Daerah Kuala Selangor

daerah di Malaysia

Daerah Kuala Selangor merupakan sebuah daerah di negeri Selangor. Daerah ini terletak di bahagian tengah negeri Selangor berkeluasan 1,195 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 281,711 orang pada tahun 2020. Daerah ini ditadbir Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan berpusat di Kuala Selangor.

Daerah Kuala Selangor
کوالا سلاڠور
Lokasi Daerah Kuala Selangor di Selangor
Lokasi Daerah Kuala Selangor di Selangor
Map
Daerah Kuala Selangor is located in Bumi
Daerah Kuala Selangor
Daerah Kuala Selangor (Bumi)
Koordinat: 3°24′N 101°20′E / 3.400°N 101.333°E / 3.400; 101.333Koordinat: 3°24′N 101°20′E / 3.400°N 101.333°E / 3.400; 101.333
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Diberikan
status majlis perbandaran
7 Ogos 2021
PusatKuala Selangor
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Kuala Selangor
Pentadbiran
 • Pegawai daerahTuan Mohd Raiz bin Radzuan[1]
 • Orang Besar DaerahYaacob Ismail[2]
Keluasan
 • Jumlah1,194.52 km2 (461.21 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah281,711
 • Kepadatan240/km2 (610/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)
Poskod
45xxx
Kod panggilan+6-03
Nombor plat kenderaanB

Sejarah sunting

Pada tahun 1857-1858, Sultan Sir Abdul Samad ibni almarhum raja Abdullah iaitu Sultan Selangor yang keempat telah berhijrah ke Jugra untuk mencari penempatan yang baru. Pada waktu itu keadaan di Kuala Selangor tidak stabil sehinggalah kehadiran Pegawai Daerah Kuala Selangor yang pertama iaitu Mr. Bellamy pada awal tahun 1920-an.

Sejak kehadiran beliau sehingga sekarang terdapat seramai 54 orang pegawai daerah iaitu 24 orang berbangsa Inggeris dan 30 orang Melayu. Pegawai daerah berbangsa Melayu pertama ialah YM Raja Uda bin Raja Muhammad yang berkhidmat pada tahun 1934-1935.

Pusat pentadbiran awal daerah ini pada mulanya terletak di Medan Perwira Bellamy yang dinamakan sempena pegawai daerah pertama. Pada tahun 1978, pusat pentadbiran daerah ini telah dipindahkan ke Bukit Hospital. Pada tahun 1987, pusat pentadbirannya sekali lagi dipindahkan ke Bandar Kuala Selangor dan dirasmikan oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 6 Mac 1987.[4]

Pecahan pentadbiran sunting

Daerah Kuala Selangor dibahagikan kepada 9 mukim, 2 bandar dan 17 pekan;[5]

 
Mukim
01 Api-Api
02 Ujong Permatang
03 Ulu Tinggi
04 Ijok
05 Jeram
06 Kuala Selangor
07 Pasangan
08 Tanjong Karang
09 Bestari Jaya
Bandar
01 Kuala Selangor
02 Tanjong Karang
Pekan
01 Asam Jawa
02 Bukit Rotan
03 Jeram
04 Kampong Kuantan
05 Kuala Sungai Buloh
06 Pasir Penambang
07 Simpang Tiga
08 Tanjong Karang
09 Bukit Belimbing
10 Bukit Talang
11 Kampung Baru Hulu Tiram Buruk
12 Parit Mahang
13 Simpang Tiga Ijok
14 Sungai Sembilang
15 Taman PKNS
16 Tambak Jawa
17 Bestari Jaya

Wakil Rakyat sunting

Senarai wakil rakyat di dalam daerah Kuala Selangor, Selangor.

Ahli Parlimen sunting

Ahli Dewan Negeri (ADN) sunting

Demografi sunting

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Kuala Selangor ialah seramai 281,711 orang dengan kepadatan penduduk 237 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 81.9 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum India diikuti Cina. Sebanyak 4.7 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 105:100. Terdapat 88,913 tempat kediaman dengan sebanyak 76,447 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 188 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 82 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 11 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 219,847
India 26,146
Cina 21,706
Lain-lain 841
Bukan warganegara N/A 13,171

Agama sunting

Majoriti penduduk beragama Islam iaitu 81.5 peratus (229,543 orang) dari jumlah penduduk, diikuti Hindu seramai 9.2 peratus (25,844 orang), Buddha sebanyak 7.4 peratus (20,938 orang), Kristian sebanyak 1.1 peratus (2,960 orang) dan lain-lain sebanyak 0.3 peratus (896 orang). Sebanyak 183 orang (0.1 peratus) tidak beragama manakala selebihnya 1,347 orang (0.5 peratus) tidak diketahui status agamanya.[6]

Infrastruktur sunting

Terdapat sekitar 91 buah institusi pendidikan, sebuah hospital kerajaan, sembilan balai polis dan tiga balai bomba yang terdapat di sekitar daerah Kuala Selangor.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Portal Rasmi PDT Kuala Selangor Senarai Pegawai PDTKS".
  2. ^ "Portal Rasmi PDT Kuala Selangor Orang Besar Daerah". www2.selangor.gov.my.
  3. ^ "JPS Komuniti Kuala Selangor" (PDF).
  4. ^ "SEJARAH PENTADBIRAN DAERAH KUALA SELANGOR". Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor.
  5. ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH SELANGOR" (PDF).
  6. ^ a b c https://www.dosm.gov.my/mycendash/