Daerah Kecil Kemabong

Pekan

Kemabong merupakan sebuah Daerah Kecil yang terletak dibawah pentadbiran Daerah Tenom, Bahagian Pedalaman, Sabah.[1] . Suku Murut dan Lundayeh merupakan suku majoriti di Daerah kecil Kemabong ini.

Kemabong
Transkripsi lain
Gerbang Pekan Kemabong
Gerbang Pekan Kemabong
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPedalaman
DaerahTenom
Pentadbiran
 • BadanPejabat Daerah Kecil Kemabong dan Majlis Daerah Tenom
 • DUNYang Berhormat Rubin Balang (BEBAS) (Kemabong)
Keluasan
 • Jumlah1,182 km2 (456 batu persegi)
 Populasi
Zon waktuMST
Kawasan KejirananTenom
Laman sesawanghttp://www.sabah.gov.my/pd.kmb

Kedudukan sunting

 

Daerah Kecil Kemabong dibahagikan kepada beberapa Mukim seperti berikut :

  1. Mukim Sapong - 39 kampung
  2. Mukim Kemabong - 37 kampung
  3. Mukim Rundum - 13 kampung
  4. Mukim Tomani - 42 kampung
  5. Mukim Entabuan - 15 kampung

Pentadbiran sunting

 

Daerah Kecil Kemabong merupakan salah sebuah Daerah Kecil yang terletak dalam Daerah Tenom di Bahagian Pedalaman, Sabah.

Sejarah Kemabong sunting

Terdapat dua versi yang agak popular mengenai asal-usul nama KEMABONG.

Pertama mengikut cerita lisan, terdapat sebuah anak sungai kecil yang terletak di kawasan persekitaran Pekan Kemabong yang mengailir terus ke Sungai Padas. Penduduk kawasan persekitaran mendapati air sungai tersebut naik seperti air pasang walaupun tiada hujan turun. Peristiwa kenaikan paras air sungai tersebut menimbulkan kehairanan dan tanda tanya dikalangan penduduk tersebut. Menurut kepercayaan mereka, berkemungkinan didalam sungai tersebut terdapat makhluk atau binatang iaitu seekor ular besar atau naga yang sedang bertapa di dasar sungai tersebut sehingga menyebabkan paras air sunga tersebut naik.

Dalam bahasa suku kaum Murut, air pasang atau naik disebut sebgai KUMABONG. Dikaitkan dengan paras air sungai yang naik atau "kumabong", maka kawasan ini dinamakan sebagai KUMABONG atau yang lebih dikenali sekarang sebagai KEMABONG.

Versi kedua pula Kumabung menurut cerita dari keturunan peniaga Tiong Hwa yang datang ke Kemabong pada tahun 1918, nama Kemabong diambil dari nama sebuah anak sungai kecil yang bermuara di Sungai Padas. Sungai itu sangat ditakuti kerana jika terminum air atau terlangkah sungai itu perut akan menjadi kembong dan kaki akan membengkak.

Di dalam bahasa Murut dan Lundayeh. Kembong atau Bengkak disebut Kemabung. Dari perkataan Kumabung inilah yang akhirnya pada hari ini disebut sebagai Kemabong.

Sungai Kemabung yang dirujuk didalam cerita di atas masih wujud sehingga kini, tetapi ianya tidak lagi menyimpan misteri atau kuasa untuk mendatangkan kecelakaan.

Pautan luar sunting