Muallim ialah daerah kesebelas di negeri Perak. Ia telah diisytiharkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pada 11 Januari 2016 di Dewan Seri Tanjong Majlis Daerah Tanjung Malim.[4][5]


Flag of Perak.svg


Daerah
Perak Darul Ridzuan
Muallim
Location of {{{common_name}}}
Pejabat daerah Tanjung Malim
Pegawai daerah Nor Sham Rahman[1]
Kawasan
 - Jumlah 934.35[2] km²
Populasi
 - Anggaran 2015[3] 100200
 - Banci 2016 69639[1]
 - Kepadatan 74.53/km²
Peta Daerah Muallim

Daerah ini sebelum ini adalah sebahagian daripada daerah Batang Padang. Ia berkeluasan 93,434.65 hektar (934.3465 km2) dan merangkumi tiga mukim: Slim, Hulu Bernam Timur dan Hulu Bernam Barat. Kawasan-kawasan yang dirangkumi daerah ini termasuk Tanjung Malim, Trolak, Slim River, Proton City dan sebahagian Behrang.[5][6] Populasi daerah ini sewaktu pengisytiharannya adalah 69,639.[4] Daerah Muallim terletak dalam Parlimen Tanjung Malim dengan dua Dewan Undangan Negeri: Slim dan Behrang.[6][7]

Asal nama daerah Muallim adalah daripada perkataan Arab muallim yang bermaksud orang yang ahli dalam bidang agama. Nama yang berkaitan ilmu dan ilmuwan ini dipilih berdasarkan latar sejarah daerah ini: di daerah ini terletaknya Maktab Perguruan Sultan Idris yang menjadi pusat pengajuan tertinggi tempatan untuk orang Melayu sewaktu zaman pra-kemerdekaan Tanah Melayu dan melahirkan golongan pemikir Melayu yang mendorong nasionalisme bangsa dan perjuangan menuntut kemerdekaan.[5][6][8]

Daerah ini telah mendapat kelulusan Kabinet pada 10 April 2015 dan telah diwartakan pada 1 Oktober tahun yang sama.[6][9] Nor Sham Rahman telah dilantik sebagai Pegawai Daerah bagi daerah ini pada 1 Disember 2015, menjadikan beliau wanita kedua yang dilantik sebagai Pegawai Daerah di Perak selepas Latipah Sehibi yang telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Kampar pada April tahun tersebut.[9]

RujukanSunting

  1. ^ a b "Muallim is now Perak's 11th district". 11 January 2016.
  2. ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2019-01-19. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  3. ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). m/s. 316. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2019-01-19. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  4. ^ a b "Tanjung Malim Kini Dikenali Daerah Muallim". Berita RTM. 11 Januari 2016. Diarkib daripada yang asal pada 11 Januari 2016. Dicapai pada 11 Januari 2016.
  5. ^ a b c Mohd Hafizee Mohd Arop (11 Januari 2016). "Muallim daerah ke-11 Perak". Harian Metro. Diarkib daripada yang asal pada 11 Januari 2016. Dicapai pada 11 Januari 2016.
  6. ^ a b c d Shamsul Kamal Amarudin (11 Januari 2016). "Muallim rasmi menjadi daerah ke-11 di Perak". BHOnline. Diarkib daripada yang asal pada 11 Januari 2016. Dicapai pada 11 Januari 2016.
  7. ^ "Tanjong Malim Kini Dikenali Daerah Muallim". BERNAMA. 11 Januari 2016. Dicapai pada 11 Januari 2016.
  8. ^ "Sultan Perak Isytihar Muallim Daerah Perak ke-11". Perak Today. 11 Januari 2016.
  9. ^ a b "Nor Sham Dilantik Sebagai Pegawai Daerah Muallim". Perak Today. 2 Disember 2015. Dicapai pada 11 Januari 2016.

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting