Daerah Kecil Padawan

Daerah Kecil di Sarawak, Malaysia

Daerah Kecil Padawan ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Kuching yang merangkumi Lundu, Sematan, Kuching, Padawan dan Bau.[2] Pekan pentadbiran bagi daerah kecil ini ialah Kota Padawan. Ia terletak di bawah Daerah Kuching. Majoriti penduduk yang tinggal di sekitar Padawan ialah etnik Bidayuh.

Daerah Kecil Padawan
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 1°09′45″N 110°15′30″E / 1.16250°N 110.25833°E / 1.16250; 110.25833Koordinat: 1°09′45″N 110°15′30″E / 1.16250°N 110.25833°E / 1.16250; 110.25833
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Kuching
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Padawan
Keluasan
 • Jumlah526.19 km2 (203.16 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah14,357
 • Kepadatan27/km2 (71/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Geografi sunting

Daerah Kecil Padawan merupakan salah satu daripada daerah kecil yang terdapat dalam Bahagian Kuching. Dalam bahagian Kuching, hanya ada dua daerah kecil iaitu Padawan serta Sematan. Ia berjiran dengan Daerah Tebedu di timur, sempedan negara jiran, Indonesia di selatan dan Daerah Bau di barat. Ia mempunyai keluasan anggaran lebih/kurang, 526.19 kilometer persegi.[3] Ciri-ciri pandang barat fizikal yang terdapat di kawasan Padawan ialah Sungai Semedang dan Sungai Serin. Tanah disekitar Padawan kebanyakan berbukit-bukau.[4]

Sejarah sunting

Padawan telah diisytiharkan sebagai daerah kecil pada 11 Ogos tahun 1983. Ibu pejabat Padawan bertapak di Teng Bukap. Pada ketika itu, Daerah Kecil Padawan hanya mempunyai satu sistem jalan raya iaitu Jalan Padawan yang menghubungkan daripada Pasar Tapah sehingga Kampung Abang.[4]

Demografi sunting

Berdasarkan, bancian Malaysia 2010 jumlah penduduk di Daerah Kecil Padawan ialah seramai 14,357 orang.[5] Kebanyakannya Penduduk di daerah kecil Padawan beretnik Bidayuh, dengan jumlah 2,544 orang, kemudian diikuti dengan etnik Iban (277 orang), Melayu (162 orang), Cina (157 orang), Bumiputera Lain (111 orang), etnik lain-lain (38 orang) dan paling sedikit ialah penduduk beretnik India dan Melanau sebanyak 11 orang.[5]

Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[5]
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 14,179 Melayu 162
2 Iban 277
3 Bidayuh 13,412
4 Melanau 11
5 Bumiputera Lain 111
6 Cina 157
7 India 11
8 Lain-lain 38
9 Bukan warganegara 178 Tiada data 178

Rujukan sunting

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  3. ^ "Kuching Resident Office: Kuching Profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2010. Dicapai pada 8 Mei 2010.
  4. ^ a b "Ringkasan Pejabat Daerah | Daerah-Daerah Kecil | Daerah Kecil Padawan". Pejabat Daerah Kuching. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-01. Dicapai pada 20 Julai 2010.
  5. ^ a b c "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.

Pautan luar sunting