Daerah Port Phillip

Daerah Port Phillip ialah bahagian pentadbiran sejarah Koloni New South Wales, yang wujud dari September 1836 sehingga 1 Julai 1851, apabila ia dipisahkan dari New South Wales dan menjadi Koloni Victoria.

Peta Daerah apabila sempadannya pertama kali ditetapkan pada tahun 1839.
Peta Daerah pada tahun 1840, selepas sempadannya diperluas.

Perbatasan Daerah pada awalnya tidak ditentukan, tetapi pada tahun 1839, Daerah ini telah ditakrifkan sebagai terdiri dari semua tanah di selatan New South Wales dari latitud 36°S, dan antara longitud 141°T (iaitu, sempadan dengan Koloni Australia Selatan masa depan) dan 146°T.[1] IPada bulan Januari 1840, bersamaan dengan pengenalan skim penjualan tanah tetap, sempadan utara Daerah berkembang mengikuti laluab Sungai Murrumbidgee, dan dari sumbernya hingga ke pantai Pasifik di Moruya.[2] Walau bagaimanapun, selepas bangkangan yang meluas di Sydney, termasuk dari Majlis Perundangan, sempadan itu ditarik ke selatan ke Sungai Murray.[2][3] Pada 1 Julai 1843, sebuah pengisytiharan memformalkan sempadan yang mengunjur dari Cape Howe, ke sumber terdekat Sungai Murray, dan kemudian sepanjang laluan Murray ke sempadan dengan Australia Selatan.

Pada 1 Julai 1851, Daerah ini dipisahkan dari New South Wales di bawah peruntukan Akta Kerajaan Koloni Australia 1850, dan menjadi Koloni Victoria.

Rujukan sunting

  1. ^ "What is the northern boundary of Victoria?". The Age. 21 April 1906. Dicapai pada 26 April 2009.
  2. ^ a b Shaw, A. G. L. (Jun 1982). "Agitation for the Separation of the Port Phillip District from the Colony of New South Wales, 1838-1850". Journal of the Royal Australian Historical Society. Sydney: Royal Australian Historical Society. 68 (1): 1–17. ISSN 0035-8762.
  3. ^ Shaw, A. G. L. (1996). A History of the Port Phillip District: Victoria Before Separation. Carlton South, Victoria: The Miegunyah Press. ISBN 0-522-84651-3.

Templat:Australia-geo-stub