DVI, kependekan untuk istilah Inggerisnya iaitu digital visual interface (bermaksud antara muka video digital) ialah antara muka paparan video yang dibangunkan oleh Digital Display Working Group. Antara muka digitalnya digunakan untuk sambungan ke peranti paparan, contohnya monitor komputer.

DVI boleh menghantar isyarat digital mahupun analog dan terdiri daripada perbagai mod termasuklah DVI-D (hanya digital), DVI-A (hanya analog), atau DVI-I (digital dan analog).

Ringkasan la kari sunting

Format penghantaran video digital DVI adalah berasaskan PanelLink, sebuah format sesiri yang direka oleh Silicon Image Inc. PanelLink menggunakan isyarat kebezaan terminimum peralihan (TMDS), sebuah rangkaian sesiri yang dibangunkan oleh Silicon Image. Macam penyambung VGA analog moden, penyambung DVI disertakan pin untuk saluran paparan data (DDC). Versi yang lebih baru bagi DDC dipanggil DDC2 membolehkan penyuai grafic membaca data pengenalan paparan terlanjut (EDID). Sekiranya paparan menyokong isyarat analog dan digital dalam satu input DVI-I, setiap kaedah input boleh mengehos satu EDID berlainan. Oleh kerana DDC hanya boleh menyokong satu EDID, masalah mungkin akan terjadi jika kedua-dua input digital dan analog pada port DVI-I mengesan aktiviti. Paparan boleh memilih EDID mana yang ingin ia hantar.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.