat ditingkatkan.

Struktur sunting

D-8 mempunyai tiga badan: Sidang Kemuncak, Majlis dan Suruhanjaya. Sidang Kemuncak, yang bersidang setiap dua tahun, merupakan kuasa tertinggi, dan terdiri dari pemimpin setiap negara. Majlis pula merupakan badan utama yang bertanggungjawab membuat keputusan dan forum bagi mempertimbangkan isu yang berkaitan dengan D8, dan terdiri dari menteri luar negeri setiap negara. Suruhanjaya mempunyai kuasa eksekutif, dan terdiri dari Pesuruhjaya yang dilantik oleh setiap negara ahli. Pesuruhjaya bertanggungjawab menggalakkan pematuhan keputusan D-8 di negara masing-masing. Seterusnya, terdapat seorang pengarah eksekutif yang dilantik untuk memudahkan perhubungan dan bertindak sebagai penyelia di setiap sidang kemuncak atau perhimpunan lain.

Sidang kemuncak D-8 sunting

Tarikh Negara tuan rumah Pemimpin tuan rumah Lokasi penganjuran
1 Jun 1997   Turki Necmettin Erbakan Istanbul
2 Mac 1999   Bangladesh Sheikh Hasina Dhaka
3 Februari 2001   Mesir Hosni Mubarak Cairo
4 Februari 2004   Iran Mohammad Khatami Tehran
5 Mei 2006   Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono Bali
6 Julai 2008   Malaysia Abdullah Ahmad Badawi Kuala Lumpur
7 Julai 2010   Nigeria Goodluck Jonathan Abuja
8 November 2012   Pakistan Asif Ali Zardari Islamabad
9 Oktober 2017   Turki Recep Tayyip Erdoğan Istanbul
10 April 2021   Bangladesh Sheikh Hasina Sidang maya

Setiausaha Agung D-8 sunting

No. Nama Negara asal Mula khidmat Tamat khidmat
1 Ayhan Kamel   Turki 1997 2006
2 Dipo Alam   Indonesia 2006 2010
3 Widi Agoes Pratikto   Indonesia 2010 2012
4 Seyed Ali Mohammad Mousavi   Iran 2013 2017
5 Ku Jaafar Ku Shaari   Malaysia 2018 penyandang

Pautan luar sunting

  1. ^ The official website Diarkibkan 12 September 2017 di Wayback Machine adopts the "G-15" orthography (with a hyphen) in order to distinguish an abbreviated reference to this group – contrasts with other similarly named entities.
  2. ^ "D-8 Facts and Figures". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-08-16. Dicapai pada 2001-08-16.