D1ce

kumpulan muzik lelaki Korea Selatan

D1ce (Hangul: 디원스 digubah sebagai D1CE; disebut sebagai "The Once") adalah kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang ditubuhkan di oleh D1ce Entertainment pada tahun 2019. Terdiri daripada lima orang ahli: Jo Yong-geun, Kim Hyun-soo, Jung Yoo-jun, Park Woo-dam and Woo Jin-young. Kumpulan ini memulakan penampilan sulung melalui album mini pertama Wake Up: Roll the World yang telah dikeluarkan pada 1 Ogos 2019. Kumpulan ini dibubarkan pada 20 Januari 2023.[1]

D1ce
D1ce di Wake Up: Roll the World showcase pada bulan Ogos 2019
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2019 (2019)–2023 (2023)
Syarikat rakaman
D1ce Entertainment
Pengkarya berkait
HNB
Bekas ahli
  • Jo Yong-geun
  • Kim Hyun-soo
  • Jung Yoo-jun
  • Park Woo-dam
  • Woo Jin-young

Sejarah

sunting

Pra-debut

sunting

Jung Yoo-jun merupakan peserta dalam siri survival Mnet Boys24 pada tahun 2016, menjadi ahli pra-debut Pasukan Blue.

Park Woo-dam, Woo Jin-young, Jo Yong-geun mengambil bahagian dalam siri survival Mnet Produce 101 Season 2 pada tahun 2017 di bawah Happy Face sub-label HF Music Company. Woo-dam, Jin-young dan Yong-geun masing-masing dikedudukan ke-35, ke-40 dan ke-93.

Park Woo-dam, Woo Jin-young, Jo Yong-geun, Kim Hyun-soo dan pelatih Happy Face yang lain turut serta dalam siri survival JTBC Mix Nine pada September 2017.[2] Jin-young berada di tangga ke-1, menjadi ahli kumpulan yang menang, namun debut kumpulan itu dibatalkan selepas rundingan kontrak yang tidak berjaya antara agensi pertunjukan dan peserta yang menang.[3] Hyun-soo dan Yong-geun masing-masing menduduki tempat ke-14, ke-25.

Semua ahli sebelum ini diperkenalkan sebagai pasukan pra-debut HNB (HappyFace Next Boy) dan telah mengeluarkan beberapa lagu sebagai unit atau duo sejak tahun 2017.

Pada Mac 2019, Happy Face Entertainment mengesahkan lima ahli yang akan debut dalam kumpulan ini dan akan menubuhkan label kumpulan mereka sendiri.[4] Nama kumpulan telah diundi oleh peminat, nama D1ce yang dicadangkan telah memenanginya.[5]

Pada 29 April 2019, D1ce Entertainment mengesahkan Jin-young akan mengambil bahagian dalam siri pertandingan rap Mnet Show Me The Money 8 dan kemudian mengesahkan bahawa rancangan D1ce untuk debut pada musim panas.[6]

2019: Debut dengan Wake Up: Roll the World

sunting

Kumpulan ini debut dengan album mini Wake Up: Roll the World dikeluarkan pada 1 Ogos 2019, dengan single utama "Wake Up". Satu showcase debut telah diadakan bersempena dengan perilisan album di SAC Art Hall.[7][8]

2020–2023: Draw You: Remember Me, single digital baru dan dibubarkan

sunting

Kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka yang bertajuk Draw You: Remember Me pada 17 Jun 2020, dengan single utama "Draw You".[9]

Pada 18 Ogos 2020, mereka mengeluarkan single kolaborasi bersama dengan Clef Crew bertajuk "One Summer".

Pada 30 November 2020, kumpulan ini mengeluarkan single digital pertama mereka "Good Day".[10]

Pada 10 Februari 2021, kumpulan ini mengeluarkan single digital kedua mereka "You're My Destiny".[11]

Pada 6 Mei 2021, Jo Yong-geun mendaftar untuk perkhidmatan ketenteraan wajibnya.[12]

Pada 9 Jun 2021, Woo Jin-young membuat debut solonya dengan album mini pertamanya [3-2 = A].[13]

Pada 27 September 2021, Park Woo-dam mendaftar untuk perkhidmatan ketenteraan wajibnya.[14]

Pada 18 Mac 2022, Kim Hyun-soo dan Jung Yu-jun membuat pengumuman melalui kafe peminat rasmi mereka. untuk menyertai tentera pada 21 Mac 2022.[15]

Pada 20 Januari 2023, D1ce Entertainment mengumumkan bahawa D1ce telah dibubarkan selepas kontrak mereka tamat.[16]

Bekas ahli

sunting
Nama Pengenalan ringkas
Pentas Penuh
Yonggeun
(용근)
Jo Yong-geun
(조용근 · 曹勇根)
  • Tarikh lahir: (1995-01-23) 23 Januari 1995 (umur 29)
  • Peranan: Ketua kumpulan, penyanyi vokal
  • Asal: Korea Selatan
  • Pendidikan: Universiti Kyunghee
Hyunsoo
(현수)
Kim Hyun-soo
(김현수 · 金賢洙)
  • Tarikh lahir: (1995-04-12) 12 April 1995 (umur 29)
  • Peranan: Ketua penyanyi vokal
  • Asal: Bandaraya Metropolitan Daegu, Korea Selatan
  • Pendidikan: Universiti Kyunghee
Yoojun
(유준)
Jung Min-hwan
(정민환 · 鄭民桓)
  • Tarikh lahir: (1995-07-26) 26 Julai 1995 (umur 28)
  • Peranan: Penyanyi vokal
  • Asal: Korea Selatan
  • Pendidikan: Universiti Kyunghee
Woodam
(우담)
Park Woo-dam
(박우담 · 朴優啿)
  • Tarikh lahir: (1995-08-02) 2 Ogos 1995 (umur 28)
  • Peranan: Penyanyi vokal utama
  • Asal: Korea Selatan
  • Pendidikan: Universiti Dong-ah
Jinyoung
(진영)
Woo Jin-young
(우진영 · 禹眞榮)
  • Tarikh lahir: (1997-05-31) 31 Mei 1997 (umur 27)
  • Peranan: Penyanyi rap, anggota termuda
  • Asal: Korea Selatan
  • Pendidikan: Universiti Kyunghee

Diskografi

sunting

Album mini

sunting
Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[17]
Wake Up: Roll the World
  • Dikeluarkan: 1 Ogos 2019
  • Label: D1CE Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
9
Draw You: Remember Me
  • Dikeluarkan: 17 June 2020
  • Label: D1CE Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
48

Single

sunting
Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
[20]
"Wake Up" (깨워) 2019 Wake Up: Roll the World
"Draw You" (너를 그린다) 2020 Draw You: Remember Me
"Good Day" Album-bukan single
"You're My Destiny" 2021

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "디원스(D1CE) 전속 계약 만료 안내'". cafe.daum.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-01-20. Dicapai pada 2023-01-20.
  2. ^ "[공식입장] HF컴퍼니 측 "'믹스나인', 우진영·박우담 포함 연습생 전원 출연"". Entertain.naver.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-29. Dicapai pada 2019-06-07.
  3. ^ "[단독]믹스나인 데뷔조, 가요계 데뷔 '무산 확정'". Entertain.naver.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-02. Dicapai pada 2019-06-07.
  4. ^ "Woo Jin Young's Agency Happyface Announces Final Lineup Of Members To Debut In New Boy Group". Soompi.com. 12 March 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2019. Dicapai pada 7 June 2019.
  5. ^ "Name Announced For New Boy Group Including Woo Jin Young, Park Woo Dam, And More". Soompi.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-14. Dicapai pada 2019-06-07.
  6. ^ "우진영 측 "쇼미더머니8' 지원..그룹 '디원스'로 올여름 데뷔 목표"[공식]". Entertain.naver.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-17. Dicapai pada 2019-06-07.
  7. ^ "Complete debut in three years Deon's, 'Wake up: Roll the World'". N.news.naver.com. Diarkibkan daripada yang asal pada August 4, 2019. Dicapai pada August 27, 2019.
  8. ^ "Dewons "Debut three years after the HNB project ... only good things will happen in the future"". N.news.naver.com. Diarkibkan daripada yang asal pada August 5, 2019. Dicapai pada August 27, 2019.
  9. ^ "[단독] 디원스, 10개월 만에 가요계 컴백…6월 미니앨범 발매". stoo.asiae.co.kr. Diarkibkan daripada yang asal pada May 14, 2020. Dicapai pada June 16, 2020.
  10. ^ "디원스, 따스한 위로 '굿 데이' 발표". sports.donga.com. Diarkibkan daripada yang asal pada January 22, 2023. Dicapai pada February 8, 2021.
  11. ^ "[공식] 디원스가 온다". sports.khan.co.kr. Diarkibkan daripada yang asal pada February 9, 2021. Dicapai pada February 9, 2021.
  12. ^ "조용근 입대발표 "5월 6일 입소, 건강히 돌아오겠다"". entertain.naver.com. Diarkibkan daripada yang asal pada April 19, 2021. Dicapai pada April 19, 2021.
  13. ^ "디원스 우진영, 솔로 데뷔 확정...9일 첫 EP '3-2=A' 발매". news1.kr. June 1, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada June 3, 2021. Dicapai pada June 2, 2021.
  14. ^ "디원스 박우담, 27일 군악대 입대 "건강하게 돌아올 것"". entertain.naver.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2021. Dicapai pada September 23, 2021.
  15. ^ Yoo Jeong-min (March 21, 2022). "디원스 김현수·정유준, 오늘(21일) 입대…팬 향한 손편지" [D1's Kim Hyun-soo and Jung Yu-jun to enlist today (21st)... handwritten letter to fans] (dalam bahasa Korea). iMBC. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2022. Dicapai pada March 21, 2022 – melalui Naver.
  16. ^ Shin, Young-eun (January 20, 2023). "'우진영 그룹' 디원스, 데뷔 4년 만에 해체 "새로운 출발"". Star Today (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada January 22, 2023. Dicapai pada January 22, 2023.
  17. ^ "Gaon Album Chart". Gaonchart.co.kr (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-09. Dicapai pada 2019-08-26.
  18. ^ "2019 Monthly Album Chart – August". Gaon Chart. Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2015. Dicapai pada September 11, 2019.
  19. ^ "2020 Monthly Album Chart – July". Gaon Chart. Diarkibkan daripada yang asal pada April 1, 2021. Dicapai pada August 17, 2020.
  20. ^ "Gaon Digital Chart". Gaonchart.co.k (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-08. Dicapai pada 2019-08-26.