Dagok Randen

(Dilencongkan dari D. A. Dago anak Randan)

D. A. Dago anak Randan @ Dagok Anak Randen ialah ahli politik Malaysia dari Sarawak yang telah dilantik menyertai Dewan Rakyat selepas Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Singapura membentuk Malaysia. Beliau telah dilantik pada 10 November 1965 menggantikan Abang Othman Abang Moasili yang meletak jawatan[1].

Pada sidang Parlimen 6 Februari 1969, beliau membangkitkan keperluan menyiarkan sidang Dewan Rakyat setiap hari melalui RTM ke Sarawak. Berita tentang Bidayoh (Tanah Dayak) melalui Radio Sarawak sangat sedikit .

Rujukan sunting

  1. ^ "Parliamentary Debates" (PDF). Parlimen Malaysia. 10 November 1965. Dicapai pada 18 Julai 2021.