Daerah Batu Pahat

daerah di Johor, Malaysia

Rencana ini mengenai daerah. Untuk rencana tentang bandar sahaja, sila lihat Batu Pahat (bandar).

Batu Pahat
باتو ڤاهت
Daerah di Malaysia
Transkripsi lain
 • Cina峇株巴辖县 (Bāzhū Bāxiá Xiàn)
 • Tamilபத்து பகாட் மாவட்டம் (Pattu Pakāṭ māvaṭṭam)
Bendera Batu Pahat
Daerah Batu Pahat is located in Bumi
Daerah Batu Pahat
Daerah Batu Pahat (Bumi)
Koordinat: 1°51′23″N 102°56′46″E / 1.8562582371912255°N 102.94602430122524°E / 1.8562582371912255; 102.94602430122524Koordinat: 1°51′23″N 102°56′46″E / 1.8562582371912255°N 102.94602430122524°E / 1.8562582371912255; 102.94602430122524
NegaraMalaysia
NegeriJohor Darul Takzim
Pihak Berkuasa Tempatan
PusatBandar Penggaram
Pentadbiran
 • Pegawai DaerahIsmail bin Abu[1]
Keluasan
 • Jumlah723.01 batu persegi (1,872.58 km2)
Penduduk
 (2016)[3]
 • Jumlah443,600
 • Kepadatan610/batu persegi (240/km2)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Poskod
83××× dan 86×××
Kod-kod kawasan

Batu Pahat (Jawi: باتو ڤاهت) merupakan sebuah daerah di Johor, Malaysia. Daerah ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah ini ialah satu daripada sepuluh daerah di Johor.

Batu Pahat terletak sejauh 239 kilometer dari Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer ke utaranya. Bandar Kluang pula berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Batu Pahat juga menghadap ke Selat Melaka.

Sejarah sunting

"Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam. Dua tiga kali berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak jadikan Bandar..."

Titah Sultan Abu Bakar kepada Dato' Muhamad Salleh bin Perang.

Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka.[4] Menurut kisah lain, selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada "batu yang dipahat" di muara itu.[5]

Terkenal kerana ikan masin pada suatu ketika dahulu, Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai "Bandar Penggaram" yang bermaksud "bandar pembuat garam".[6] Bandar Penggaram dibuka pada 1 Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor atas titah sultan Abu Bakar, sultan Johor ketika itu.

Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.

Pentadbiran sunting

Semua mukim dan kampung ditadbir oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan Majlis Daerah Yong Peng (MDYP). Sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat dan Majilis Daerah Batu Pahat Timur masing-masing. Terdapat 525 buah kampung telah digazetkan.

Daerah Batu Pahat juga dibahagikan kepada 14 mukim dan lima bandar;

 
Peta daerah Batu Pahat

Mukim sunting

  1. Bagan
  2. Chaah Bahru
  3. Kampung Bahru
  4. Linau
  5. Lubok
  6. Minyak Beku
  7. Peserai
  8. Sri Gading
  9. Sri Medan
  10. Simpang Kanan
  11. Simpang Kiri
  12. Sungai Kluang
  13. Sungai Punggor
  14. Tanjung Sembrong

Bandar sunting

  1. Bandar Ayer Hitam
  2. Bandar Penggaram
  3. Bandar Rengit
  4. Bandar Senggarang
  5. Bandar Yong Peng

Geografi sunting

Daerah Batu Pahat terletak di barat negeri Johor bersempadan dengan daerah Muar di barat, Segamat di utara, Kluang di timur, Pontian di tenggara dan Selat Melaka di selatan.

Iklim sunting

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[7] Purata suhu ialah 27.74 °C (81.9 °F). Bulan April dan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 28.3 °C (82.9 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 27 °C (80.6 °F).[7] Purata kerpasan di Batu Pahat adalah 2460.7 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 326.7 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 135.4 milimeter.[7]

Data iklim untuk Batu Pahat (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 27.1
(80.8)
27.6
(81.7)
28.0
(82.4)
28.3
(82.9)
28.3
(82.9)
28.1
(82.6)
27.9
(82.2)
27.8
(82.0)
27.7
(81.9)
27.7
(81.9)
27.4
(81.3)
27.0
(80.6)
27.7
(81.9)
Purata kerpasan, mm (inci) 256.6
(10.10)
135.4
(5.33)
187.9
(7.40)
205.8
(8.10)
197.3
(7.77)
138.5
(5.45)
143.4
(5.65)
165.2
(6.50)
174.2
(6.86)
255.9
(10.07)
273.8
(10.78)
326.7
(12.86)
2,460.7
(96.87)
Sumber: ClimateCharts[7]

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970249,596—    
1980274,625+10.0%
1991294,056+7.1%
2000336,509+14.4%
2010401,902+19.4%
2020495,338+23.2%
Pecahan etnik di Batu Pahat - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
68.0%
Cina
  
30.1%
India
  
1.5%
Lain-lain
  
0.4%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Batu Pahat ialah seramai 495,338 orang dengan kepadatan penduduk 252 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 68 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih enam peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[8]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 112:100. Terdapat 129,486 tempat kediaman dengan sebanyak 116,252 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 357 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 105 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 32 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 316,367
Cina 140,103
India 6,910
Lain-lain 1,763
Bukan warganegara N/A 30,195

Agama sunting

Agama di Batu Pahat- Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
66.8%
Buddha
  
26.2%
Kristian
  
2.9%
Hinduisme
  
2.7%
Lain-lain
  
1.1%
Tidak beragama
  
0.2%

Majoriti penduduk di daerah Batu Pahat beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Kristian diikuti Hindu. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[8]

Agama Jumlah
Islam 330,803
Buddha 129,831
Hindu 13,484
Kristian 14,565
Lain-lain 5,570
Tidak beragama 1,085
Tidak diketahui 0

Pengangkutan ڤڠڠكوتن sunting

 
Pelan cadangan untuk membina stesen pertukaran di Batu Pahat

Batu Pahat tidak mempunyai jaringan kereta api. Namun demikian, masyarakat boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melalui stesen KTM terdekat, iaitu Kluang, kira-kira 50 kilometer dari Bandar Batu Pahat. Terdapat syarikat-syarikat bas yang beroperasi di Perhentian Bas Jalan Rugayah. Bas-bas tersebut menghubungkan pekan-pekan dalam Batu Pahat dan juga daerah-daerah lain serta ke bandaraya-bandaraya utama seperti Johor Bahru, Melaka, Kuala Lumpur, dan lain-lain bandar di semenanjung.

Pengangkutan awam ڤڠڠكوتن عوام sunting

 
Terminal Feri Minyak Beku

Batu Pahat dihubungkan melalui pengangkutan awam tempatan dan kedua-duanya antara kawasan sekitarnya dan antara bandar.

  • Terminal Bas (Perkhidmatan bas ekspres, tempatan dan bas antara bandar. Selain itu, teksi juga boleh didapati di terminal)
  • Terminal Feri (Terminal feri yang baru terletak di Minyak Beku, perkhidmatan pelabuhan Indonesia di Tanjung Balai, Bengkalis dan Batam)
  • Keretapi berkelajuan tinggi (Pelan cadangan untuk membina stesen pertukaran di Batu Pahat)[9]

Jalan sunting

Bagi kawasan bandar pula, Bandar Batu Pahat dihubungkan dengan beberapa batang jalan utama ke pinggir bandar terpencil atau bandar-bandar lain.

Ekonomi sunting

Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan barangan elektronik, pemprosesan makanan, pembalakkan kayu, pembuatan porselin, dan industri plastik yang kedua terbesar di Johor. Ia turut dikenali sebagai Pusat Tekstil Negara dengan menghasilkan 50% daripada tekstil yang dieksport dari Malaysia dan terdapat lebih 300 kilang tekstil dan pakaian. Selain sebagai pengeksportan utama tekstil di Malaysia ke luar negara, Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan rempah dan bahan mentah. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM 500.000.000 telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna. Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut. Antaranya Munchy's, Hup Seng, dan Hwa Tai. Terdapat juga pelaburan asing di Batu Pahat seperti Sharp Roxy, Sony, Fujitsu, Hitachi, and Mitsumi. Dan terdapat 20 syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia: Harta Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu, Hitachi, Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum, SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn Bhd. dan Fast Track Solutions Bhd.

Tempat menarik تمڤت مناريق sunting

Dataran Penggaram داتارن ڤڠڬارام sunting

 
Mercu tanda Dataran Penggaram.

Dataran Penggaram telah dibina semasa sambutan seratus tahun bandar Batu Pahat. Ketika itu, ia ialah sebuah kolam air pancut. Pada tahun 2001, sebuah tugu yang menggambarkan batu dipahat telah dibina di tengah kolam air pancut itu dan dirasmikan oleh Tunku Mahkota Johor ketika itu, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar. Ia menjadi tempat utama untuk sambutan yang besar seperti Hari Kebangsaan peringkat daerah Batu Pahat dan peringkat negeri Johor, Hari Raya, Tahun Baru Cina, konsert-konsert hiburan dan pertunjukan motor dan kereta. Ketika hari biasa, ia menjadi tarikan utama untuk bersiar-siar, berjoging dan berehat ketika waktu petang dan malam. Terdapat juga pasar malam yang mengelilingi dataran pada waktu malam. Pada tahun 2016, Dataran Penggaram telah diubahsuai dengan penambahan nama Batu Pahat daripada tulisan khat jawi dan lampu yang menarik menjadikan Dataran Penggaram berwarna warni serta dapat menambahkan lagi pengunjung yang datang ke Batu Pahat.[10][11]

Perigi Batu Pahat ڤريڬي باتو ڤاهت sunting

 
Perigi Batu Pahat

Perigi Batu Pahat ialah tempat yang mempunyai sebuah perigi dimana tempat itu diberi nama. Terletak di pantai Minyak Beku, pelawat dibenarkan melawati pantai tersebut untuk melihat sebahagian besar sejarah bandar Batu Pahat.[12]

Taman Rekreasi Tasik Y تامن ريكرياسي تاسيق ويا sunting

Taman Rekreasi Tasik Y ialah sebuah kawasan tasik buatan manusia yang menyerupai huruf Y. Disana, terdapat kawasan taman permainan, gerai jualan, tempat makan dan minuman dan trek berjalan dan berjoging.

Hutan Lipur Soga Perdana هوتن ليڤور سوڬ ڤردان sunting

 
Hutan Lipur Soga Perdana

Hutan Lipur Soga Perdana ialah hutan simpan dimana hutannya mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna. Hutan ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berehat, aktiviti menaiki tangga, berjalan dan berjoging hingga ke puncak bagi mereka yang menghargai alam semula jadi.Terdapat sebuah pondok telah dibina di pengakhiran trek berjalan dan berjoging. Diatas sana, terdapat sebuah pemandangan yang menarik di seluruh bandar Batu Pahat. Jika berjalan atau berjoging ketika turun kebawah, terdapat sebuah kolam air yang datang dari bukit ini. Hutan ini seluas 49.3 hektar dimana 10 hektar akan dimajukan dan dilengkapi kemudahan asas bagi faedah pelawat.

Pantai Minyak Beku ڤنتاي ميڽق بكو sunting

 
Pantai Minyak Beku

Pantai Minyak Beku ialah tempat terkenal dengan aktiviti memancing dan menikmati angin yang damai di kawasan laut.[13]

Pantai Punggur, Rengit ڤنتاي ڤوڠڬور، رڠيت sunting

Pantai Rekreasi Punggor ialah pantai yang menawarkan persekitaran yang tenang bagi mereka yang inginkan tempat untuk beristirahat dan suka akan aktiviti memancing di pantai. Pantai ini bertempat di kampung bernama Punggor dan sangat popular bagi mereka yang ingin berehat, berkelah, memancing dan bersiar-siar. Pantai rekreasi ini terletak 30 km ke selatan dari Bandar Batu Pahat.[14] Ia terletak di Rengit.

Pelancongan dan riadah ڤلنچوڠن دان رياده sunting

  • Galeri Dato' Onn
  • Memorial Peperangan Dunia Kedua Parit Sulong (Peperangan Jepun/Tentera Komanwel)
  • Taman Tema Kanak-kanak (The Summit) - pertama dalam bangunan
  • Menara Jam Batu Pahat
  • Bandar Seramik Ayer Hitam
  • Bandar Jajan Parit Raja
  • Taman Botani Sri Medan
  • Kampung Parit Tengah, Rengit (Ladang Nanas terbesar di Asia)
  • Pantai Sungai Lurus, Senggarang
  • Pantai Seri Wawasan,Simpang Lima
  • Hentian Mahkota Pantai Parit Simen

Bangunan bersejarah باڠونن برسجاره sunting

  • Balai Polis Trafik IPD Batu Pahat
  • Bangunan Majlis Perbandaran Batu Pahat
  • Bangunan Jabatan Kerja Raya Batu Pahat
  • Mahkamah Seksyen/Majistret Batu Pahat
  • Pejabat Pos Batu Pahat
  • Pejabat Kesihatan Batu Pahat
  • Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd. Khalid
  • Bangunan lama Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat
  • Bangunan lama Jabatan Kastam Diraja Batu Pahat
  • Bangunan Wisma Sejarah Batu Pahat
  • Bangunan Kelab Bersejarah Batu Pahat
  • Sekolah Tinggi Batu Pahat
  • Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim
  • Sekolah Menengah Kebangsaan(P)Temenggong Ibrahim
  • Masjid Dato Bentara Luar
  • Surau India Batu Pahat
  • Rumah-rumah Kedai
  • Stesen Bas Lama Batu Pahat (Jalan Omar)

Tokoh توكوه sunting

Berikut tokoh yang dilahirkan atau dikaitkan dengan Batu Pahat.

Politik ڤوليتيك sunting

Pakatan Harapan

Barisan Nasional

Ahli perniagaan اهلي ڤرنياڬان sunting

Pahlawan ڤهلاون sunting

Selebriti/Artis سلبريتي/ارتيس sunting

Lain-lain لاين٢ sunting

  • Tun Sardon Haji Jubir (19 Mac 1917 - 14 Disember 1985) merupakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 1975 - 1981. Tun Sardon juga pernah menjadi Menteri Kerjaraya dan Komunikasi pada tahun 1971-1975. Dilahirkan di Rengit, Batu Pahat.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Mohammad Ali, Khairul (27 Januari 2021). "Johor lantik wanita kedua jadi Pegawai Daerah". Utusan (dalam bahasa (Melayu)). Iskandar Puteri. Dicapai pada 22 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Profil Daerah". ptj.johor.gov.my.
  3. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "83000 batu pahat, johor » Interesting BP Info". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-05. Dicapai pada 2011-11-25.
  5. ^ "Perpustakaan Negara Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-26. Dicapai pada 2011-11-25.
  6. ^ Perpustakaan Negara Malaysia
  7. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Batu Pahat". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  8. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/
  9. ^ "Greater Kuala Lumpur - EPP 3: Connecting to Singapore via a high speed rail system".[pautan mati kekal]
  10. ^ "Tugu Batu Pahat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-17.
  11. ^ "Tugu Batu Pahat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-17. Dicapai pada 2014-11-17.
  12. ^ Kisah daripada sebuah perigi. Utusan Malaysia, 24 Oktober 2015
  13. ^ "Pantai Minyak Beku". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-20. Dicapai pada 2014-11-17.
  14. ^ "Pantai Rekreasi Punggor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-20. Dicapai pada 2014-11-17.

Pautan luar sunting