DAP dan Dasar Ekonomi Baru

DAP dan Dasar Ekonomi Baru merupakan pandangan dan perspektif parti DAP terhadap Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan dari 1970-1990. Sungguhpun Dasar Ekonomi Baru 20 tahun telah berlalu dan pencapaiannya ternyata gagal mencapai matlamat Bumiputera 30 % dalam bidang ekonomi , tetapi semangatya masih diteruskan scara tidak rasmi oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sejarah penentangan DAP sunting

DAP yang berakar dari PAP di Singapura dan dibentuk pada 1966 mengamalkan prinsip 'Malaysian Malaysia'. Selepas Peristiwa 13 Mei yang dikatakan berpunca dari ketidakpuashatian orang Melayu kerana merempat di tanah air sendiri, maka Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia ke-2 bersama-sama dengan 'think tank' telah merangka dan melancarkan Dasar Ekonomi Baru.

Sebagai sebuah parti politik yang baru ditubuhkan, tentulah DAP mahu merebut blok politik yang selama ini dimonopoli oleh MCA dan Gerakan.

Tentangan terhadap Dasar Ekonomi Baru ini bukanlah daripada DAP semata-mata tetapi juga daripada MCA dan Gerakan. Namun begitu penentangan MCA dan Gerakan masih lagi dalam kerangka semangat kerjasama dalam Barisan Nasional. Lagipun Dasar Ekonomi Baru dilasanakan dalam tempoh 30 tahun sahaja untuk mendapatkan 30 % kek ekonomi di Malaysia. Sasaran utama 30 % ini boleh dioperolehi daripada saki-baki syarikat Barat yang melabur di Malaysia dan ekonomi di perkembangkan. Tidak ada ada hasrat sama sekali untuk merampas sama sekali perniagaan dan harta benda yang telah dimiliki oleh penduduk Cina dan India.[1]

Tafsiran berbeza sunting

'Malaysian Malaysia' amat bertentangan sama sekali dengan Dasar Ekonomi Baru. Prinsip Malaysian Malaysia menyatakan pelbagai kaum di Malaysia adalah sama rata dari semua segi , baik politik, ekonomi mahupun sosial. Ini selaras dengan sistem merit di mana tidak ada layanan istimewa dan bantuan kepada mana-mana kaum. Semua kaum mestilah bekerja keras untuk mendapatkan kek ekonomi yang ada di Malaysia. Setiap orang diciptakan sama oleh Tuhan dan terpulanglah kepada mereka untuk berusaha gigih mencari rezeki yang terbentang luas.

Juara baru dalam DAP ialah Lim Kit Siang yang merupakan peguam yang handal lahir di Melaka. Kecaman beliau terhadap MCA yang tunduk kepada UMNO mrnarik hati orang Cina. DAP menjadi parti harapan kepada orang Cina, tidak lagi MCA.

Perlembagaan Persekutuan banyak memihak kepada orang Melayu dan tidak sama dengan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan selepas Perang Dunia II. Malaysia yang dibentuk berasaskan Perlembagaan Persekutuan adalah alat bagi mengekang rempuhan komunis dari utara. British yang bimbang dengan Teori Domino itu telah memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu . Sedangkan pada ketika Tanah Melayu berhadapan dengan zaman komunis 1948-1960.

Pelbagai artikel dalam Perlembagaan Persekutuan membabitkan kedudukan orang Melayu terutama kedudukan raja-raja, hak istimewa orang, bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi , tanah rezab Melayu dan lain-lain. Dasar Ekonomi Baru tidak terdapat dalam perlembagaan dan kerana itu bolehlah dipertikaikan. 30 % ekuiti Bumiputera yang mesti dicapai dalam tempoh 30 tahun juga tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dasar Ekonomi Baru bagaikan 'hadiah' kepada orang Melayu yang terlibat dalam Peristiwa 13 Mei. Sentimen orang Melayu yang tidak puas hati kepada kerajaan dan disalurkan melalui 'tumpah darah' dapat diredakan melalui Dasar Ekonomi Baru.

Kekangan orang Melayu sunting

Orang Melayu yang rata-ratanya pesawah dan petani tinggal di pola petempatan berjajar di kawasan sawah padi seperti di Dataran Kedah , Seberang Perak dan Sungai Manik. Petempatan berjajar di sepanjang terusan dan sungai ini tidak menggalakkan mereka mereka menceburi perniagaan. Begitu juga yang menjadi penoreh getah dan tinggal di pola petempatan berselerak dan berkelompok tidak menjalankan perniagaan besar, kecuali kedai runcit.

Perniagaan dan perdagangan Cina sukar diterobos kerana sistem perniagaan keluarga, sistem monopoli, kongsi gelap , sistem pemasaran dan lain-lain. Dr Amir Baharuddin dari USM menyeranaraikan pelbagai kekangan Bumiputera untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan dan perdagangan.[2] Cara termudah ialah membeli saham dan diserahkan kepada orang Melayu , memiliknegarakan syarikat asing atau agensi kerajaan menjalankan perniagaan . Tetapi pasaran saham tidak selalu melonjak sebaliknya turun naik yang tidak ketentuan. Agensi kerajaan pula tidak mempunyai kemahiran pengurusan syarikat sehingga perniagaan mereka runtuh. Dasar memiliknegara syarikat seperti Guthrie mendatangkan tentangan dari negara British.

Rujukan sunting

  1. ^ Tindakan DAP Hapus DEB Akan Cetus Ketegangan Antara Kaum, Kata Khoo
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-12. Dicapai pada 2008-03-15.