Petaling

daerah di Malaysia
(Dilencongkan dari Daerah Petaling)

Petaling merupakan satu daerah di Negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di Lembah Klang di antara daerah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Daerah ini berkeluasan 484 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 2,298,130 orang menjadikannya sebagai daerah paling ramai penduduk di Malaysia.

Petaling
ڤتاليڠ
Negara Malaysia
Negeri Selangor
PusatSubang Jaya
Bandar terbesarPetaling Jaya
Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Petaling Jaya
(Timur)
Majlis Bandaraya Shah Alam
(Barat)
Majlis Bandaraya Subang Jaya
(Selatan)
Pentadbiran
 • Orang Besar DaerahEmran Kadir
 • Pegawai DaerahJusni Hashim
Keluasan
 • Jumlah484.32 km2 (187.00 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah2,298,130
 • Kepadatan4,700/km2 (12,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Kod kawasan03
Pendaftaran kenderaanB

Daerah Petaling dipecahkan kepada tiga kawasan pihak berkuasa tempatan, masing-masing ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Antara petempatan yang utama dalam daerah Petaling adalah, Shah Alam (ibu negeri), Subang Jaya (ibu daerah), Puchong, Seri Kembangan, Damansara, Petaling Jaya dan Sungai Buloh.

Etimologi sunting

Dipercayai pada masa lalu terdapat banyak pokok 'petaling' di kawasan ini. Oleh kerana banyaknya pokok petaling yang tumbuh, maka tempat ini pun dinamakan Petaling. Walau bagaimanapun, pada masa kini pokok petaling ini sudah pupus dan sukar didapati lagi.

Sejarah sunting

Petempatan di Daerah Petaling bermula sebagai kawasan perlombongan bijih timah. Peneroka-peneroka awal mendapati kawasan ini mempunyai prospek untuk berkembang walaupun pada masa itu kawasan ini masih dipenuhi hutan belantara. Kawasan Petaling di mana aktiviti perlombongan bijih timah ini di jalankan dikenali sebagai Petaling Tin yang meliputi kawasan-kawasan seperti Sungai Way, Subang Jaya dan Puchong.

Perkembangan aktiviti perlombongan bijih timah ini telah menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong bijih ini. Para pedagang pun mula membina kedai-kedai mereka di Kuala Sungai Klang dan Sungai Gombak. Perkembangan aktiviti perlombongan telah memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan dan pembangunan Daerah Petaling.

Pada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur yang pada mulanya merupakan ibu negeri Selangor telah dipisahkan dari Selangor dan bandar ini kemudiannya membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesan daripada pemisahan ini,  Petaling disusun semula merangkumi sebahagian mukim Bukit Raja (dari daerah Klang) dan mukim Damansara (dari Kuala Lumpur). Pada 1 Februari 1974, Petaling secara rasminya diisytiharkan sebagai sebuah daerah.[2]

Pentadbiran sunting

 
Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling

Daerah Petaling dibahagikan kepada empat mukim, sembilan bandar dan 23 pekan.[3]

 
Jenis Kod Nama
Mukim 01 Bukit Raja
02 Damansara
03 Petaling
04 Sungai Buloh
Bandar 40 Petaling Jaya
41 Shah Alam
42 Damansara
43 Glenmarie
44 Petaling Jaya Selatan
45 Saujana
46 Sri Damansara
47 Subang Jaya
48 Sunway
Pekan 70 Batu Tiga
71 Merbau Sempak
72 Puchong
74 Serdang
75 Sungai Buloh
76 Sungai Penchala
77 Cempaka
78 Country Height
79 Desa Puchong
80 Pekan Hicom
81 Kayu Ara
82 Kinrara
84 Pekan Baru Hicom
85 Pekan Baru Subang
86 Pekan Baru Sungai Besi
87 Pekan Baru Sungai Buloh
88 Penaga
89 Puchong Jaya
90 Puchong Perdana
91 Subang
92 Subang Jaya

Wakil Rakyat sunting

Senarai wakil rakyat di dalam daerah Petaling, Selangor.

Ahli Parlimen sunting

Ahli Dewan Negeri (ADN) sunting

Demografi sunting

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Petaling ialah seramai 2,298,130 orang dengan kepadatan penduduk 4,719 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Lebih separuh daripada penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 52.6 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India . Sebanyak 9.2 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[4]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 113:100. Terdapat 679,812 tempat kediaman dengan sebanyak 617,686 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih sejuta penduduk dalam kalangan umur bekerja, 665 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 71 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 1,096,926
Cina 762,735
India 211,756
Lain-lain 14,121
Bukan warganegara N/A 15,811

Agama sunting

Majoriti penduduk beragama Islam iaitu 53.4 peratus (1,227,247 orang) dari jumlah penduduk, diikuti Buddha seramai 27.2 peratus (625,077 orang), Hindu sebanyak 9.7 peratus (222,562 orang), Kristian sebanyak 7.6 peratus (175,618 orang) dan lain-lain sebanyak 1.1 peratus (26,215 orang). Sebanyak 21,411 orang (0.9 peratus) tidak beragama.[4]

Infrastruktur sunting

Pada tahun 2020, terdapat sekitar 225 institusi pendidikan (sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan), sebuah hospital kerajaan iaitu Hospital Sungai Buloh, 49 balai polis (termasuk ibu pejabat polis) dan sembilan balai bomba.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Portal Rasmi PDT Petaling Sejarah Daerah Petaling". www2.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-26. Dicapai pada 2018-05-16.
  2. ^ "Sejarah Ringkas Daerah Petaling". Pejabat Daerah dan Tanah Petaling. Dicapai pada 24 Februari 2023.
  3. ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH_SELANGOR" (PDF).
  4. ^ a b c https://www.dosm.gov.my/mycendash/