Dabarkot atau Dabar Kot merupakan satu tapak arkeologi bagi tapak Tamadun Lembah Indus, yang terletak di lembah Sungai Thal di Baluchistan, Pakistan. Ia merangkumi kawasan seluas 150 kali 135 meter (495 kali 445.5 kaki.), ia merupakan penempatan yang kecil, tetapi timbunan meningkat sehingga pada ketinggian 35 meter (115.5 kaki.) berbanding padang keliling.

Pada awalnya, ia telah diperiksa oleh Sir Aurel Stein dan kemudiannya oleh Walter Fairservis, tetapi aras terawal masih belum diperiksa. Fasa matang Kebudayaan Indus diwakili oleh struktur batu-bata lumpur, parit bata dibakar, cop dan patung. Ukiran kepala batu lelaki turut dijumpai di tapak ini.

Pautan luar sunting

  • Encyclopedia of Ancient Asian Civilizations, © 2004 by Charles F. W. Higham, VB Hermitage