Beaufort merupakan sebuah daerah di negeri Sabah, Malaysia. Daerah Beaufort terletak di barat laut Bahagian Pedalaman dan berkeluasan 1,735 kilometer persegi. Pusat pentadbirannya terletak di Bandar Beaufort. Antara bandar dan pekan lain termasuklah Membakut, Weston, Kota Klias, Gadong, Padas Damit, Limbawang, Bukau dan Lingkungan.[2]

Beaufort
Transkripsi lain
 • Jawiبعوفورت
Majlis Daerah Beaufort
Majlis Daerah Beaufort
Mohor rasmi Beaufort
Etimologi: Diambil daripada Gabenor bernama Leicester P. Beaufort
Cogan kata: Berkhidmat Untuk Masyarakat
Lokasi daerah dan bandar Beaufort
Lokasi daerah dan bandar Beaufort
Daerah Beaufort is located in Bumi
Daerah Beaufort
Daerah Beaufort (Bumi)
Koordinat: 5°20′N 115°45′E / 5.333°N 115.750°E / 5.333; 115.750Koordinat: 5°20′N 115°45′E / 5.333°N 115.750°E / 5.333; 115.750
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
Pusat pentadbiranBeaufort
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Beaufort
 • Pegawai DaerahMohd Shaid Hj. Othman
Keluasan
 • Jumlah1,735 km2 (670 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah75,716
 • Kepadatan44/km2 (110/batu persegi)
Zon waktuMST
Kod kawasan087
Nombor platSB
Laman sesawangmdbft.sabah.gov.my/ ww2.sabah.gov.my/pd.bft/

Geografi sunting

Daerah Beaufort meliputi kawasan seluas 1,735 kilometer persegi termasuk kawasan Daerah Kecil Membakut. Daerah ini bersempadan dengan daerah Sipitang di selatan, Daerah Kuala Penyu di sebelah barat, Daerah Tenom di timur dan Daerah Papar di utara. Bentuk muka bumi daerah Beaufort kebanyakannya merupakan bertanah pamah dan rata, terutamanya di bahagian utara dan tengah daerah yang berdekatan dengan pantai. Kawasan berbukit dan tanah tinggi lebih tertumpu di kawasan tenggara daerah dengan maksimum ketinggian lebih 1,100 meter atas aras laut.[3]

Pentadbiran sunting

Majlis Daerah Beaufort sunting

 
Jalan Utama ke Pekan Beaufort

Daerah Beaufort ditadbir oleh Majlis Daerah Beaufort. Daerah Beaufort di bahagikan kepada 8 (lapan) mukim berdasarkan kepada persempadanan pilihanraya bagi kawasan N.32 Klias dan N.34 Lumadan.

Mukim sunting

Berikut merupakan bilangan kampung bagi setiap mukim:

Kawasan N.32 Klias

  1. Mukim Kota Klias 10 buah kampung
  2. Mukim Limbawang 13 buah kampung
  3. Mukim Montenior 5 buah kampung
  • Jumlah 28 buah kampung

Kawasan N.34 Lumadan

  1. Mukim I 9 buah kampung
  2. Mukim II 7 buah kampung
  3. Mukim III 20 buah kampung
  4. Mukim IV 6 buah kampung
  5. Mukim V 11 buah kampung
  • Jumlah 53 buah kampung

Demografi penduduk sunting

Etnik sunting

Jumlah penduduk sekitar Beaufort sunting

Menurut sumber statistik tahun 2010, jumlah populasi penduduk di sekitar Beaufort mempunyai penduduk seramai 12,742. Majoriti penduduk Beaufort adalah dari suku kaum Bisaya, Kedayan dan Melayu Brunei. Juga terdapat suku kaum Murut, Cina, Lun Bawang/Lun Dayeh dan Kadazan-Dusun yang menetap di dalam daerah ini. Pembancian akan dilakukan pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mengumpul dan mengetahui maklumat bilangan statistik penduduk terkini.[4]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Beaufort pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010[5] 13,425 11,060 3,346 1,660 25,774 3,671 138 1,328 3,948 64,350
2020 17,546 14,124 3,376 2,092 27,730 4,196 114 535 6,003 75,716

Jantina sunting

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Beaufort pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[5]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 6,495 6,247 12,742

Rujukan sunting

  1. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  2. ^ "Majlis Daerah Beaufort". mdbeaufort.sabah.gov.my. Dicapai pada 2024-03-10.
  3. ^ "Beaufort topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-10.
  4. ^ "Apa itu Banci". www.mycensus.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-06. Dicapai pada 2020-02-14.
  5. ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 2020-03-03.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)