Drama Festival Kuala Lumpur

(Dilencongkan dari DFKL)

Drama Festival Kuala Lumpur (secara rasmi disingkat sebagai DFKL) ialah anugerah majlis tahunan Malaysia yang mengiktiraf pencapaian sinematik dalam industri televisyen, khususnya drama dan telefilem yang dianjurkan oleh dua rangkaian televisyen milik Media Prima Berhad, TV3 dan TV9.[1]

Drama Festival Kuala Lumpur
PenghargaanPencapaian cemerlang dalam industri televisyen Malaysia
NegaraMalaysia
Disampaikan olehMedia Prima Berhad
Anugerah pertama2014
Anugerah terakhir2019
Laman web rasmiwww.dfkl.com.my
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3, TV9

Bermula sebagai seminar dan bengkel televisyen yang diadakan pada 20 dan 21 Februari 2014, majlis anugerah pertama DFKL diadakan pada 22 Februari. Penganjuran DFKL adalah setara dengan Festival Filem Malaysia yang mengiktiraf karyawan filem Malaysia dan Anugerah Industri Muzik yang mengiktiraf karyawan industri muzik Malaysia.[2] Bagaimanapun, anugerah ini dibatalkan penganjurannya selepas edisi terakhirnya diadakan pada 2019.

Gambaran keseluruhan sunting

Drama Festival Kuala Lumpur dianjurkan bagi meningkatkan lagi mutu penerbitan drama bersiri dan telefilem Melayu di kaca televisyen tempatan.[3] Program ini berjaya menarik ratusan peserta yang terdiri daripada penulis, pengarah, dan pelakon baharu yang berminat menerokai industri penerbitan drama di Malaysia.[4]

Pertandingan Drama Pendek DFKL (juga dikenali sebagai DFKL Shorties) diperkenalkan bagi mempromosikan DFKL.[5] Melalui pertandingan ini, para pembikin filem, penerbit, pelakon, penulis skrip dan berpeluang mencipta drama lima minit untuk dipertontonkan kepada umum.[3]

Senarai Penganjuran sunting

Edisi Tarikh Tempat Siaran Pengacara Drama Pilihan Drama Pendek Pilihan Video
Pertama 22 Februari 2014 Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur TV3 Sherry Alhadad
Zulin Aziz
Love You Mr. Arrogant Singh Susu [1]
Ke-2 22 Mac 2015 Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor AG Selamat
Yana Samsudin
Rindu Awak 200% Luahan Abah [2]
Ke-3 19 Mac 2016 Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur Fattah Amin
Amyra Rosli
Fizie (Hot FM)
Kau Aku Kita Kembara Si Kecil [3]
Ke-4 9 April 2017 Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor AG Selamat
Sherry Alhadad
Rita Rudaini
7 Hari Mencintaiku Kongsi Kalau Malu [4]
Ke-5 13 Mei 2018 Nabila Huda
Ajak Shiro
Dekatkan Jarak Kita Manikam Dalam Lipatan [5]
Ke-6 7 April 2019 Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Awal Ashaari Nur Orang Kita [6]

Kategori yang dipertandingkan sunting

Berikut adalah kategori-kategori yang dipertandingkan:

  • Drama Pilihan (2014 - 2019)
  • Pengarah Drama Pilihan (2014 - 2015)
  • Pelakon Drama Lelaki Pilihan (2014 - 2015)
  • Pelakon Drama Wanita Pilihan (2014 - 2015)
  • Hero-Heroin Drama Pilihan (2014 - 2015)
  • Barisan Pelakon Drama Pilihan (2014 - 2015)
  • Penulis Skrip Drama Pilihan (2014 - 2015)
  • Drama Pendek Pilihan (2014 - 2019)
  • Aktor Pilihan (2016 - 2019)
  • Aktres Pilihan (2016 - 2019)
  • Pasangan Pilihan (2016, 2018 - 2019)
  • Pengarah Pilihan (2016 - 2019)
  • Penulis Skrip Pilihan (2016)
  • Lagu Tema Pilihan (2016 - 2018)
  • Antagonis Pilihan (2016 - 2019)
  • Skrip Drama Radio (2017)
  • Skrip Drama Pilihan (2017)
  • Pasangan Serasi Pilihan (2017)
  • Drama Pilihan Tonton VIP (2017 - 2018)
  • Penulisan Skrip Pilihan (2018)
  • Lagu Pilihan (2019)
  • Drama Radio Pilihan (2018)
  • Selfie Paling Drama (2018)
  • Skrip Pilihan (2019)
  • Drama Rantaian Cina Pilihan (2019)

Alumni terkenal sunting

DFKL turut mencungkil pelapis baharu bagi mewarnai industri hiburan tanah air, berikut ialah alumni yang diperkenalkan di DFKL.

Lihat juga sunting

Anugerah berkaitan

Rujukan sunting

  1. ^ Lambakan acara anugerah di Malaysia Diarkibkan 2018-09-08 di Wayback Machine Kosmo! (14 Februari 2014). Dicapai pada 8 September 2014.
  2. ^ Shylah Rashid (12 Februari 2014). DFKL sedia platform bakat baru iktiraf drama tanah air Yahoo! Lifestyle. Dicapai pada 8 September 2015.
  3. ^ a b Anugerah drama popular di DFKL Diarkibkan 2018-09-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia (25 Disember 2013). Dicapai pada 8 September 2017.
  4. ^ Bengkel cungkil bakat seni baharu Diarkibkan 2018-09-08 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 8 September 2014.
  5. ^ TV3 dan TV9 anjur pertandingan Drama Pendek Berita Harian (11 Dieember 2014). Diperoleh pada 8 September 2016.

Pautan luar sunting