Batu Talam (kawasan negeri)

(Dilencongkan dari DUN Batu Talam)


Dewan Undangan Negeri Batu Talam (N6) adalah kawasan dewan undangan negeri terletak di Mukim Batu Talam, Raub, Pahang. Semenjak kemerdekaan pada tahun 1959, terdapat ramai yang menjawat Ahli Dewan Undangan Negeri. ADUN yang terkini adalah YB Abd. Aziz Mat Kiram yang telah menang pada Pilihanraya Kecil Batu Talam 2007 yang telah diadakan kerana penyandang sebelumnya, Datuk Tengku Paris Tengku Razlan, meninggal dunia akibat barah rektum semasa perjalanan ke Gua Musang [1]..

Batu Talam
Kawasan pilihan raya  Pahang Darul Makmur
Bahagian pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Pahang
ADUN
 
 
 
Abd. Aziz Mat Kiram
BN
Kali terakhir dipertandingkan2018

Latarbelakang sunting

Disebabkan oleh pilihanraya kecil pada 2007, kawasan ini merupakan kawasan pertama mengalami dua pilihanraya kecil. Yang pertama telah diadakan pada tahun 1993 akibat kematian penyandangnya, Datuk Mazlan Idris yang telah dibunuh oleh Mona Fandey.

Era YB Datuk Tengku Paris Tengku Razlan sunting

Tidak banyak diketahui perkembangan semasa era beliau.

Era YB Abd. Aziz Mat Kiram sunting

Tidak banyak diketahui perkembangan semasa era beliau.

Pilihanraya Kecil 2007 sunting

Penamaan calon telah dilakukan pada 16 Januari 2007 dan pilihanraya kecil dijadualkan pada 28 Januari 2007. [2] Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor, pihak beliau akan membuka 12 pusat dengan 23 saluran mengundi. [3] Sehingga penamaan calon tamat, terdapat petandingan satu lawan satu iaitu satu calon Barisan Nasional (BN), Abd. Aziz Mat Kiram menentang calon bebas, Ng Chee Pang. [3]


Keputusan Pilihanraya sunting

Keputusan Pilihanraya 1999 sunting

Nama Calon Parti Bilangan Undi Peratusan
Tengku Paris Tengku Razlan (BN UMNO) 4353 (73.4%)
Mohamed Nilam Abdul Manap (PAS) 3422
Jumlah Pengundi 10,887
Jumlah yang mengundi 7775
Undi Rosak 239

Keputusan Pilihanraya 2004 sunting

Nama Calon Parti Bilangan Undi Peratusan
Tengku Paris Tengku Razlan (BN UMNO) 5414 76.4%)
Mohamed Nilam Abdul Manap (PAS) 2653
Jumlah Pengundi 10866
Jumlah yang mengundi 8305
Undi Rosak 238

Keputusan Pilihanraya Kecil 2007 sunting

Sila lihat Pilihanraya Kecil Batu Talam 2007

Nama Calon Parti Bilangan Undi Peratusan
Abd. Aziz Mat Kiram (BN UMNO) 6 276
Ng Chee Pang (Bebas) 419
Jumlah Pengundi 10 525
Jumlah yang mengundi 7 080 67.32
Undi Rosak 385

Rujukan sunting

  1. ^ Utusan Malaysia. ADUN Batu Talam meninggal dunia dalam helikopter. 27 Disember 2006.
  2. ^ Utusan Malaysia. SPR Penamaan calon Batu Talam 16 Jan., mengundi 28 Jan. Diarkibkan 2007-03-11 di Wayback Machine. 4 Januari 2007.
  3. ^ a b Utusan Malaysia. SPR buka 12 pusat mengundi. 16 Januari 2007. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Raub, Pahang" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza