UFO Baby

(Dilencongkan dari Daa! Daa! Daa!)

UFO Baby, ataupun Daa! Daa! Daa!, merupakan salah satu animasi yang popular di Jepun. Komik bagi animasi ini dilukis oleh Mika Kawamura. Animasi ini pernah disiarkan di Malaysia menerusi saluran NTV7 dan menerusi saluran Animax. Disusul Italy, dan ditayangkan di Rai 2, dan di Indonesia anime ini rasmi tayang di RCTI.

UFO Baby
Tampilan siri anime UFO Baby
GenreShōjo manga, Komedi romantik, Fiksyen Sains, Drama
Manga
PengarangMika Kawamura
PenerbitJepun Kodansha
Anime
PengarahHiroaki Sakurai
StudioJ.C.STAFF
Penyiaran AsalJepun NHK-BS2, Animax
Hong Kong Singapura India Malaysia Animax
Filipina Animax, ABS-CBN
Indonesia RCTI
Malaysia NTV7
Itali Rai 2
Sepanyol Telecinco
Dikeluarkan pada28 Mac 200026 Februari 2002
Portal Anime dan Manga

Sinopsis sunting

Templat:Spoiler

Permulaan sunting

Animasi komedi romantik ini mengisahkan tentang seorang perempuan remaja bernama Miyu Kouzuki yang ibubapanya pergi ke Amerika kerana urusan kerja. Oleh itu, Miyu terpaksa menetap di rumah atau tokong Saionji bersama dengan seorang lelaki remaja bernama Kanata Saionji yang juga bapanya pergi ke India. Miyu dan Kanata berselisih faham sehingga suatu malam apabila satu kapal angkasa kecil terhempas di tokong itu. Miyu dan Kanata mendapati bahawa di dalam kapal itu terdapat seorang bayi lelaki bernama Ruu dan seekor binatang penjaga bernama Wannya. Miyu dan Kanata amat terkejut apabila bayi itu memanggil Miyu 'mak' dan Kanata 'ayah'. Keadaan menjadi rumit apabila Ruu dan Wannya berasal dari planet lain dan Ruu mempunyai kuasa untuk terbang dan telekinisis.

Isi cerita sunting

Musim pertama (episod 1 hingga 39) mengisahkan keakraban di antara Miyu dan rakan-rakan, kasih sayang Miyu dan Kanata terhadap Ruu, perjumpaan dengan makhluk asing yang lain dan banyak lagi kisah yang mencuit hati.

Musim kedua (episod 40 hingga 78) pula lebih memfokuskan mengenai persahabatan di antara Miyu dan Kanata berbanding lain.

Setakat ini, saluran ntv7 telah menyiarkan musim pertama bagi siri ini dan belum lagi menyiarkan musim kedua.

Penamatan sunting

Animasi ini berakhir dengan Ruu dan Wannya balik semula ke planet kelahiran mereka dan ibubapa Miyu dan bapa Kanata balik semula ke Jepun menyebabkan mereka terpisah. Apabila dewasa, Miyu dan Kanata akhirnya berkahwin dan mempunyai anak bernama Miu.

Watak sunting

Watak-watak Utama sunting

  • Miyu Kouzuki

Seorang gadis berumur 14 tahun. Ibubapanya telah pergi ke Amerika untuk bekerja sebagai angkasawan. Dia menetap di tokong Saionji dan bertindak sebagai ibu bagi Ruu. Perangainya sopan-santun, walaupun negatif pada hal yang tertentu. Seiyu bagi watak ini ialah Kaori Nazuka.

  • Kanata Saionji

Watak lelaki berumur 14 tahun dan tinggal di tokong Saionji. Bapanya telah pergi ke India atas sebab tertentu. Ibunya meninggal dunia ketika Kanata masih kecil. Kanata bertindak sebagai bapa bagi Ruu. Perangainya baik dan disukai ramai khususnya perempuan, terutama sekali Christine. Seiyu bagi watak ini ialah Yuko Sanpei.

  • Ruu

Bayi lelaki yang berasal dari planet Otto. Disebabkan kecuaian Wannya, kapal angkasa mereka memasuki suatu lubang yang menyebabkan terdampar diplanet Bumi. Ruu menyangka Miyu dan Kanata itu ibubapanya kerana ibubapanya yang sebenar mirip mereka. Dia berkelakuan manja dan gemar menggunakan kuasa terbangnya dan kuasa ajaib. Seiyu bagi watak ini ialah Mika Kanai. Di dalam bahasa Inggeris, Ruu dipanggil Lou.

  • Wannya

Seekor binatang setengah anjing setengah kucing, juga berasal dari planet Otto. Disebabkan kecuaiannya, dia dan Ruu terdampar di Bumi. Dia bertindak sebagai penjaga Ruu. Wannya mempunyai kelebihan untuk bertukar rupa dan bentuk secara fizikal. Dia amat sayangkan Ruu serta Miyu dan Kanata. Seiyu bagi watak ini ialah Chiemi Chiba. Wannya dipanggil Bow-Meow di dalam bahasa Inggeris.

Watak-watak lain sunting

  • Christine Hanakomachi

Salah satu daripada rakan Miyu dan Kanata. Dia berdarah kacukan Jepun dan Perancis. Meskipun perempuan berambut merah jambu ini kelihatan cantik dan baik, namun apabila melihat Miyu dan Kanata berpasangan, dia akan berfikir yang bukan-bukan dan akan menjadi orang yang tidak terkawal. Ini kerana dia amat menyukakan Kanata daripada yang lain.

  • Momoka Hanakomachi

Adik saudara kepada Christine. Salah satu daripada orang yang tahu mengenai rahsia Ruu dan Wannya. Dia menganggap Ruu sebagai teman lelakinya.

Shin Daa! Daa! Daa! sunting

Shin Daa! Daa! Daa! merupakan kesinambungan daripada animasi UFO Baby dan hanya diterbitkan sebagai komik sahaja. Siri ini mengisahkan kehidupan Ruu yang telah meningkat dewasa yang bersahabat dengan Miu, anak perempuan Miyu dan Kanata. Templat:Endspoiler

Pautan luar sunting