Buka menu utama

Daerah Istimewa Yogyakarta

provinsi di Indonesia
Yogyakarta dialihkan ke halaman ini. Lihat pula Kota Yogyakarta.

Daerah Istimewa Yogyakarta (atau Jogjakarta) adalah sebuah provinsi di Indonesia yang terletak di bahagian selatan Pulau Jawa dan bersempadan dengan Provinsi Jawa Tengah di sebelah utara. Daerah tersebut dilanda oleh bencana gempa bumi pada 27 Mei 2006 yang mengakibatkan 1.2 juta orang tidak memiliki rumah.

Yogyakarta

ꦔꦪꦺꦴꦒꦾꦏꦂꦠ
Special Region of Yogyakarta
Daerah Istimewa Yogyakarta
{{noboldꦣꦲꦺꦫꦃꦲꦶꦯ꧀ꦡꦶꦩꦺꦮꦔꦪꦺꦴꦒꦾꦏꦂꦠ}}
Prambanan LaraJonggrang.JPGMalioboro Street, Yogyakarta.JPG
Gunong Merapi from Kaliurang Q0S7942 - Flickr - Lip Kee.jpgParangtritis Beach 2011.JPG
Fort Vredeburg gate.JPGKraton Yogyakarta Pagelaran.jpg
Dari atas ke bawah : Kuil Prambanan, Gunung Merapi, Fort Vredeburg
Bendera Yogyakarta
Flag
Mohor rasmi Yogyakarta
Mohor
Panggilan: 
Jogja
Moto: 
Amemayu Hayuning Bawana
ꦲꦩꦼꦩꦪꦸ​ꦲꦪꦸꦤꦶꦁ​ꦧꦮꦤ
maksud: "Wawasan untuk Menyempurnakan Masyarakat"
Lokasi Negeri Yogyakarta di Indonesia
Lokasi Negeri Yogyakarta di Indonesia
Koordinat: 7°47′S 110°22′E / 7.783°S 110.367°E / -7.783; 110.367Koordinat: 7°47′S 110°22′E / 7.783°S 110.367°E / -7.783; 110.367
Negara Indonesia
Ditubuhkan1755, sebagai Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat
Menyertai Republik Indonesia5 September 1945[1]
Diberikan taraf Negeri14 Ogos 1950
DiasaskanPengiran Mangkubumi
Ibu negeriSeal of the City of Yogyakarta.svg Yogyakarta
Kerajaan
 • SultanSri Sultan Hamengkubuwana X
Keluasan
 • Jumlah3,133.15 km2 (1,209.72 batu persegi)
Kedudukan keluasanke-33
Ketinggian maksimum
2,930 m (9,610 ft)
Penduduk
(2014)Anggaran provinsi[2]
 • Jumlah3,594,290
 • Kedudukanke-18
 • Kepadatan1,100/km2 (3,000/batu persegi)
Demografi
 • Kumpulan etnikJawa (95.82%)
Sunda (0.56%)
Lain-lain (4.45%)[3]
 • AgamaIslam (91.4%)
Kristian (8.3%)
Hinduisme dan Buddhisme (0.3%)[4]
 • BahasaJawa (utama)
Indonesia (rasmi)
Zon waktuUTC+7 (WIB)
Pendaftaran kenderaanAB
HDI 0.768 (sangat tinggi)
Kedudukan HDIke-2 (2014)
Laman webwww.jogjaprov.go.id

Pembahagian pentadbiranSunting

Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta terdiri daripada empat buah kabupaten dan sebuah kota. Ibu kotanya adalah Yogyakarta. Berikut adalah senarai kabupaten dan kota di Daerah Istimewa Yogyakarta, berserta ibu kota kabupaten.

Kabupaten Ibu kota
Bantul Bantul
Gunung Kidul Wonosari
Kulon Progo Wates
Sleman Sleman

EkonomiSunting

Sebahagian besar ekonomi Yogyakarta disokong oleh pertanian, perdagangan, perindustrian (industri logam perak, industri wayang kulit, dan industri kraftangan), dan pelancongan.

Merupakan pemandangan yang biasa ketika anda sampai di Stesen Yogyakarta atau di tempat perhentian bas-bas pelancong, anda akan disambut oleh banyak pemandu beca tiga roda. Mereka akan menghantar anda ke mana-mana sahaja yang anda suka seperti kedai baju, kawasan membeli-belah, atau sekadar membeli cenderamata. Anda pun akan berasa hairan bahawa setelah pemandu beca mengajak anda mengelilingi kota sepanjang hari, mereka hanya meminta bayaran yang sedikit. Sebenarnya, mereka ternyata sudah mendapat bahagian untung mereka daripada kedai-kedai yang anda beli barang-barang.

PemerintahanSunting

Dasar falsafah pembangunan daerah Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta ialah Hamemayu Hayuning Bawana sebagai cita-cita yang mulia untuk menyempurnakan tata nilai kehidupan masyarakat Yogyakarta berdasarkan nilai budaya daerah yang perlu dikekalkan dan dikembangkan.

Pemerintahan Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta dimulakan pada tahun 1950 melalui UU Nombor 3 Tahun 1950 tentang Pembentukan Daerah Istimewa Yogyakarta oleh negara bahagian Republik Indonesia (Yogyakarta). Namun asal usul Daerah Istimewa Yogyakarta dapat dirunut mulai dari tahun 1945, diawali dengan maklumat/mandat Sultan Hamengkubuwono IX dan Paku Alam VIII secara berasingan terhadap penggabungan kedua-dua daerah ke dalam Republik Indonesia.

PendidikanSunting

Kota Yogyakarta selain daripada dijuluki sebagai Kota Gudeg, juga dijuluki sebagai Kota Pelajar. Di kota ini, terdapat Universitas Gadjah Mada (UGM), universiti negeri yang tertua di Indonesia, serta juga berbagai-bagai universiti swasta terkenal yang lain seperti UPN "Veteran", AMIKOM, STIE SBI, Universiti Kristen Duta Wacana (UKDW), Universitas Islam Indonesia (UII) yang merupakan universiti swasta tertua di Indonesia, dan Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), selain daripada Institut Kesenian Indonesia (ISI) dan Universitas Negeri Yogyakarta (UNY). Sebahagian besar penduduk di kota ini dikatakan memiliki pendidikan sehingga peringkat SMU.

PengangkutanSunting

 
Stesen kereta api Yogyakarta.

Pengangkutan yang ada di Yogyakarta terdiri dari pengangkutan darat (bas awam, teksi, kereta api, andhong (kereta berkuda), dan beca) serta pengangkutan udara (kapal terbang). Jalan-jalan raya di Yogyakarta kini sudah lebih rapi dan bersih, berbanding dengan tahun-tahun terdahulu kerana komitmen pemerintah daerah Yogyakarta untuk menjadikan Yogyakarta sebagai sebuah kota pelancongan (terbukti dengan ditempatkannya sebuah TV raksasa di salah satu jalan raya Yogyakarta serta juga papan stesen kereta api). Walaupun demikian, jalan-jalan raya di Yogyakarta masih sering mengalami kesesakan lalu lintas.

KebudayaanSunting

Yogyakarta masih sangat amat dipengaruhi oleh kebudayaan Jawanya. Seni dan budaya merupakan sebahagian yang tidak terpisah daripada kehidupan masyarakat Yogyakarta. Sejak dari masa kanak-kanak sehingga kedewasaan, masyarakat Yogyakarta sering menyaksikan dan mengikuti berbagai-bagai acara kesenian dan kebudayaan di kota ini. Bagi masyarakat Yogyakarta, setiap tahap kehidupan mempunyai erti tersendiri, dengan tradisi merupakan sesuatu hal yang penting yang masih diamalkan sehingga saat ini. Tradisi juga pasti tidak lepas daripada kesenian yang disajikan dalam upacara-upacara tradisi tersebut. Kesenian yang dimiliki masyarakat Yogyakarta sangatlah beragam. Kebudayaan khas di Yogyakarta termasuk pementasan ketoprak, jathilan, dan wayang kulit, antara lain.

Destinasi pelanconganSunting

Destinasi pelancongan yang menarik di Yogyakarta termasuk:

Yogyakarta terkenal dengan makanan yang enak, murah, berkhasiat sekaligus menimbulkan nostalgia orang-orang yang pernah singgah atau tinggal di kota ini. Terdapat juga gerai-gerai angkringan dengan:

dan banyak lagi tempat makan pelancong yang lain.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ http://kratonjogja.id/peristiwa/30/menjadi-indonesia
  2. ^ http://yogyakarta.bps.go.id/index.php?r=site/page&view=sosduk.tabel.3-1-1
  3. ^ Indonesia's Population: Ethnicity and Religion in a Changing Political Landscape. Institute of Southeast Asian Studies. 2003. 
  4. ^ Kementerian Agama Republik Indonesia Wilayah DIY (15 Mac 2010). "Kementerian Agama RI | Kantor Wilayah DI Yogyakarta". Yogyakarta.kemenag.go.id. Dicapai 7 Februari 2011. 

Pautan luarSunting