Daerah Klang atau dikenali sebagai kley merupakan sebuah daerah di negeri Selangor. Daerah ini terletak di barat negeri Selangor dengan keluasan 626 kilometer persegi. Daerah ini menjadi daerah keempat paling ramai penduduk dan terpadat di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 1,088,942 orang. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Klang.

Daerah Klang
Transkripsi Lain
 • Jawiکلڠ
 • Cina巴生县
 • Tamilகிள்ளான்
[[File:{{{image_flag}}}|100x100px|border|Bendera Daerah Klang]]
Lokasi Daerah Klang in Selangor
Lokasi Daerah Klang in Selangor
Daerah Klang is located in Bumi
Daerah Klang
Daerah Klang (Bumi)
Koordinat: 3°05′N 101°25′E / 3.083°N 101.417°E / 3.083; 101.417Koordinat: 3°05′N 101°25′E / 3.083°N 101.417°E / 3.083; 101.417
Negara Malaysia
Negeri Selangor
PusatKlang
Pihak Berkuasa TempatanMajlis Perbandaran Klang
(Barat)
Majlis Bandaraya Shah Alam
(Timur)
Pentadbiran
 • Pegawai DaerahShahman Jalaludin[1]
Keluasan
 • Jumlah626.78 km2 (242.00 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah1,088,942
 • Kepadatan1,700/km2 (4,500/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)
Poskod
40xxx-42xxx
Kod panggilan+6-03-3, +6-03-51
Nombor plat kenderaanB

Asal-usul nama sunting

Pendapat pertama mengatakan asal usul nama Klang adalah dari bahasa Mon-Khmer iaitu "Klong". Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang di kemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang.

Manakala pendapat kedua dari Charles A. Fishr yang menyatakan "Klang " itu bermaksud terusan atau jalan air. Pendapat ini dipersetujui dimana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai tersebut seperti Sungai Klang, Sungai Bertek, Sungai Pinang, Sungai Sementa, Sungai Agas, Sungai Kandis, Sungai Binjai, Sungai Kapar, Sungai Jati, Sungai Aur, Sungai Rasau dan Sungai Putus. Nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari ini.

Geografi sunting

Daerah Klang bersempadan dengan daerah Kuala Selangor di utara, Petaling di timur, Kuala Langat di selatan dan Selat Melaka di barat.

Pentadbiran sunting

Daerah Klang ditadbir dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Klang di barat dan Majlis Bandaraya Shah Alam di timur. Daerah ini dibahagikan kepada dua mukim, empat bandar dan enam pekan.[4]

 
Mukim Bandar Pekan
01 Kapar 01 Bandar Sultan Sulaiman 01 Batu Empat
02 Kapar
02 Klang 03 Meru
02 Klang 04 Bukit Kemuning
03 Port Swettenham 05 Pandamaran
04 Shah Alam 06 Telok Menegun

Kawasan pilihan raya sunting

Kawasan pilihan raya di daerah Klang terdiri daripada tiga kawasan parlimen dan sembilan kawasan undangan negeri.

Demografi sunting

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Klang ialah seramai 1,088,942 orang dengan kepadatan penduduk 1,724 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 54.7 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak 9 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 119:100. Terdapat 301,407 tempat kediaman dengan sebanyak 263,449 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 738 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 312 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 38 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 541,913
Cina 251,530
India 189,552
Lain-lain 7,701
Bukan warganegara N/A 98,246

Agama sunting

Majoriti penduduk beragama Islam iaitu 55.7 peratus (606,824 orang) dari jumlah penduduk, diikuti Buddha seramai 21.4 peratus (232,623 orang), Hindu sebanyak 16.9 peratus (184,432 orang), Kristian sebanyak 3.8 peratus (41,352 orang) dan lain-lain sebanyak 1.7 peratus (18,048 orang). Sebanyak 5,619 orang (0.5 peratus) tidak beragama manakala selebihnya 44 orang tidak diketahui status agamanya.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Portal Rasmi PDT Klang Perutusan Pegawai Daerah Klang". www2.selangor.gov.my.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama luasklang
  3. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH SELANGOR" (PDF).
  5. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/