Daerah Kuala Kangsar

Kuala Kangsar merupakan sebuah daerah di negeri Perak. Daerah ini terletak di tengah negeri Perak berkeluasan 2,563 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 176,060 orang. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Kuala Kangsar yang merupakan bandar diraja Perak.

Daerah Kuala Kangsar
Daerah Kuala Kangsar
داءيره کوالا کڠسر
Mohor rasmi Daerah Kuala Kangsar
Lokasi Daerah Kuala Kangsar di Perak
Lokasi Daerah Kuala Kangsar di Perak
Daerah Kuala Kangsar is located in Bumi
Daerah Kuala Kangsar
Daerah Kuala Kangsar (Bumi)
Koordinat: 4°45′N 100°55′E / 4.750°N 100.917°E / 4.750; 100.917Koordinat: 4°45′N 100°55′E / 4.750°N 100.917°E / 4.750; 100.917
Negara Malaysia
Negeri Perak
PusatKuala Kangsar
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Perbandaran Kuala Kangsar
Pentadbiran
 • Pegawai daerahMian Jamil Mian Zakaria[1]
Keluasan
 • Jumlah2,563.61 km2 (989.82 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah176,060
 • Kepadatan69/km2 (180/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)
Poskod
31050, 300xx, 335xx-338xx
Kod panggilan+6-05
Plat pendaftaran kenderaanA

Etimologi

sunting

Nama "Kuala Kangsar" diambil berdasarkan sebuah kisah tentang sekumpulan peneroka memudik Sungai Perak sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke satu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Mereka menganggap kuala sungai ini istimewa, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan pemandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, Kuala Kurang Sa dan kemudiannya berubah sebutan ke 'Kuala Kangsar'.

Sejarah

sunting

Kuala Kangsar bermula dengan hanya sebuah perkampungan kecil di tebing Sungai Perak. Kehadiran ramai orang Melayu yang merantau ke Kuala Kangsar telah mewujudkan satu kebudayaan yang unik di sini. Antara budaya atau tradisi yang masih berkekalan hingga hari ini ialah labu sayong. Mengikut cerita, perusahaan labu sayong ini telah diperkenalkan oleh Tok Kalok dari Minangkabau semasa pemerintahan Sultan Iskandar. Selain itu, orang-orang Bugis turut mendiami Kuala Kangsar terutama di sekitar Kota Lama.

Semasa awal pentadbiran British, Kuala Kangsar hanya terdiri daripada pekan kecil yang terdiri daripada kedai papan berbumbung rumbia dan rumah-rumah kutai. Selepas pembunuhan J.W.W. Birch, Kuala Kangsar telah didiami oleh Residen British ketiga, Sir Hugh Low. Ketika itu, Kuala Kangsar mulai berkembang pesat dengan wujudnya pusat-pusat pentadbiran British dan kemajuan seperti perkhidmatan telegraf yang diperkenalkan pada tahun 1880-an, pokok getah pertama di Malaysia juga ditanam di sini pada tahun 1879, Maktab Melayu Kuala Kangsar yang dibina dalam tahun 1905 dan landasan kereta api.

Dari segi sejarah Kesultanan Perak, pada peringkat awal, pusat pemerintahan Sultan Perak terletak di tebing kanan Sungai Perak seperti Sayong. Pada tahun 1887, Sultan Idris Shah I telah menjadikan Kuala Kangsar sebagai tempat persemayaman Sultan Perak menggantikan Sayong yang sering kali dilanda banjir. Baginda telah membina istana di Bukit Chandan yang dikenali sebagai Istana Negara pada tahun 1895. Istana ini telah mencipta sejarah kerana di sinilah berlangsungnya Mesyuarat Durbar yang menjadi asas Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang wujud hari ini. Istana ini telah dirobohkan pada tahun 1931 bagi memberi laluan kepada pembinaan Istana Iskandariah yang siap dibina pada tahun 1933.[4]

Geografi

sunting

Daerah Kuala Kangsar terletak di tengah negeri Perak bersempadan dengan daerah Hulu Perak di utara, daerah Kinta, Perak Tengah dan Manjung di selatan, daerah Larut, Matang dan Selama di barat dan negeri Kelantan di timur. Daerah ini berkeluasan sebanyak 2,563.61 kilometer persegi.

Daerah ini diapit tiga banjaran gunung iaitu banjaran Titiwangsa di timur, banjaran Kledang di selatan dan banjaran Bintang di barat. Kebanyakannya terdiri daripada kawasan bertanah tinggi terutamanya di mukim Pulau Kamiri, Sungai Siput, Kota Lama Kiri, Lubok Merbau dan Kampong Buaya. Di bahagian tengah daerah pula terdiri daripada kawasan lembah yang bertanah pamah terutamanya di mukim Kota Lama Kanan dan Sayung.

Antara gunung yang terdapat dalam daerah ini ialah;

Sungai Perak mengalir di bahagian tengah lembah daerah ini dan membentuk anak sungai yang lain. Antara sungai yang mengalir di Kuala Kangsar ialah Sungai Kangsar, Sungai Korbu, Sungai Kerdah, Sungai Chempias, Sungai Guar, Sungai Jenalik, Sungai Buaya, Sungai Pelus

Pecahan pentadbiran

sunting

Daerah Kuala Kangsar mempunyai sembilan mukim, dua bandar dan lapan pekan.

 
Status Nama Luas (km²)[5] Populasi (2020)[3]
Mukim Chegar Galah 131.4 7,978
Kampong Buaya 135.2 10,855
Kota Lama Kanan 68.1 8,325
Kota Lama Kiri 85.07 20,751
Lubok Merbau 47.97 4,377
Pulau Kamiri 552.5 12,929
Sayong 175.8 35,318
Senggang 397.2 10,289
Sungai Siput 955.2 62,490
Bandar Kuala Kangsar 0.36 43
Sungai Siput 0.20 366
Pekan Gunong Pondok 0.06 19
Jerlun 0.09 37
Karai 0.34 776
Kati 0.15 192
Lubok Merbau 0.12 106
Manong 0.20 376
Padang Rengas 0.27 759
Salak 0.04 74

Demografi

sunting
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970188,601—    
1980146,292−22.4%
1991146,684+0.3%
2000144,418−1.5%
2010155,592+7.7%
2020176,060+13.2%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Kuala Kangsar ialah seramai 176,060 orang dengan kepadatan penduduk 69 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, dengan jumlah 113,808 orang. Seramai 4,892 orang atau 2.8 peratus merupakan bukan warganegara.[3]

Jumlah warganegara mengikut penduduk (1980-2020)
Kaum 1980 1991 2000 2010 2020
Jumlah % Jumlah % Jumlah % Jumlah % Jumlah %
Bumiputera 79,730 54.5 83,916 57.4 88,028 61.7 97,873 64.2 113,808 66.5
Cina 47,425 32.4 41,234 28.2 34,611 24.3 33,824 22.2 33,941 19.8
India 19,061 13.0 20,891 14.3 19,861 13.9 20,490 13.4 22,979 13.4
Lain-lain 76 0.1 107 0.1 141 0.1 259 0.2 440 0.3

Majoriti penduduk daerah ini beragama Islam iaitu sekitar 64.1 peratus dari keseluruhan penduduk. Penduduk bukan beragama Islam terdapat sekitar 35.9 peratus, yang terbesar merupakan penganut Buddha sekitar 18.9 peratus diikuti Kristian sebanyak 9.1 peratus, Hindu sebanyak 6.1 peratus dan selebihnya (0.9 peratus) menganut agama yang lain. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.8 peratus dari keseluruhan penduduk.

Ekonomi

sunting

Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan penduduk di daerah Kuala Kangsar ialah pertanian, perindustrian, pelancongan dan perusahaan. Antara kegiatan pertanian di daerah ini termasuklah penanaman padi dan ladang getah. Antara kegiatan perusahaan termasuklah perusahaan pembuatan labu sayong dan kraf tangan tradisional. Di daerah ini juga terdapat pelbagai kawasan pelancongan yang menarik pengunjung luar seperti istana-istana lama dan masjid lama.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kangsar - Perutusan Pegawai Daerah". pdtkualakangsar.perak.gov.my.
  2. ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF).
  3. ^ a b c https://www.dosm.gov.my/mycendash/
  4. ^ http://myperakcrew.blogspot.com/2012/05/kuala-kangsar-warisan-diraja-perak.html
  5. ^ https://www.citypopulation.de/en/malaysia/perak/admin/

Pautan luar

sunting