Daerah Lahad Datu

Daerah di Sabah, Malaysia

Lahad Datu merupakan sebuah Daerah yang terletak di Bahagian Tawau, Sabah, Malaysia. Lahad Datu juga adalah Daerah kedua terbesar di Sabah selepas Daerah Tongod, dan daerah ini mempunyai nilai sejarahnya tersendiri seperti daerah lain di Sabah, semasa zaman pemerintahan Chartered Company, Lahad Datu merupakan tempat persinggahan datu-datu dari Kesultanan Sulu. Lahad berasal daripada perkataan suku Βajau-Ѕinama, yang bermaksud tempat atau negeri, manakala Datu merupakan Кeturunan Βangsawan mahupun yang sudah lama menetap di daerah ini khususnya ketua-ketua suku kaum atau Panglima dan Pembesar daerah.

Daerah Lahad Datu
لحد داتو
Roundabout di Lahad Datu
Roundabout di Lahad Datu
Bendera Daerah Lahad Datu لحد داتو
Jata Daerah Lahad Datu لحد داتو
Etimologi: Negeri Bangsawan
Nama panggilan: Ladatuk dan LD
Lokasi Daerah Lahad Datu لحد داتو
Daerah Lahad Datu is located in Bumi
Daerah Lahad Datu
Daerah Lahad Datu (Bumi)
Koordinat: 5°1′48″N 118°20′24″E / 5.03000°N 118.34000°E / 5.03000; 118.34000
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Tawau
Pusat PentadbiranBandar Lahad Datu
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Lahad Datu
 • Pegawai DaerahYBhg Tuan Firuz Idzualdeen@Bennety Bin Mohd Dzul
 • MPYang Berhormat Dato' Hj Mohammad Yusof Bin Apdal (WARISAN) (Lahad Datu)
Keluasan
 • Jumlah7,444 km2 (2,874 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah229,138
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Kod kawasan089
Nombor platSD
Daerah KecilTungku
Laman sesawangwww.sabah.gov.my/pd.ld

Etimologi sunting

Perkataan “Lahad Datu” berasal daripada bahasa Bajau, iaitu “Lahad” yang bererti tempat dan “Datu” yang membawa makna orang-orang Kenamaan atau Bangsawan pada zaman dahulu. “Lahad” merupakan kognat bagi perkataan ”darat” dalam bahasa Melayu. Tempat ini mendapat nama kerana penghijrahan golongan Datu-datu dari kerajaan Kesultanan Sulu yang diketuai oleh Datu Puti sebelum tahun 1879 akibat daripada penyerahan kuasa kawasan ini oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu.

Sejarah sunting

 
Pemandangan Lahad Datu, British North Borneo Chartered Company: Dicetak oleh W. Brown & Co., limited, London, 1899

Sejarah Daerah Lahad Datu bermula pada tahun 1890, penghijrahan kerajaan Kesultanan Sulu mula menguasai sebahagian Pulau Borneo Utara. Mengikut bahasa Idahan pula, iaitu satu kaum peribumi daerah ini, Lahad datu dahulunya diberi nama Kerugau, yang bererti batu karang bertompok-tompok di merata pantai bermula dari Kunak hingga ke Membatu, Tungku.

Bentuk geografi Lahad Datu semula jadi Teluk Darvel banyak membantu usaha kerajaan dari segi ekonomi di Sabah. Keistimewaannya sebagai pelabuhan yang selamat dari sebarang ancaman bencana alam kerana terlindung oleh Pulau Sakar. Keluasan daerah ini ialah 6,501 kilometer persegi atau 687,372 hektar meliputi daerah Tungku. Menurut bancian yang dibuat pada tahun 2010 jumlah penduduk daerah Lahad Datu termasuk Tungku ialah 195,865 orang.

Iklim sunting

Lahad Datu mempunyai iklim hutan hujan tropika (Af) dengan hujan lebat sepanjang tahun.

Data iklim untuk Lahad Datu
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 29.6
(85.3)
29.6
(85.3)
30.3
(86.5)
31.1
(88.0)
31.7
(89.1)
31.5
(88.7)
31.5
(88.7)
31.7
(89.1)
31.5
(88.7)
31.2
(88.2)
30.6
(87.1)
29.9
(85.8)
30.9
(87.5)
Purata suhu harian, °C (°F) 26.3
(79.3)
26.3
(79.3)
26.7
(80.1)
27.2
(81.0)
27.6
(81.7)
27.3
(81.1)
27.1
(80.8)
27.3
(81.1)
27.1
(80.8)
27.0
(80.6)
26.8
(80.2)
26.4
(79.5)
26.9
(80.5)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 23.0
(73.4)
23.1
(73.6)
23.1
(73.6)
23.3
(73.9)
23.5
(74.3)
23.1
(73.6)
22.8
(73.0)
22.9
(73.2)
22.8
(73.0)
22.9
(73.2)
23.1
(73.6)
23.0
(73.4)
23.1
(73.5)
Purata curahan hujan, mm (inci) 249
(9.8)
211
(8.3)
159
(6.3)
132
(5.2)
155
(6.1)
141
(5.6)
135
(5.3)
151
(5.9)
138
(5.4)
184
(7.2)
182
(7.2)
226
(8.9)
2,063
(81.2)
Sumber: Climate-Data.org[1]

Geografi sunting

 
Papan tanda sempadan antara Daerah Kinabatangan dan Lahad Datu

Daerah Lahad Datu dari segi geografi, terletak di kawasan pantai timur Sabah di dalam bahagian Tawau, yang menghadap Teluk Darvel di timur, Daerah Kinabatangan di utara Daerah Tongod di barat dan Daerah Kunak dan Tawau di sebelah selatan. Ia terletak pada kedudukan latitud 5° 1' Utara dan longitud 118° 19' Timur pada jarak lebih kurang 500 km dari Ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu dan berhampiran dengan beberapa bandar atau daerah seperti Sandakan, Tawau, Kinabatangan, Kunak dan Semporna. Manakala, keluasan daerah Lahad Datu ialah 7,444 km2. Di dalamnya terletak Daerah Kecil Tungku.

Demografi sunting

 
Masjid Awam Tuan Guru Haji Muda

Populasi Penduduk

Jumlah penduduk Lahad Datu setiap tahun meningkat dengan kadar pertumbuhan purata tahunan (%) iaitu 10.01 bagi tahun 1980-1991 dan 3.10 bagi tahun 1991 – 2000. Manakala bagi jumlah penduduk ialah 39,262 (1980), 118,096 (1991), 156,059 (2000), dan 206,861 (2010).

Suku Kaum sunting

 
Baju tradisi etnik di Lahad Datu

Lahad Datu merupakan antara salah satu daerah di Malaysia yang didiami oleh berbagai latar belakang kaum etnik dan agama terdapat di Daerah ini antaranya ialah suku kaum Ida'an, Bagahak, Subpan, Bajau, Iranun, Bugis, Suluk, Tidung, Melayu Cocos, Jawa, Orang Sungai, Kadazandusun,iban, Cina dan pendatang dari Indonesia dan Filipina.

No Etnik Agama Populasi Mukim
1 Ida'an Islam Mukim Bandar, Mukim Segama, Mukim Silam dan Mukim Silabukan
2 Begak Kristian dan Islam Mukim Tungku
3 Subpan Kristian dan Islam Mukim Segama dan Mukim Silabukan
4 Bajau Islam 40,146 Mukim Bandar, Mukim Felda Sahabat, Mukim Silabukan, Mukim Silam dan Mukim Tungku
5 Suluk Islam Mukim Bandar, Mukim Silabukan, Mukim Silam dan Mukim Tambisan
6 Iranun Islam Mukim Tungku
7 Melayu Cocos Islam Mukim Segama
8 Jawa Islam Mukim Segama
9 Cina Buddha, Kristian 12,649 Mukim Bandar, Mukim Dam dan Mukim Silabukan
10 Bugis Islam Mukim Dam, Mukim Segama dan Mukim Silabukan
- Jumlah 259,200 (2019)

Agama dan Kepercayaan sunting

Islam ialah agama yang dianuti oleh majoriti besar penduduk Daerah Lahad Datu serta diikuti oleh Kristian, Buddha, Sikh dan sebagainya.

Agama di Lahad Datu - Bancian 2020
agama peratus
Islam
  
88.5%
Kristian
  
8.0%
Buddha
  
3.3%
Lain-lain
  
0.1%

Islam

Agama Islam dipercayai mula bertapak di Daerah Lahad Datu pada tahun 1408 masihi, menjadikan Islam adalah agama yang tertua yang dianuti oleh penduduk Daerah Lahad Datu sekitar 600 tahun dahulu. Jumlah umat Islam di daerah Lahad Datu dianggarkan seramai 202,382 orang atau bersamaan dengan 88.5% daripada populasi penduduk Daerah ini.

Pentadbiran Daerah sunting

Majlis Daerah Lahad Datu

 
MDLD

Majlis Daerah Lahad Datu adalah Penguasa Tempatan yang berautonomi kewangan. Majlis ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1962 untuk memberi perkhidmatan yang berbentuk pembangunan dan sosial di Daerah Lahad Datu.

Pejabat Daerah Lahad Datu

Pejabat Daerah Lahad Datu diwujudkan pada awal tahun 40-an dan jawatan Pegawai Daerah yang pertama disandang oleh seorang berbangsa Inggeris yang bernama G.W. White. Bermula pada tahun 60-an, jawatan Pegawai Daerah telah disandang oleh warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah.

Pejabat Daerah Lahad Datu merupakan nadi pentadbiran daerah dan menjadi tumpuan setiap jabatan serta orang awam dalam menyelesaikan urusan perkhidmatan, pembangunan dan keselamatan.

Pejabat Daerah Lahad Datu adalah sebuah jabatan kerajaan Negeri yang memberikan perkhidmatan kepada penduduk Lahad Datu dan Tungku. Ia menyelaraskan kegiatan-kegiatan 21 buah jabatan/ agensi Kerajaan Negeri/ agensi berkanun dan 44 jabatan/ agensi Kerajaan Persekutuan/ agensi berkanun di peringkat daerah.

Lahad Datu mempunyai sebuah Daerah Kecil iaitu

No Mukim di Lahad Datu Populasi
1 Mukim Bandar
2 Mukim Dam
3 Mukim Felda Sahabat
4 Mukim Segama
5 Mukim Silabukan
6 Mukim Silam
7 Mukim Tambisan
8 Mukim Tungku
No Sub-Mukim/Zon di Lahad Datu Populasi
1 Mukim Bakapit
2 Mukim Fajar
3 Mukim Panji
4 Mukim Pulau Sakar
5 Mukim Sabahan
6 Mukim Sandau
7 Mukim Sapagaya
8 Mukim Tabanak
9 Mukim Tanjung Labian
10 Mukim Tengah Nipah
11 Mukim Ulu Segama
12 Mukim Ulu Tungku

Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sunting

No DUN di P.188 Lahad Datu Penyandang Daerah Pengundi Bilangan Pengundi Keluasan Kawasan
N.60 Tungku Tuan Assaffal@Samsul Kamal Bin Haji Panglima Alian (Warisan)
  1. Felda Sahabat
  2. Segangan
  3. Silabukan
  4. Tambisan
  5. Tanjung Labian
  6. Tungku
  7. Ulu Tungku
  • 13,255
  • 3,297 km²
N.61 Segama Datuk Mohamaddin Bin Haji Ketapi (PBM)
  1. Belacon
  2. Dam Road
  3. Jalan Segama
  4. North Road
  5. Segama
  6. Singgahmata
  7. Tabanac
  8. Tengah Nipah
  9. Ulu Segama
  • 16,575
  • 1,144 km²
N.62 Silam Tuan Haji Dumi Bin Haji Panglima Masdal (Warisan)
  1. Bandar Lahad Datu
  2. Lapangan Terbang
  3. Panji Baru
  4. Sakar
  5. Sapagaya
  6. Silam
  7. Taman Fajar
  • 17,395
  • 3,049 km²
N.63 Kunak Puan Norazlinah Binti Arif
  1. Giram
  2. Kampung Kunak
  3. Kunak Jaya
  4. Madai
  5. Mostyn
  6. Pangi
  7. Pekan Kunak
  8. Pengkalan Kunak
  • 14,641
  • 1,104 km²

Ekonomi sunting

 
Kilang Sawit Tomaco di Sungai Mangis

Dari segi ekonomi pula, Daerah ini merupakan penyumbang sosia-ekonomi yang terbesar di Sabah untuk jangka masa panjang dengan hasil perladangan yang luas terutamanya dari sumber Kelapa Sawit, dimana adanya pengwujudan POIC yang bertaraf dunia di sini. Sumber pertanian lain yang memberi sumbangan kepada ekonomi daerah ini termasuk Kelapa kering (Kopra), Getah dan koko.

Dari segi perikanan (hasil laut) seperti ikan ,udang harimau dan kertas, ketam bakau/ketam kasturi dan rumpai laut juga merupakan salah satu sumber ekonomi di daerah ini. Kini, daerah Lahad Datu mempunyai dua kawasan tempat perlancongan yang bertaraf dunia iaitu Lembah Danum dan Taman Hidupan Liar Tabin yang sering kali dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara.

The Palm Oil Industrial Cluster (POIC) sunting

 
POIC Lahad Datu

Lahad Datu juga mempunyai beberapa kilang penapis minyak sawit. The Palm Oil Industrial Cluster (POIC) terletak berhampiran dengan Pelabuhan Lahad Datu dan menerima kapal pertama pada 1 Mac 2013. Ia terdiri daripada 1,150 ekar (5 km2) tanah dibangunkan (dengan kemudahan pengumpulan berpusat dan jeti, yang sedang dalam pembinaan, yang akan mempunyai draf 20 meter, menjadikannya salah satu segelintir pelabuhan laut dalam di dunia khusus untuk minyak sawit industri hiliran. Setakat ini, 18 buah syarikat telah membeli tanah di POIC dengan 8 buah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran biodiesel sawit. POIC ialah syarikat penuh milik kerajaan negeri di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Perindustrian. Pengerusinya ialah Menteri sekarang, Datuk Dr. Ewon Ebin dan ketua pegawai eksekutif Mr.Wong Yu Chin (ASDK, BSK).

Kawasan FELDA Sahabat, Lahad Datu sunting

 
Kompleks Felda Sahabat

FELDA mula memajukan tanah pada pertengahan tahun 1979 berdasarkan kelulusan Kerajaan Negeri melalui Warta Kerajaan Negeri Sabah No. 148 dan 223. Sehingga tahun 2000, FELDA telah membuka tanah seluas 124,389 hektar yang mana 98% ialah kawasan perladangan terutama tanaman sawit dan 2% ialah kawasan penempatan dan Bandar. Lebihan kawasan tidak dapat dimajukan oleh pihak FELDA atas sebab kesesuaian kawasan serta pengambilan balik oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Kawasan yang telah dimajukan oleh FELDA hanya ditumpukan di kawasan Pantai Timur Sabah. Jarak jauh Kompleks Sahabat ialah 100 kilometer dari bandar Lahad Datu manakala Kompleks Umas ialah 76 kilometer dari bandar Tawau.

Keluasan bagi Felda Sahabat ialah ladang (105,053 hektar) dan penempatan/bandar (1707 hektar), dengan jumlah keseluruhan berluas 106,760 hektar tidak termasuk kawasan yang terlebih buka dan yang diduduki penduduk kampung.

Kemudahan awam sunting

Sistem perhubungan dan pengangkutan sunting

Jalan raya sunting

 
Jalan raya di Felda Sahabat, Lahad Datu

Kedudukan yang strategik ini telah memudahkan Lahad Datu untuk dikunjungi sama ada melalui jalan darat, air mahupun udara. Melalui jalan darat, Lahad Datu mempunyai sistem jalan raya yang menghubungkannya dengan bandar-bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan beberapa pekan lain.

Terdapat lebih kurang 42 batang rangkaian jalan raya berturap di Lahad Datu meliputi kawasan bandar dan luar bandar. Kenderaan ringan seperti kereta, van dan kereta pacuan empat roda serta kenderaan berat seperti lori dan treler juga boleh menggunakan jalan raya yang telah disediakan. Bagi kawasan kampung, kebanyakan jalan batu kelikir dibina manakala jalan tanah merah pula dibina di semua kawasan ladang kelapa sawit sebagai jalan penghubung.

Antara lebuh raya dan jalan raya utama yang terdapat di Daerah Lahad Datu ialah:

  • Lebuhraya Jalan Segama
  • Lebuhraya Jalan Silam
  • Lebuhraya Jalan Pantai
  • Jalan Lahad Datu - Sandakan
  • Jalan Lahad Datu - Tawau
  • Jalan Lahad Datu - Tungku
  • Jalan Tungku - Felda Sahabat

Bekalan elektrik sunting

Bekalan elektrik pula adalah di bawah kawalan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang merupakan pembekal utama tenaga elektrik di Daerah Lahad Datu.

Bekalan air sunting

Mengikut perangkaan yang dibuat oleh Jabatan Air Lahad Datu, kapasiti pengeluaran air bersih di Lahad Datu ialah kira-kira 558 juta liter sehari pada tahun 2000. Namun, ia dijangka akan meningkat dan melonjak naik dengan lebih tinggi pada masa kini kerana permintaan dan pendedahan tentang kegunaan sumber air bersih dalam kehidupan.

Lapangan terbang sunting

 
Lapangan Terbang Lahad Datu

Pada 23 April 2010, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri mengumumkan Lapangan Terbang baru akan dibina di sini kerana lapangan terbang sedia ada tidak memenuhi piawaian keselamatan lapangan terbang antarabangsa atau Aviation Certification and Interoperability Office (ACIO). Penduduk Lahad Datu kini melebihi 300,000 orang.

Alternatif ialah di Silabukan, kira-kira 25 kilometer dari bandar Lahad Datu. Pilihan lain ialah Sandau, kira-kira 35 kilometer dari bandar Lahad Datu. Silabukan merupakan kawasan ladang kelapa sawit milik agensi kerajaan negeri Sabah dan lebih mudah proses tukar milik dilakukan. Silabukan juga terletak di antara Tungku, bandar Felda Sahabat dan bandar Lahad Datu, berhampiran kawasan Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) serta Hutan Simpan Tabin dan dihubungkan dengan sistem jalan raya yang baik.[2]

Rumah Ibadah sunting

 
Masjid Ar-Raudah merupakan Masjid Daerah Lahad Datu.

Masjid

  1. Masjid Ar-Raudah (Masjid Daerah)
  2. Masjid At Taqwa IPD Lahad Datu
  3. Masjid Awal Tuan Guru Haji Muda
  4. Masjid Raya Lahad Datu
  5. Masjid Al Badrul, Kg. Telisai
  6. Masjid Al Ikhlas, Sapagaya
  7. Masjid Al Huda, Felda Sahabat 16
  8. Masjid Al Khautsar Kg. Wawasan
  9. Masjid Al Mukarramah, Kg. Durian
  10. Masjid An Nur, Kg. Betik
  11. Masjid An Nur, Kg. Tambisan Darat
  12. Masjid Al Mubarak, Kg. Kenangan
  13. Masjid Al Mubarak, Kg. Wawasan 2
  14. Masjid Al Muhajirin, Kg. Teck Guan
  15. Masjid Al Mukminin, Kg. Remang
  16. Masjid Al Mukminin, Kg. Segangan
  17. Masjid Al Muttaqin, Kg. Sabah Baru
  18. Masjid Al Rasyddin, Kg. Aru Bengingod
  19. Masjid Ar Rahman, Kg. Dasar Baru
  20. Masjid Ar Rahman Kg. Sungai Bilis
  21. Masjid Hj James Bell@Abdullah, Kg. Bulus
  22. Masjid Jamek Al Ubudiah, Desa Kencana
  23. Masjid Jamek Batalion 17 PGA Lahad Datu
  24. Masjid Jamek Darussalam, Kg. Tabanak
  25. Masjid Jamek Komplex Sandau
  26. Masjid Jamek, Kg. Tanjung Batu
  27. Masjid Makhdum, Kg. Sapagaya
  28. Masjid Mutiara Kasih, Pangsapuri
  29. Masjid Nurhidayah, Tambisan Pulau
  30. Masjid Nur Ikhlas, Kg. Buang Sayang
  31. Masjid Nur Imam, Kg. Sapagaya Ulu
  32. Masjid Nur Iman, Kg. Tambisan Darat
  33. Masjid Nur Hidayah Long Pagong, Kg. Makuao
  34. Masjid Nur Salam, Kg. Silam
  35. Masjid Nur Salam, Kg. Terusan
  36. Masjid Nur Ta'azhim, Kg. Batu 13
  37. Masjid Nurulfalah, Kg. Ipil
  38. Masjid Nurul Amal, Kg. Jawa
  39. Masjid Nurul Badri, Desa Bajau
  40. Masjid Nurul Hag, Kg. Tanjung Labian
  41. Masjid Nurul Hidayah, Felda Anjung Teduh
  42. Masjid Nurul Hikmah, Kg. Bumiputera
  43. Masjid Nurul Hilal, Kg. Puyut
  44. Masjid Nurul Ibadah, Felda Sahabat
  45. Masjid Nurul Ikhwan, Silabukan
  46. Masjid Nurul Iman, Kg. Barigas
  47. Masjid Nurul Iman, Felda Cenderawasih
  48. Masjid Nurul Iman, Kg. Dengan/Mundas
  49. Masjid Nurul Iman, Kg. Sabah Baru 2
  50. Masjid Nurul Ihsan, Kg. Binuang
  51. Masjid Nurul Ittihad, Kg. Muhibbah
  52. Masjid Nurul Jihad, Kg. Kokos Segama
  53. Masjid Nurul Ma'aruf, Kg. Long Danau
  54. Masjid Nurul Sa'adah, Kg. Segangan
  55. Masjid Nurul Taqwa, Kg. Dewata
  56. Masjid Nurul Taqwa, Kg. Nala
  57. Masjid Nurul Ulum, Kg. Segama Lama
  58. Masjid Nurul Umam, Kg. Tamoi Lama
  59. Masjid Kampung Teluk Soaiun
  60. Masjid Kampung Telisai
  61. Masjid Kampung Mengkarat
  62. Masjid Kampung Dangan
  63. Masjid Kampung Beringin
  64. Masjid Kampung Haji Khamis
  65. Masjid Kampung Indah Jaya
  66. Masjid Kampung Tanjong Paras
  67. Masjid Kampung Bakapit
  68. Masjid Kampung Tanagian
  69. Masjid Kampung Lokbuani
  70. Masjid Kampung Terusan
  71. Masijd Kampung Sarip
  72. Masjid Kampung Silam
  73. Masjid Kampung Nala
  74. Masjid Kampung Mundas
  75. Masjid Kampung Sri Aman
  76. Masjid Peringkat 4 Silabukan

Surau

  1. Surau Siti Khatijah, Bandar Sri Perdana
  2. Surau Al Hidayah, Kg. Bangingod
  3. Surau Al Iman, Kg. Terusan
  4. Surau An Nur, Kg. Sapadulang Luar
  5. Surau An Nur, Kg. Sapagaya
  6. Surau Khazanah Indah
  7. Surau Nurul Aman Jaya
  8. Surau Nurul Estet Danum
  9. Surau Institut Memandu Meritmas
  10. Surau Hospital Lahad Datu
  11. Surau Al Syakirin Pasukan Polis Marin Lahad Datu

Rumah Ibadah bukan Islam

 
Gereja Anglikan St Mark
  1. St. Dominic Catholic Church
  2. Lahad Datu Methodist Church
  3. Calvary Church Lahad Datu
  4. St Mark Anglican Church
  5. Koinonia Community Christian Church
  6. Iglesia Ni Cristo, Lahad Datu GWS
  7. Gereja Pantekosta Imanuel Malaysia
  8. Gereja Pantekosta Jemaat Filadelfia Lahad Datu
  9. Gereja Baptis Lahad Datu
  10. Gereja Basel Lahad Datu
  11. Calvary Charismatic Church
  12. True Jesus Church Bandar Lahad Datu
  13. Gereja SIB Lahad Datu
  14. Lahad Datu Seventh Day Adventist Church
  15. Gereja Felda Sahabat
  16. Our Lady of Pillar Chapel
  17. True Jesus Church Silabukan
  18. SDA Silabukan
  19. St. Stephen's Church, Silabukan 1
  20. True Jesus Church, Kg Bukit Belacon
  21. Gereja Baptis Sunduron
  22. Gereja St.Edwin Batu 12
  23. St. Simon Catholic Church Putatan Lahad Datu
  24. Gereja Anglikan St. Thomas
  25. St.Philip Church, Lahad Datu
  26. Lahad Datu Kwan Tee Temple
  27. Lahad Datu Guan Yin Temple
  28. Pertubuhan Agama Buddha
  29. San Loon Tian Temple
  30. Gurdwara Sahib Singh Sabha Lahad Datu
  31. Gereja di lahad Datu ( Local Church)

Kemudahan perkhidmatan kesihatan sunting

 
Hospital Lahad Datu

Terdapat beberapa pusat kesihatan di Lahad Datu. Sebuah hospital yang boleh dikatakan bertaraf moden dan lengkap dengan peralatan perubatan yang canggih telah siap dibina pada tahun 2001. Hospital ini turut menyediakan kuarters bagi kakitangan hospital berkenaan. Selain daripada itu, terdapat 4 buah klinik kerajaan termasuk sebuah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak yang disediakan di kawasan bandar. Manakala 9 buah klinik swasta serta 3 buah klinik pergigian turut dibuka di kawasan bandar manakala 10 buah Klinik Desa dibina di kawasan luar bandar.

Senarai Klinik di Daerah Lahad Datu

  1. Hospital Lahad Datu
  2. Klinik Pakar, Hostipal Lahad Datu
  3. Klinik Kesihatan Felda Sahabat
  4. Klinik Kesihatan Lahad Datu
  5. Klinik Kesihatan Pulau Tambisan
  6. Klinik Kesihatan Silabukan
  7. Klinik Kesihatan Tungku
  8. Klinik 1 Malaysia Bandar Sri Perdana
  9. Klinik 1 Malaysia Layung Industrial
  10. Klinik 1 Malaysia Palm Height
  11. Klinik Desa Bukit Belacon
  12. Klinik Desa Cenderawasih
  13. Klinik Desa Fajar Harapan
  14. Klinik Desa Hamparan Badai
  15. Klinik Desa Kembara Sakti
  16. Klinik Desa Kuala Taburi
  17. Klinik Desa Lamag Silam
  18. Klinik Desa Pulau Sakar
  19. Klinik Desa Sapagaya
  20. Klinik Desa Segama
  21. Klinik Desa Silabukan
  22. Klinik Desa Tanjung Labian
  23. Klinik Desa Tengah Nipah

Klinik Pergigian dan Swasta

  • Klinik Pergigian Cenderawasih
  • Klinik Pergigian Dr. Tay
  • Klinik Pergigian Fajar
  • Klinik Pergigian Giam
  • Klinik Pergigian Perdana
  • Klinik Pergigian Peter
  • Klinik Pergigian Rohana
  • Klinik Pergigian Shofiyyah
  • Klinik Chaw
  • Klinik Dr. Leong
  • Klinik Dr. Siti (Klinik Dr Siti & Surgeri)
  • Klinik Genevieve
  • Klinik Lahad Datu
  • Klinik Layong
  • Klinik Nuqman
  • Klinik Permai
  • Klinik Raphah (Medical Clinic & Surgery)
  • Klinik Ruslan
  • Klinik RuslanAmin
  • Klinik Sri Perdana (Clinic And Surgery)
  • Klinik Ung
  • Klinik Ung Cenderawasih
  • Klinik iBorneo
  • Poliklinik Fajar
  • Poliklinik Shau
  • Poliklinik Tabanak
  • Klinik Mabello Darvel Bay
  • Klinik Mabello Jeroco
  • Klinik Mabello Tungku

Kemudahan awam lain sunting

Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan masyarakat di luar bandar juga turut mendapat kemudahan dan keselesaan untuk menjalani kehidupan seharian. Pembinaan sekolah, hospital, balai polis, balai bomba, perpustakaan, deretan kedai, pejabat pentadbiran daerah.

Pendidikan sunting

 
Sekolah Kebangsaan Sahabat 16

Terdapat pelbagai pusat pendidikan di Lahad Datu.

Tabika dan prasekolah sunting

Tabika di Lahad Datu
Tabika Kemas Bandar Sahabat
Tabika Kemas Batalion 17 PGA Lahad Datu
Tabika Kemas Cenderawasih
Tabika Kemas Desa Kencana
Tabika Kemas Kampung Desa Bajau
Tabika Kemas Kampung Kokos
Tabika Kemas Kampung Mundas Tungku
Tabika Kemas Kampung Sabah Baru 1
Tabika Kemas Kampung Segama Lama Batu 8
Tabika Kemas Kampung Silabukan
Tadika Yuk Choi Lahad Datu

Sekolah rendah sunting

Senarai Sekolah Rendah
Sekolah Kebangsaan Amalania
Sekolah Kebangsaan Bakapit
Sekolah Kebangsaan Bangingod
Sekolah Kebangsaan Batu 6 1/2 Segama
Sekolah Kebangsaan Bikang
Sekolah Kebangsaan Binuang
Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon
Sekolah Kebangsaan Cenderawasih
Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan
Sekolah Kebangsaan Jeroco
Sekolah Kebangsaan Kampung Silam
Sekolah Kebangsaan Kennedy Bay
Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II
Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III
Sekolah Kebangsaan Lahad Datu IV
Sekolah Kebangsaan Lok Buani
Sekolah Kebangsaan Payang
Sekolah Kebangsaan Pekan
Sekolah Kebangsaan Permai
Sekolah Kebangsaan Sabah Cocoa
Sekolah Kebangsaan Sahabat II
Sekolah Kebangsaan Sahabat 4
Sekolah Kebangsaan Sahabat 16
Sekolah Kebangsaan Sandau
Sekolah Kebangsaan Sapagaya
Sekolah Kebangsaan Silabukan
Sekolah Kebangsaan Sri Darun
Sekolah Kebangsaan Sri Pantai
Sekolah Kebangsaan St. Dominic
Sekolah Kebangsaan St. Stephens
Sekolah Kebangsaan Tambisan
Sekolah Kebangsaan Tanjong Paras
Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian
Sekolah Kebangsaan Tawaiyari
Sekolah Kebangsaan Telisai
Sekolah Kebangsaan Terusan
Sekolah Kebangsaan Tungku
Sekolah Kebangsaan Ulu Tungku
Sekolah Kebangsaan Unico Desa
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chee Vun

Sekolah menengah sunting

Sekolah Menengah di Lahad Datu
Sekolah Menengah Sains Lahad Datu
Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh
Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana
Sekolah Menengah Kebangsaan Segama
Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya
Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Dominic
Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan
Sekolah Menengah Kebangsaan Tungku
Sekolah Menengah (C) Lahad Datu

Sekolah Agama sunting

Sekolah Agama Negeri

  1. Sekolah Agama Negeri Kampung Haji Khamis
  2. Sekolah Agama Negeri Kampung Tabanak
  3. Sekolah Agama Negeri Silabukan

Sekolah Agama Rakyat

  1. Sekolah Agama Rakyat Anjung Teduh
  2. Sekolah Agama Rakyat BN 17 PGA
  3. Sekolah Agama Rakyat dan KAFA, Dengan Tungku
  4. Sekolah Agama Rakyat Darul Huda Kembara Sakti
  5. Sekolah Agama Rakyat Desa Kencana
  6. Sekolah Agama Rakyat Felda Bandar Sahabat
  7. Sekolah Agama Rakyat Kampung Binuang
  8. Sekolah Agama Rakyat Kampung Cocos
  9. Sekolah Agama Rakyat Kampung Sapagaya
  10. Sekolah Agama Rakyat Kampung Remang
  11. Sekolah Agama Rakyat Tuan Guru Haji Muda Kampung Bikang

Madrasah dan Sekolah pondok

  1. KAFA Masjid Pangsapuri Lahad Datu
  2. KAFA Madrasah Basriah, Kampung Terusan
  3. Madrasah Qasimiah Lahad Datu

Kolej dan universiti sunting

 
Kolej Komuniti Lahad Datu
  1. Open University Malaysia
  2. Kolej Vokasional Lahad Datu
  3. Kolej Komuniti Lahad Datu
  4. Kolej Tiram (Swasta)

Pusat latihan dan lain-lain sunting

  1. Pusat Latihan Islam Lahad Datu
  2. Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC)
  3. Pusat Latihan Sawit Malaysia MPOB Lahad Datu
  4. Pusat GiatMara Silam Lahad Datu.

Pertahanan dan keselamatan sunting

ESSCOM

 
Pejabat ESSCOM, Lahad Datu.

ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah adalah merupakan kawasan kawalan keselamatan yang meliputi 1,400km kawasan pantai timur Sabah bermula dari Kudat sehinggalah ke Tawau.[3][4] Ianya dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Abdul Razak pada 7 Mac 2013.[5] Tujuan ianya diwujudkan adalah bagi menguatkan lagi kawalan keselamatan maritim di bahagian timur Sabah susulan dengan krisis pencerobohan yang berlaku baru-baru ini dan menghalang sebarang kegiatan pengganas berlaku di perairan Sabah.[6][7]

Pasukan Gerakan Am

 
Kompleks Batalion 17 Pasukan Gerakan Am Lahad Datu, Jalan Silam, Lahad Datu

Pasukan Gerakan Am atau PGA merupakan salah satu cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negara Malaysia. Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran.

Kawasan tanggungjawab BN 17 LDU bermula dari Zon FELDA Sahabat sehingga ke Zon Kunak.[8]

Bentuk muka bumi sunting

Bentuk muka bumi Daerah Lahad Datu khususnya kawasan di sebelah barat adalah bergunung-ganang dan dikenali sebagai Tanah Tinggi Segama. Tanah-tanah tinggi ini diairi oleh Sungai Segama. Di bahagian timur Tanah Tinggi Segama, terdapat kawasan tanah rendah yang dikenali sebagai Lembah Danum. Bahagian timur Lahad Datu dibentuk oleh selatan Semenanjung Dent dengan kawasan berbukit-bukau yang dibentuk oleh Banjaran Bagahak yang mencapai ketinggian 760 meter. Selain itu, daerah ini memiliki tanah pamah dan tanah yang bercerun sesuai dijadikan kawasan pertanian. Kawasan Bandar Lahad Datu terlindung daripada ancaman ribut kerana adanya Pulau Sakar yang mengelilingi kawasan bandar Lahad Datu serta memiliki iklim panas dan lembap sepanjang tahun.

Kawasan Hutan Simpan dan Konservasi sunting

 
Burung Red Naped Trogon ditemui di Lembah Danum

Lahad Datu mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti pelancongan alam sekitar. Kawasan hutan Lahad Datu yang masih kurang diteroka telah mendorong kerajaan mewujudkan hutan simpan.

Kawasan Hutan Simpan

Lahad Datu juga mempunyai tiga daripada lima kawasan pemuliharaan atau konservasi di Negeri Sabah[9].

Kawasan Konservasi

  • Kawasan Konservasi Lembah Danum
  • Kawasan Konservasi Pesisiran Pantai Silam
  • Kawasan Konservasi Sungai Taliwas

Pulau dan terumbu sunting

Pulau sunting

 
Pemandangan Pulau Saga, Pulau Saddle dan Pulau Laila

Senarai pulau-pulau yang terdapat di Daerah Lahad Datu adalah seperti berikut.

Pulau di Daerah Lahad Datu
Pulau Adjail
Pulau Ambau
Pulau Anjan
Pulau Baik
Pulau Balani
Pulau Balundong
Pulau Buang Diri
Pulau Bud-Bud
Pulau Emas
Pulau Evans
Pulau Giam
Pulau Giong
Pulau Giung
Pulau Kalungan
Pulau Kalung Kalungan
Pulau Kalung Lighthouse
Pulau Kecil
Pulau Keramat Giung
Pulau Kulungan Besar
Pulau Kulungan Kecil
Pulau Labatan
Pulau Lahad Datu
Pulau Laila
Pulau Lumpur
Pulau Malampayau
Pulau Malampayau Anak
Pulau Malanta
Pulau Melamuk*
Pulau Nunuk
Pulau Pababag
Pulau Pababag Besar
Pulau Pak Karim
Pulau Pak Usop
Pulau Parapat
Pulau Pelana
Pulau Pok-Pok
Pulau Saddle
Pulau Saga
Pulau Sakar
Pulau Saranga
Pulau Sarip
Pulau Sibadju
Pulau Silumpat
Pulau Tabawan
Pulau Tabun
Pulau Tambisan
Pulau Tengah Besar
Pulau Tengah Kecil
Pulau Timor 1
Pulau Timor 2
Pulau Timor 3

Terumbu (Reff) sunting

  1. Terumbu Lubang Biru (Blue Hole/Ring Reff)
  2. Terumbu Voorwyk

Tanjung dan semenanjung sunting

Tanjung sunting

  1. Tanjung Atiam
  2. Tanjung Labian
  3. Tanjung Paras
  4. Tanjung Sakar
  5. Tanjung Unsung

Semenanjung sunting

  1. Semenanjung Darvel
  2. Semenanjung Dent

Teluk dan pantai sunting

Teluk atau Telukan sunting

  1. Teluk Kennedy
  2. Teluk Lahad Datu (Darvel Bay)
  3. Teluk Payang
  4. Teluk Payang W
  5. Teluk Sabahan (Luk Seban)
  6. Teluk Tambak
  7. Telukan Lahad Datu (Teluk Bandar Lahad Datu)
  8. Telukan Silam

Gunung dan bukit sunting

Banjaran dan pergunungan sunting

  1. Banjaran Bagahak
  2. Banjaran Brassey
  3. Tanah Tinggi Ulu Segama

Gunung sunting

 
Gunung Silam maskot Daerah Lahad Datu
  1. Gunung Tribulation - 1,287
  2. Gunung Ambun - 1,006
  3. Gunung Silam - 883
  4. Gunung Bagahak - 774
  5. Gunung Hatton - 648
  6. Gunung Leaing - 530
  7. Gunung End (End Hills) - 333

Bukit sunting

  1. Bukit Batu Balos
  2. Bukit Batu Tapadong
  3. Bukit Belacon
  4. Bukit Chellaturay - 89
  5. Bukit Cin Cin
  6. Bukit Kaungon
  7. Bukit Kibos
  8. Bukit Klasik
  9. Bukit Maruap
  10. Bukit Mas
  11. Bakit Masih
  12. Bukit Quoin
  13. Bukit Ragged
  14. Bukit Seruling

Gua sunting

  1. Gua Batu Balos
  2. Gua Tepadung

Sungai sunting

  1. Sungai Bole
  2. Sungai Danum
  3. Sungai Dewata
  4. Sungai Sahabat
  5. Sungai Sapagaya
  6. Sungai Segama
  7. Sungai Silabukan
  8. Sungai Tabanak
  9. Sungai Tabin
  10. Sungai Taliwas
  11. Sungai Tungku

Air Terjun sunting

 
Air Terjun yang terletak di Tabin

Daerah Lahad Datu juga mempunyai beberapa buah Air Terjun semula jadi yang menarik untuk dikunjungi antaranya ialah.

  1. Air Terjun 3 Susun Bagahak
  2. Air Terjun 6 Kolam Bagahak
  3. Air Terjun Batu Apung
  4. Air Terjun Vanilla
  5. Air Terjun Taliwas
  6. Air Terjun Tabbah Batang
  7. Air Terjun Membatu
  8. Air Terjun Gunung Silam
  9. Air Terjun Sapagaya
  10. Air Terjun Lipad, Tabin
  11. Air Terjun Hijobilu
  12. Air Terjun Lemba Danum

Pelancongan, kesenian dan kebudayaan sunting

Pelancongan sunting

Antara tempat menarik dan kawasan pelancongan yang boleh dikunjungi yang terdapat di Daerah Lahad Datu adalah seperti berikut

 
Pemandangan Darvel Bay dari Menara Kayangan

Tempat Menarik sunting

Tempat Penginapan sunting

Penempatan sunting

Senarai Kampung sunting

Kampung di Lahad Datu
Kampung Air
Kampung Air Pasang Batu 9
Kampung Agop
Kampung Agromate MDLD
Kampung Assam
Kampung Ateumu
Kampung Babur Rahmah
Kampung Bahagia
Kampung Bakat Burut
Kampung Bakapit
Kampung Bakau Baru
Kampung Balasu
Kampung Bangingod
Kampung Bangingod Aru
Kampung Bangkuruan
Kampung Barigas
Kampung Batu-Batu
Kampung Batu Bilin
Kampung Batu Balos
Kampung Batu Kadang
Kampung Batas Asam
Kampung Betik
Kampung Biabas
Kampung Biawak
Kampung Bikang/Bulus Bikang
Kampung Bikang Kechik
Kampung Bilong
Kampung Binuang
Kampung Buang Sayang
Kampung Bugis
Kampung Bukit Belacon
Kampung Bukit Pewira
Kampung Bulud Telu
Kampung Burung
Kampung Busul
Kampung Butun-Butun
Kampung Cina
Kampung Damai
Kampung Damai 1
Kampung Dasar Baru
Kampung Desa Bajau
Kampung Dengan
Kampung Diwata
Kampung Durian
Kampung Dusun
Kampung Gawa-Gawa
Kampung Gidang-Gidang
Kampung Guansing
Kampung Haji Jiran Batu 8
Kampung Haji Khamis
Kampung Indah Jaya
Kampung Ipil
Kampung Jawa
Kampung Junkilan
Kampung Kadang
Kampung Kadumu
Kampung Karikin
Kampung Kapak
Kampung Keliatan
Kampung Kenangan
Kampung Kenangan Jalan Paijo
Kampung Kidan-Kidan
Kampung Kokos Batu 6
Kampung Kuala Teburi
Kampung Laito
Kampung Langsat
Kampung Lamak Silam
Kampung Layung
Kampung Litok Pandai
Kampung Litok Pulau
Kampung Litok Tabpu
Kampung Log Pon
Kampung Long Danau
Kampung Long Pagong
Kampung Lok Banga
Kam0ung Lok Berbilis
Kampung Lok Bikin
Kampung Lok Buani
Kampung Lok Buaya/Lobang Buaya
Kampung Lok Giam
Kampung Lok Jipun
Kampung Lok Magalung
Kampung Lok Sembuang
Kampung Lok Terusan
Kampung Lubang
Kampung Lung Pias
Kampung Makuao
Kampung Manar
Kampung Manau
Kampung Mangkarat
Kampung Masuli
Kampung Mawai
Kampung Membatu
Kampung Merabung
Kampung Meruap
Kampung Mesej Nala
Kampung Muhibbah
Kampung Mundas
Kampung Nala/Bakulud
Kampung Nasib Besar
Kampung Padas
Kampung Pagasinan
Kampung Pandising
Kampung Pama
Kampung Pamanhutan
Kampung Panji
Kampung Panji Palauh
Kampung Pancuran
Kampung Pengkalan Silam
Kampung PRT
Kampung PPRT
Kampung Putatan Baru
Kampung Payang Batu 7
Kampung Peneroka Rancangan Peringkat 1
Kampung Pinayas
Kampung Pisang
Kampung Pulau Biyabas
Kampung Pulau Sakar
Kampung Pulau Sarip
Kampung Pulau Tengah
Kampung Puyut
Kampung Remang
Kampung Sabah Baru
Kampung Sabahan
Kampung Sapadulang
Kampung Sapadulang Hilir
Kampung Sapagaya Hilir
Kampung Sapagaya Tengah
Kampung Sapagaya Ulu
Kampung Saliawak
Kampung Sarip
Kampung Sarip Simunul
Kampung Sayur
Kampung Sebabpul
Kampung Segama Lama batu 8
Kampung Segangan
Kampung Sengagan Hilir
Kampung Sibadju
Kampung Sibural
Kampung Silabukan Peringkat 1
Kampung Silabukan Peringkat 2
Kampung Silabukan Peringkat 3
Kampung Silabukan Peringkat 4
Kampung Silam
Kampung Simpang Jeroco Batu 13
Kampung Singgahmata
Kampung Sinakut
Kampung Sri Aman
Kampung Sri Damai
Kampung Sri Darun
Kampung Sri Hak
Kampung Sri Pantai
Kampung Sri Payung
Kampung Sri Putatan
Kampung Subpan Batu 8
Kampung Sunduron
Kampung Sungai Bilis
Kampung Sungai Merah
Kampung Sungai Nyamuk
Kampung Sungai Nipah
Kampung Tabanak
Kampung Tabbah Batang
Kampung Tagas-Tagas
Kampung Tagupi Darat
Kampung Tagupi Laut
Kampung Takun
Kampung Taliwas
Kampung Tambisan Darat
Kampung Tambisan Pulau
Kampung Tamoi
Kampung Tamoi Baru
Kampung Tampenau
Kampung Tanagian
Kampung Tandu
Kampung Tanduo
Kampung Tanjung Batu
Kampung Tanjung Labian
Kampung Tanjung Paras
Kampung Tapadung
Kampung Taruakan
Kampung Tawayari
Kampung Teck Guan
Kampung Tekelan
Kampung Telisai
Kampung Teluk Soaiun/Silam Camp
Kampung Tengah Nipah
Kampung Terusan
Kampung Tong Batu
Kampung Tulibas Besar
Kampung Tulibas Kecil
Kampung Ubian Tujuh
Kampung Ulang-Ulang
Kampung Ulu Teburi
Kampung Ulu Tungku
Kampung Unta
Kampung Upak
Kampung Wahui Bukit
Kampung Wawasan
Kampung Wawasan 2
Kampung Yuk Choi

Senarai Taman Perumahan sunting

  1. Taman Aman
  2. Taman Aman Satu
  3. Taman Aman Tiga
  4. Taman Aman Jaya
  5. Taman Bukit Perdana
  6. Taman Cenderawasih
  7. Taman CL (Comunity Land)
  8. Taman Executive
  9. Taman Fajar
  10. Taman Gabungan
  11. Taman Gembira
  12. Taman Hap Heng
  13. Taman Harapan
  14. Taman Hing Nam
  15. Taman Idamansara
  16. Taman Kafo
  17. Taman Khazanah Indah
  18. Taman Lily
  19. Taman Maju
  20. Taman Mewah
  21. Taman Ming Garden
  22. Taman Mutiara
  23. Taman Palm Hieghts
  24. Taman Panji
  25. Taman Permata 99
  26. Taman Pertama Satu
  27. Taman Public Villa
  28. Taman Seri Gemilang (terbengkalai)
  29. Taman Sejati
  30. Taman Setia
  31. Taman Sri Perdana
  32. Taman Tabanak
  33. Taman Warisan
  34. Palm Resident Apartment
  35. Pangsapuri Mutiara Kasih

Senarai Pekan dan Bandar Satelit sunting

 
iPeak[pautan mati kekal] Business Centre
  1. Bandar Sri Perdana
  2. Bandar Tabanak
  3. Bandar Wilayah Jasa
  4. Damroad
  5. Fajar Centre
  6. the First Palm City Centre (dalam pembinaan)
  7. iPeak Business Centre
  8. Lahad Datu Jaya (terbengkalai)
  9. Lahad Datu Square (LD Square)
  10. Layung Light Industrial
  11. North Road
  12. Palm Hieghts
  13. Pekan Dengan (Tungku)
 
Masjid Bandar Lahad Datu

Penempatan Felda Sahabat sunting

  1. Anjung Teguh
  2. Baiduri Ayu
  3. Cenderawasih
  4. Desa Kencana
  5. Embara Budi
  6. Fajar Harapan
  7. Gemala Pura
  8. Hamparan Badai
  9. Indera Sakti
  10. Jeragan Bestari
  11. Kembara Sakti
  12. Lancang Kemudi
  13. Mercu Puspita
  14. Nilam Permata

Pencerobohan Lahad Datu 2013 sunting

 
Peta Pencerobohan Lahad Datu 2013

Pada 11 Februari 2013, beberapa penyokong bersenjata daripada kalangan warga/rakyat Filipna yang direkrut oleh Kesultanan Sulu, yang menggelar diri mereka sebagai "Angkatan Bersenjata Kesultanan Sulu dan Borneo Utara (Sabah)" telah tiba di Kampung Tanduo, wilayah Lahad Datu, Sabah, Malaysia. Kumpulan penceroboh ini didakwa dihantar oleh Sultan Jamalul Kiram III, yang juga merupakan salah seorang individu yang menuntut takhta Kesultanan Sulu yang belum dapat disahkan. Misi beliau adalah untuk memasukkan Sabah sebagai sebahagian tanah jajahan Filipina.[10][11][12] Dalam laporan tindak balas, Angkatan Bersenjata Malaysia telah mengepung kampung tersebut beberapa lama untuk berbincang secara damai dengan penceroboh dan sebagai suatu cubaan dan usaha murni untuk menyelesaikan masalah pertelingkahan wilayah secara aman dengan kerajaan Filipina dan penceroboh. Akhirnya akibat tiada maklum balas daripada pihak penceroboh untuk sekian lama, pihak bersenjata Malaysia telah bertindak mengambil tindakan tegas kepada penceroboh lantas bermulalah konflik maut pada 1 Mac 2013 hinggalah 24 Mac 2014.[13][14][15]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Climate: Lahad Datu". Climate-Data.org. Dicapai pada 30 October 2020.
  2. ^ Lahad Datu Amat Memerlukan Lapangan Terbang Baru - Abdul Rahim
  3. ^ "More eyes in the sky over Sabah?". New Straits Times. 20 Mac 2013. Dicapai pada 27 Mac 2013.
  4. ^ "Defence Ministry to oversea security in Sabah's eastern waters". The Sun. 15 Mac 2013. Dicapai pada 27 Mac 2013.[pautan mati kekal]
  5. ^ "ESSCOM to boost socio-economic growth in Sabah's east coast". New Straits Times. 27 Mac 2013. Dicapai pada 28 Mac 2013.
  6. ^ "Bolstering national maritime security". The Star. 21 Mac 2013. Dicapai pada 27 Mac 2013.[pautan mati kekal]
  7. ^ "ESSCOM will prevent future terrorist incursions, says IGP". The Malaysian Insider. 22 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-06. Dicapai pada 27 Mac 2013.
  8. ^ https:[Lahad Datu rekod 113 tangkapanUtusan Borneodate=27 Mac 2018]
  9. ^ [[1]]
  10. ^ "Heirs of Sultan of Sulu pursue Sabah claim on their own". Philippine Daily Inquirer. 16 Februari 2013. Dicapai pada 20 Februari 2013.
  11. ^ Ubac, Michael Lim; Pazzibugan, Dona Z. (3 Mac 2013). "No surrender, we stay". Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada 3 Mac 2013.
  12. ^ Mullen, Jethro (15 Februari 2013). "Filipino group on Borneo claims to represent sultanate, Malaysia says". CNN. Dicapai pada Februari 25, 2013.
  13. ^ Jegathesan, M. (5 Mac 2013). "Malaysia attacks Filipinos to end Sabah siege". Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada 5 Mac 2013.
  14. ^ "Lahad Datu: Malaysian security forces in all out attack against Sulu gunmen". The Star. 5 Mac 2013. Dicapai pada 5 Mac 2013. Missing pipe in: |first1= (bantuan); |first1= missing |last1= (bantuan)
  15. ^ "Kronologi pencerobohon Lahad Datu". Astro Awani. 6 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-29. Dicapai pada 29 Oktober 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Lihat juga sunting