Major D. R. Bridges adalah pegawai kebajikan yang mengasaskan percetakan bahan braille di Malaysia pada tahun 1948. Major D. R. Bridges merupakan seorang pegawai tentera British yang buta dalam peperangan Jepun-Burma. Beliau kemudiannya mendapat latihan di St. Dunstan sebelum ditempatkan di Malaysia untuk mendirikan perkhidmatan bagi mereka yang kurang upaya, terutamanya yang buta.

Major D. R. Bridges kemudiannya telah mengasaskan Persatuan Orang-orang Buta Malaysia. Beliau merupakan orang utama dalam sejarah perkembangan braille di Malaysia kerana beliaulah yang bertanggungjawab bagi pembentukan dua strategi dalam mengasaskan Unit Penerbitan braille, iaitu bagi memberikan peluang pekerjaan bagi orang-orang buta dan bagi menerbitkan bahan braille bagi Rumah St.Nicholas yang sedang berubah untuk menjadi sekolah menengah utama pertama bagi orang buta di Malaysia.

Major Bridges meninggal dunia pada tahun 2005.


Rujukan sunting

  • A SHORT HISTORY OF BRAILLE PRODUCTION IN MALAYSIA By Ivan Ho Tuck Choy, Executive Director, National Council for the Blind, Malaysia