Kinabatangan
Kinabatangan ialah sebuah daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Bahagian Sandakan, timur Sabah, Malaysia. Penduduknya dianggarkan seramai 86,783 orang pada 2000. Ahli parlimen daerah Kinabatangan adalah Datuk Bung Mokhtar Radin yang mewakili rakyat Kinabatangan dalam Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia sejak tahun 1999.
Daerah Kinabatangan كينباتاڠن | |
---|---|
![]() | |
Etimologi: Sungai Yang Panjang | |
![]() | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bahagian | Bahagian Sandakan |
Pusat Pentadbiran | Pekan Kota Kinabatangan |
Kerajaan | |
• Badan | Majlis Daerah Kinabatangan |
• Pegawai Daerah | En. Arisin bin Aripin |
• MP | Yang Berhormat Dato' Sri Bung Moktar Radin (BN-UMNO) (Kinabatangan) ![]() |
Luas | |
• Jumlah | 6,605 km2 (2,550 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 143,112 |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
Nombor plat | ST |
Laman web | http://www.sabah.gov.my/pd.kbtg/ www.sabah.gov.my/pd.kbtg] |
EtimologiSunting
Nama Kinabatangan pada mulanya dipanggil Cinabatangan yang mana bermaksud Sungai Yang Panjang oleh Kerabat China bernama Ong Sung Peng yang telah tiba pada kurun ke-16 lagi. Dipercayai bahawa nama Kampung Mumiang, Sukau dan Bilit berasal dari bahasa China.
SejarahSunting
Kinabatangan telah pun digunakan oleh penduduk tempatan seperti direkod dalam buku pengarang Perancis pada tahun 1782[1] dan 1837, lama sebelum kedatangan pendatang Cina ke kawasan ini.[2]. Selain itu rekod Brunei telah merakamkan mengenai perkahwinan Sultan Ahman, saudara Sultan Muhammad, dengan Puteri Kinabatangan, yang memerintah 1408-1426, juga lama sebelum kedatangan pendatang Cina ke situ.[3] Nama Kinabatangan kemungkinannya dari kalimat yang terhasil dari nama pokok dan sebutan. [4]
Pada Mulanya daerah ini dikenali sebagai Pejabat Daerah Lamag yang ditubuhkan pada tahun 1905 oleh Kerajaan Chartered Company yang mana pusat pentadbiranya terletak di Lamag yang hanya berfungsi dalam urusan Pentadbiran dan Mahkamah sahaja.
Kini ia di Kenali sebagai Pejabat Daerah Kinabatangan di mana ia mempunyai fungsi yang lebih meluas termasuklah dalam Perancang Pembangunan Daerah, Sosioekonomi, Kemudahan Infrastruktur dan juga Modal Insan.
PentadbiranSunting
Majlis Daerah Kinabatangan ditubuhkan pada 01hb. Julai 1968 di bawah peruntukkan seksyen 3 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 melalui pewartaan ‘Kinabatangan District Council Instrument 1968’ (G.N.S 62 Tahun 1968). Pada awal penubuhannya, pejabat pentadbiran Majlis Daerah Kinabatangan di kawasan Pekan Bukit Garam sehingga ianya berpindah ke Pekan Kota Kinabatangan pada 20hb. November 1987.
Had dan bidang kuasa Majlis Daerah Kinabatangan menjangkaui seluruh kawasan Daerah Kinabatangan. Pada ketika ini, secara teknikal had dan bidang kuasa Majlis merangkumi dua daerah iaitu Daerah Kinabatangan dan Daerah Tongod yang dianggarkan mempunyai keluasan 1,759,379 hektar. Manakala kawasan operasi perkhidmatan dan pembangunan Majlis pula adalah tertumpu dalam kawasan Pekan Kota Kinabatangan seluas 2,048 hektar dan Pekan Tongod seluas 243 hektar.
Majlis Daerah Kinabatangan adalah merupakan salah satu unit pentadbiran dan perkhidmatan di peringkat daerah yang berperanan melaksanakan program-program pembangunan di peringkat tempatan. Oleh itu, kemajuan sesuatu kawasan dalam kawalan Majlis Daerah adalah bergantung kepada keupayaannya sendiri. Sekiranya Majlis Daerah berjaya melaksanakan fungsinya dengan berkesan, maka ianya akan dapat berkembang pesat serta berdaya saing dan maju dalam arus Pembangunan Negara.
Senarai MukimSunting
- Mukim Sukau
- Mukim Bukit Garam
- Mukim Paris
- Mukim Litang
- Mukim Batu Puteh
- Mukim Tanjung Aru
- Mukim Suan Lamba
- Mukim Lubukan
- Mukim Mumiang
GeografiSunting
Daerah Kinabatangan terletak di sebelah Pantai Timur Sabah dalam Bahagian Sandakan yang bersempadan dengan daerah Sandakan di utara, daerah Lahad Datu di selatan dan daerah Tongod di baratnya. ia berkeluasan merupakan antara daerah terbesar di Sabah.
Alam Semulajadi
Daerah Kinabatangan terkenal dengan alam semula jadinya terutama sekali hidupan liarnya yang menjadi tumpuan pelancongan di Daerah ini.
PembangunanSunting
Kemudahan Awam
Daerah Kinabatangan di lengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti Hospital, Ibu Pejabat Polis, Pasar, dan sebagainya.
Jambatan Kinabatangan merupakan salah satu penghubung utama antara Bahagian Sandakan dan Bahagian Tawau
DemografiSunting
Kaum Etnik
Etnik Sungai merupakan penduduk terbesar di Daerah ini, namun terdapat juga Etnik-Etnik lain di daerah ini seperti Ida'an, Bugis, Bajau, Suluk dan Kagayan.
Berikut adalah pecahan sub-etnik Orang Sungai yang mendiami Daerah Kinabatangan:
- Buludupi/Segamo (kadang dianggap sebagai Ida'an)
- Mangkaak
- Makiang/Kuamut
- Minokok
- Rumanau
- Sebangan/Abai
- Sugud
- Sukang
Agama dan Kepercayahan
Majoriti penduduk daearah Kinabatangan beragama Islam dan juga terdapat minoriti kecil penganut Kristian dan agama lain di Kinabatangan.
Tempat MenarikSunting
Daerah Kinabatangan antara daerah yang terkenal dengan tempat - tempat menarik dan pelancongannya seperti
- Kinabatangan Wildlife Sanctuary
- Kinabatangan Jungle Camp
- Muzium Agop Batu Tulug
- Gua Batu Sapu
PestaSunting
Pesta Damas merupakan pesta kebudayaan etnik Orang Sungai yang diadakan setiap tahun di Pekan Sukau, Kinabatangan.
RujukanSunting
- ^ Beiträge zur Völker- und Länderkunde Matthias Christian Sprengel, Johann Reinhold Forster - 1782
- ^ Précis de la géographie universelle ou description de toutes les parties du ... By Conrad Malte-Brun
- ^ A History of Brunei By Graham E. Saunders
- ^ Dewan bahasa, Volume 22, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978