DWBC-TV, saluran 68, merupakan stesyen TV UHF berbayar di Filipina yang dimiliki oleh Byers Communication, Inc. Pemancarnya terletak di Bandar Antipolo.

DWBC-TV
Bandar Manila
JenamaIntervision 68
Saluran Analog: 68 (UHF)


Pemilik Byers Communication, Inc.
DiasaskanOktober 1992
Makna pengenalDW Byers Communication
Kuasa pemancar0.135 kilowat

Sejarah sunting

Pada Oktober 1992, ia memulakan siaran awal dari Bandar Antipolo dengan contoh program berasaskan rancangan Amerika, (kebanyakannya perbualan infohiburan dan rancangan bualan) yang pada masa itu tidak pernah muncul dalam rancangan tempatan, tetapi dianggap program biasa bagi televisyen kabel Amerika Syarikat.

Ia merupakan stesyen UHF pertama yang memperkenalkan TV berbayar, di mana penonton membayar secara bulanan bagi menyahkod isyaratnya. Tarikan utama bagi perkhidmatannya adalah kelenturan penonton memasang dekoder dan antena luaran yang digunakan bagi menerima isyaratnya. Pada masa itu, televisyen kabel baru kembali rancak melalui Sky Cable.

Perkhidmatan TV disulitkan biasa di Saluran 68 bermula pada Januari 1993. Bagaimanapun, 6 bulan kemudian, ia muflis akibat persaingan sengit dari kabel. Stesyen ini pada masa kini tidak lagi aktif.