Daerah Tangkak

daerah di Johor, Malaysia
(Dilencongkan dari Daerah Leadang)

Daerah Tangkak adalah sebuah daerah di negeri Johor, Malaysia. Ibu daerah Tangkak ialah Bandar Tangkak. Sebelum ini Daerah Tangkak dikenali sebagai kawasan Muar Utara. Asalnya daerah ini adalah bahagian utara daerah Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh Sungai Muar.[2]. Daerah Tangkak merangkumi bandar Tangkak, Tanjung Agas, Sungai Mati, Kesang, Serom, Sagil, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang.

Daerah Tangkak
Daerah Tangkak di Johor
Daerah Tangkak di Johor
Bendera Daerah Tangkak
Jata Daerah Tangkak
Daerah Tangkak is located in Bumi
Daerah Tangkak
Daerah Tangkak (Bumi)
Koordinat: 2°16′06″N 102°32′21″E / 2.2683829553015196°N 102.53907778821655°E / 2.2683829553015196; 102.53907778821655Koordinat: 2°16′06″N 102°32′21″E / 2.2683829553015196°N 102.53907778821655°E / 2.2683829553015196; 102.53907778821655
NegaraMalaysia Malaysia
Negeri Johor
Pusat pentadbiranBandar Tangkak
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Tangkak
Pengisytiharan sebagai daerah di Johor9 Jun 2008
Pentadbiran
 • Pegawai DaerahAzman Mohamed Shah[1]
Keluasan
 • Jumlah977 batu persegi (970.24 km2)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah163,449
 • Kepadatan170/batu persegi (170/km2)

Daerah Tangkak secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 9 Jun 2008 dan dirasmikan oleh Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail. Pada asalnya, nama daerah ini ialah daerah Ledang. Nama tersebut telah diambil bersempena dengan nama Gunung Ledang, gunung tertinggi di negeri Johor. Kemudian, pada 7 Disember 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim telah memberi perkenan nama "Tangkak" bagi menggantikan nama daerah Ledang[3].

Pentadbiran sunting

Daerah Tangkak ditadbir oleh Majlis Daerah Tangkak dan berpusat di Bandar Tangkak. Daerah ini merangkumi enam mukim, lima bandar dan sebuah pekan;

 
Peta daerah Tangkak
  1. Tangkak
  2. Grisek
  3. Serom
  4. Bukit Serampang
  5. Kesang
  6. Kundang

Bandar dan pekan sunting

 
Majlis Daerah Tangkak
  1. Bandar Bukit Kangkar
  2. Bandar Parit Bunga
  3. Bandar Serom
  4. Bandar Sungai Mati
  5. Bandar Tangkak
  6. Pekan Grisek

Geografi sunting

Daerah Tangkak terletak di barat laut negeri Johor bersempadan dengan daerah Tampin, Negeri Sembilan dan Segamat di utara, daerah Muar di selatan, daerah Jasin, Melaka di barat dan Selat Melaka di barat daya. Terdapat tiga batang sungai utama di daerah ini iaitu Sungai Kesang dan Sungai Chohong yang menjadi sempadan antara daerah Tangkak dengan daerah Jasin, Melaka serta Sungai Muar yang menjadi sempadan antara daerah ini dengan daerah Muar. Gunung Ledang (1,276 m), iaitu titik tertinggi daerah ini serta seluruh negeri Johor, terletak ke arah timur laut, berdekatan dengan titik pertemuan sempadan dengan negeri-negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Iklim sunting

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[4] Purata suhu ialah 26.84 °C (80.3 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.6 °C (81.7 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.1 °C (79.0 °F).[4] Purata kerpasan di Tangkak adalah 2286.8 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 330.4 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 110.6 milimeter.[4]

Data iklim untuk Tangkak (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 26.3
(79.3)
26.8
(80.2)
27.2
(81.0)
27.3
(81.1)
27.6
(81.7)
27.3
(81.1)
27.0
(80.6)
26.9
(80.4)
26.7
(80.1)
26.6
(79.9)
26.3
(79.3)
26.1
(79.0)
26.8
(80.3)
Purata kerpasan, mm (inci) 187.0
(7.36)
110.6
(4.35)
172.9
(6.81)
188.7
(7.43)
180.2
(7.09)
150.5
(5.93)
151.6
(5.97)
177.2
(6.98)
168.8
(6.65)
211.4
(8.32)
257.5
(10.14)
330.4
(13.01)
2,286.8
(90.04)
Sumber: ClimateCharts[4]

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
2010131,890—    
2020163,449+23.9%
Pecahan etnik di Tangkak - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
66.5%
Cina
  
27.5%
India
  
5.4%
Lain-lain
  
0.5%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Tangkak ialah seramai 163,449 orang dengan kepadatan penduduk 167 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 66 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih lima peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 109:100. Terdapat 43,438 tempat kediaman dengan sebanyak 38,178 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 114 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 35 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 13 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 103,381
Cina 42,789
India 8,392
Lain-lain 788
Bukan warganegara N/A 8,099

Agama sunting

Agama di Tangkak - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
66.6%
Buddha
  
25.1%
Hinduisme
  
5.6%
Kristian
  
1.2%
Lain-lain
  
1.2%
Tidak beragama
  
0.3%

Majoriti penduduk di daerah Tangkak beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[5]

Agama Jumlah
Islam 108,783
Buddha 41,096
Hindu 9,226
Kristian 1,963
Lain-lain 1,883
Tidak beragama 498
Tidak diketahui 0

Pengangkutan sunting

Daerah Tangkak mempunyai beberapa laluan persekutuan yang menjadi penghubung utama pergerakan penduduk di daerah ini; antaranya ialah Laluan Persekutuan 5   yang menghubungkan Jasin dan Muar dengan Tangkak dan Laluan Persekutuan 23   yang menghubungkan pekan-pekan utama di daerah ini seperti Sagil, Tangkak, Pengkalan Kundang dan Sungai Mati.

Rujukan sunting

  1. ^ http://pdnj.johor.gov.my/profil/pd-tangkak/profil_pegawai_daerah
  2. ^ Ledang becomes 10th district
  3. ^ [1]
  4. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Tangkak". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  5. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/