Buka menu utama

Daerah Bagan Datuk (ejaan lama: Bagan Datoh)[6] ialah daerah pentadbiran ke-12 negeri Perak Darul Ridzuan. Ia memiliki empat buah mukim iaitu,[7]

  1. Mukim Bagan Datoh
  2. Mukim Rungkup
  3. Mukim Hutan Melintang
  4. Mukim Teluk Bharu
Daerah Bagan Datuk
Daerah Bagan Datuk
دايره باڬن داتوق
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiدايره باڬن داتوق
 • Cina峇眼拿督县
 • Tamilபாகான் டத்தோ
Lokasi Daerah Bagan Datuk di Perak
Lokasi Daerah Bagan Datuk di Perak
Ralat Lua pada baris 502 di Modul:Location_map: Tidak dapat mencari takrif peta lokasi yang diperincikan: "Modul:Peta lokasi/data/Malaysia District" tidak wujud.
Koordinat: 3°55′N 100°55′E / 3.917°N 100.917°E / 3.917; 100.917Koordinat: 3°55′N 100°55′E / 3.917°N 100.917°E / 3.917; 100.917
Negara Malaysia
Negeri Perak
PusatBagan Datuk
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Perbandaran Bagan Datuk[1]
Kerajaan
 • Pegawai daerahHamzah Hussin[2]
Keluasan
 • Jumlah951.52 km2 (367.38 batu persegi)
Penduduk
(2016)[4]
 • Jumlah70,300
 • Anggaran 
(2015)[5]
71,300
 • Kepadatan74/km2 (190/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tiada)
Poskod
36100-36400
Kod panggilan+6-05
Plat pendaftaran kenderaanA

Daerah ini asalnya sebahagian daripada daerah Hilir Perak yang berpusat di Teluk Intan. Pada Januari 2016, daerah kecil Bagan Datuk diwujudkan. Daerah kecil ini kemudiannya diwartakan oleh kerajaan negeri Perak sebagai sebuah daerah penuh pada 15 Julai tahun yang sama. Pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada 22 November, telah diputuskan daerah ini dieja sebagai Bagan Datuk, bermula pada hari pengisytiharan daerah ini pada 9 Januari 2017. [8]

Suatu majlis pengisytiharan telah diadakan di dewan Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk pada 9 Januari 2017 yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datoh dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Zambry bin Abdul Kadir.

Urusan kerajaan tempatan masih lagi diuruskan Majlis Perbandaran Teluk Intan.


Bahagian PentadbiranSunting

Daerah Bagan Datuk dibahagikan kepada4 mukims, iaitu:[9]

Daerah ini juga terdiri daripada 46 buah kampung berserta 8 kampung nelayan Cina.[9][4]

RujukanSunting

Pautan luarSunting