D. R. Seenivasagam

Darma Raja Seenivasagam (1925, Ipoh - 15.3. 1969, Ipoh) merupakan pemimpin politik utama bagi Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sebelum 1959 dikenali sebagai Parti Progresif Perak. Dia merupakan keturunan Tamil Ceylon, bapanya merupakan seorang peguambela Ceylon dari Jaffna. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Ipoh, negeri Perak (1958-1964).

Yang Berhormat

D. R. Seenivasagam
Anggota Parlimen
untuk Ipoh, Perak
Butiran peribadi
LahirPerak Ipoh, Perak
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Darma Raja Seenivasagam mengasaskan PPP bersama saudara lelakinya, S.P. Seenivasagam pada tahun 1953 selepas berpecah dari Parti Buruh. Kedua mereka merupakan peguam terkenal di Perseketuan Malaya sebelum membentuk parti tersebut. Kubu kuat Parti Progresif Penduduk adalah di Perak dan ia menerima sokongan kuat, terutamanya dari pengundi Cina Malaysia.

Pada pilihanraya tahun 1954, yang pertama disertai oleh PPP, dia dipilih sebagai Ahli Bandaraya Ipoh dan Menglembu di bawah tiket Perikatan (UMNO, MCA, MIC). Dia kalah dalan Pilihanraya Persekutuan 1955 tetapi memenangi kerusi dalam pilihanraya kecil 1956.

Seenivasagam dipilih dalam pilihanraya kecil 1957 bagi kerusi parlimen Ipoh yang dikosongkan oleh Tun Leong Yew Koh yang menjadi Gabenor Melaka pertama.

Semasa menjadi pembangkang, Seenivasagam memimpin PPP bagi membentuk Majlis Solidariti Malaysia ("Malaysian Solidarity Council-MSC") pada tahun 1965 yang terdiri daripada parti pelbagai bangsa seperti Parti Tindakan Rakyat dan Parti Demokratik Bersatu (Singapura) (UDP). Dalam perhimpunan agung MSC yang pertama dan tunggal, beberapa pemimpin dari parti ini memberi ucapan yang menyokong Malaysian Malaysia. Seenivasagam dalam ucapannya menuduh Perikatan menggunakan Article 153 dalam Perlembagaan Malaysia bagi membuli bukan-Melayu".[1]

Dalam pilihanraya parlimen 1959, PPP memenangi kesemua kerusi di Perak. PPP mengulang kejayaannya pada tahun 1969.

Taman D. R. Seenivasagam, sebelumnya dikenali sebagai Taman Coronation, dinamakan sempenanya. Ia terletak di tengah Bandar Baru Ipoh dan terkenal kerana kemudahan rehlah dan pandangan permai. Ia terdiri dari padang permainan, tasik buatan yang dipenuhi dengan ikan, tapak semaian bagi pokok berpasu dan padang permainan trafik kanak-kanak. Terdapat juga kolam ikan karp Jepun.

Legasi sunting

Terdapat sebuah taman rekreasi di Ipoh dinamakan sempena nama beliau sebagai Taman D.R. Seenivasagam.

Rujukan sunting

  1. ^ Lee, pp. 616–617.