Daerah Siburan

Daerah Kecil di Sarawak, Malaysia
(Dilencongkan dari Daerah Kecil Siburan)

Daerah Siburan ialah sebuah daerah dan bekas daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Serian yang merangkumi Serian, Siburan, Balai Ringin dan Tebedu.[2] Sebelum ini, Daerah Kecil Siburan merupakan daerah kecil dalam Bahagian Kuching, Sarawak dan kini menjadi daerah penuh pada 2021. Majoriti penduduk yang tinggal di daerah ini ialah beretnik Bidayuh.[2]

Daerah Kecil Siburan
Daerah Siburan is located in Bumi
Daerah Siburan
Daerah Siburan (Bumi)
Koordinat: 1°15′43″N 110°20′18″E / 1.2618552°N 110.3382270°E / 1.2618552; 110.3382270Koordinat: 1°15′43″N 110°20′18″E / 1.2618552°N 110.3382270°E / 1.2618552; 110.3382270
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Serian
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatan
Keluasan
 • Jumlah359.7 km2 (138.9 batu persegi)
Penduduk
 (2015)
 • Jumlah72,148
 • Kepadatan200/km2 (520/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Siburan. Daerah Siburan mempunyai keluasan lebih/kurang 359.7 kilometer persegi (35,970.0 he). Jumlah penduduk yang tinggal di Daerah Siburan ialah seramai 72,148 orang dengan kepadatan 200 orang perkilometer persegi pada tahun 2015 yang dikategorikan sebagai taburan penduduk yang padat.[3]

Sejarah

sunting

Sebelum daerah kecil ini dibawah pentadbiran Bahagian Serian, ia terletak di bawah seliaan Bahagian Kuching. Pada 1 Oktober 2015, daerah kecil Siburan dipisahkan sepenuhnya dari Bahagian Kuching dan ia akan berada dibawah Bahagian Serian yang juga merupakan peristiwa sejarah bagi daerah kecil ini.[4] Sebanyak 25 kampung di bawah daerah kecil ini akan berada di bawah pentadbiran Bahagian Serian iaitu Kampung Sentah, Masaan, Sungai Duuh, Tijirak, Siga, Sinjok, Mundai, Maang, Sungai Riset, Skuduk, Plaman Payang, Chupak, Duras, Beradau, Prutan, Sebanyis, Tabuan Rabak, Pulau Kandis, Menjau, Patung, Kerumboi, Kuang- Toop, Batu Gong Baru, Batu Gong Lama dan Jawa Gunda.[4] Manakala 32 kampung lagi akan kekal dalam Bahagian Kuching namun berada di bawah pentadbiran Daerah Kecil Padawan.[4]

Status

sunting

Siburan merupakan bekas daerah kecil dibawah seliaan Daerah Serian.[4] Terdapat juga cadangan untuk Siburan dinaik taraf dari daerah kecil ke daerah penuh.[5] Ia disebabkan oleh penduduknya mencecah 100,000 orang. Siburan juga memerlukan Pusat Transformasi Luar Bandar yang akan memberi kemudahan kepada komuniti setempat di sini untuk memperoleh perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan kerajaan.[6] Pada November 2021, Daerah Kecil Siburan telah diangkat menjadi daerah penuh yang telah diiktiraf oleh kerajaan di mana ia diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Keputusan itu dibuat oleh kabinet negeri dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang baik di dua kawasan yang terletak di pentadbiran Bahagian Serian.[7]

Siburan memiliki cuaca iklim khatulistiwa (Af) yang dimana taburan hujan lebat sepanjang tahun.[8] Purata suhu ialah 25.9 °C (78.6 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di Siburan dengan suhu mencecah 26.4 °C (79.5 °F). Bulan Januari pula dikategorikan sebagai bulan yang paling kurang panasnya dengan 25.1 °C (77.2 °F).[8]

Data iklim untuk Daerah Siburan
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 28.7
(83.7)
29
(84)
29.8
(85.6)
30.2
(86.4)
30.4
(86.7)
30.3
(86.5)
30.7
(87.3)
30.7
(87.3)
30.4
(86.7)
29.9
(85.8)
29.4
(84.9)
29
(84)
29.9
(85.7)
Purata suhu harian, °C (°F) 25.1
(77.2)
25.4
(77.7)
25.8
(78.4)
26.1
(79.0)
26.4
(79.5)
26.3
(79.3)
26.2
(79.2)
26.4
(79.5)
26.1
(79.0)
25.3
(77.5)
25.5
(77.9)
25.7
(78.3)
25.9
(78.5)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 23.3
(73.9)
23
(73)
23.3
(73.9)
23.6
(74.5)
23.8
(74.8)
23.5
(74.3)
23.2
(73.8)
23.3
(73.9)
23.2
(73.8)
23.1
(73.6)
23.8
(74.8)
23.6
(74.5)
23.4
(74.1)
Sumber: Climate-Data.org[8]

Pentadbiran

sunting

Daerah Siburan secara rasmi dipecahkan kepada 47 kampung yang dimana setiap kampung mempunyai seorang ketua kaum; tuai rumah atau pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).[9] Sebahagian besar kawasan Siburan masih ditadbirkan sepenuhnya oleh Majlis Daerah Serian menerusi Pejabat Daerah Siburan, namun ada sebahagian kecil kawasan Siburan yang masih dipegang oleh Majlis Perbandaran Padawan.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ a b "Pengiktirafan kepada Bidayuh yang menyumbang kepada negara: KM". serian.sarawak.gov.my. The Borneo Post. 13 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-10. Dicapai pada 20 Mei 2020 – melalui Laman web Pentadbiran Bahagian Serian. Hari ini, 11 April 2015 merupakan hari bersejarah bagi Serian kerana dengan ini saya mengisytiharkan daerah Serian, Tebedu dan daerah kecil Siburan sebagai sebuah Bahagian. Jika kita ada Bahagian Samarahan bagi Melayu, Bahagian Betong dan Kapit (Iban), Bahagian Mukah (Melanau), Bahagian Sarikei dan Sibu (Cina) dan Bahagian Miri serta Limbang (Orang Ulu) maka Serian adalah bahagian yang majoriti Bidayuh," ujar Ketua Menteri Datuk Patinggi, Tan Sri Adenan Satem
  3. ^ "Siburan - Population" [Siburan - Populasi]. city-facts.com (dalam bahasa Inggeris). City-facts.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-11. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  4. ^ a b c d "Kampung daerah kecil Siburan dibahagi di bawah pentadbiran Serian, Kuching". Utusan Borneo. 1 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-11. Dicapai pada 10 Julai 2016 – melalui PressReader.
  5. ^ Jessica Jawing (24 September 2020). "Siburan dijangka diangkat menjadi daerah penuh". Utusan Borneo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-11. Dicapai pada 10 Julai 2016 – melalui PressReader.
  6. ^ Marilyn Ten. "Sagah proposes elevation of Siburan to district". theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-11. Dicapai pada 20 Mei 2019.
  7. ^ Marlinda Marzuki (28 November 2021). "Siburan jadi daerah penuh, Balai Ringin daerah kecil". Utusan Borneo Online. Utusan Borneo. Dicapai pada 12 Disember 2021.
  8. ^ a b c "Climate: Siburan". Climate-Data.org. Dicapai pada 29 Oktober 2020.
  9. ^ "Senarai JKKK Daerah Kecil Siburan". serian.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Serian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-11. Dicapai pada 10 Julai 2020.

Pautan luar

sunting