Rompin (Jawi: رومڤين) merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian selatan negeri Pahang, Malaysia.[3] Daerah ini mempunyai keluasan 5,246 kilometer persegi dan merupakan antara daerah yang terbesar di Pahang.

Daerah Rompin
Transkripsi lain
 • Cina云冰县
 • Tamilரொம்பின்
Lokasi Daerah Rompin di Pahang
Lokasi Daerah Rompin di Pahang
Map
Daerah Rompin is located in Bumi
Daerah Rompin
Daerah Rompin (Bumi)
Koordinat: 2°50′N 103°15′E / 2.833°N 103.250°E / 2.833; 103.250Koordinat: 2°50′N 103°15′E / 2.833°N 103.250°E / 2.833; 103.250
Negara Malaysia
Negeri Pahang
PusatKuala Rompin
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Rompin
Pentadbiran
 • Pegawai daerahAhmad Nasim Bin Dato' Haji Mohd Sidek [1]
Keluasan
 • Jumlah5,246.88 km2 (2,025.83 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah98,065
 • Kepadatan19/km2 (48/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)
Poskod
26xxx
Kod panggilan+6-09
Nombor plat kenderaanC

Etimologi

sunting

Dikatakan pada satu ketika dahulu di daerah ini terdapat sebatang pokok ru. Pokok ru itu unik berbanding dengan pokok-pokok ru lain yang hidup melata disini kerana bentuknya yang ramping. Dipercayai ukur lilit pokok tersebut boleh memuat seramai 40 orang untuk makan bersama. Pada awalnya orang memanggil nama tempat ini sebagai ru ramping, dan lama-kelamaan nama tempat ini berubah menjadi rumpin dan rompin.

Pada tahun 1926, Kuala Rompin menjadi perkampungan nelayan sering dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang berulang-alik dari Singapura dan Kuantan. Pada tahun 1952, kerajaan Pahang menubuhkan empat sub-daerah iaitu Jerantut, Chenor, Triang dan Rompin. Bagi memudahkan penubuhan sistem pentadbiran, pegawai tadbir dilantik bersama penolong pegawai. Pada 16 Disember 1952, J.B. Melford telah dilantik sebagai penolong pegawai daerah Rompin yang pertama. Pentadbiran daerah Rompin dibahagikan kepada lima daerah iaitu Tioman, Endau, Pontian, Keratong dan Kuala Rompin. Kuala Rompin dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Pada 31 Julai 1976, Sultan Haji Ahmad Shah mengisytiharkan dan memashyurkan kawasan Rompin secara keseluruhan sebagai sebuah daerah di negeri Pahang.

Pentadbiran

sunting

Daerah Rompin ditadbir oleh Majlis Daerah Rompin yang berpusat di Kuala Rompin. Daerah ini terbahagi kepada enam mukim, lima bandar dan dua pekan.

 
Peta daerah Rompin
  1. Endau
  2. Keratong
  3. Pontian
  4. Rompin
  5. Tioman
  6. Bebar

Bandar dan pekan

sunting
  1. Bandar Rompin (I, II, III, IV)
  2. Bandar Pontian
  3. Bandar Endau
  4. Bandar Muadzam Shah (I, II)
  5. Bandar Tioman
  6. Pekan Kuala Rompin
  7. Pekan Tioman

Geografi

sunting

Daerah Rompin terletak di selatan negeri Pahang bersempadan dengan;

Daerah Rompin merupakan sebuah daerah yang besar dan mempunyai keluasan hutan simpan yang besar iaitu seluas 1,334 kilometer persegi atau 25 peratus dari jumlah keluasan daerah ini. Kawasan hutan simpan ini banyak tertumpu di bahagian utara dan barat daerah manakala hutan paya bakau tertumpu di kawasan perairan daerah.[4] Daerah Rompin juga terdapat beberapa pulau di perairannya seperti Pulau Tioman, Pulau Tulai, Pulau Sembilang, Pulau Seri Buat, Pulau Aceh, Pulau Layak dan Pulau Labas.

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[5] Purata suhu ialah 26.58 °C (79.8 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.3 °C (81.1 °F). Bulan Disember dan Januari dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 25.8 °C (78.4 °F).[5] Purata kerpasan di Rompin adalah 2625.9 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 581 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 111.4 milimeter.[5]

Data iklim untuk Rompin (2009-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 25.8
(78.4)
26.4
(79.5)
26.8
(80.2)
27.2
(81.0)
27.3
(81.1)
27.2
(81.0)
26.8
(80.2)
26.7
(80.1)
26.5
(79.7)
26.4
(79.5)
26.0
(78.8)
25.8
(78.4)
26.6
(79.8)
Purata kerpasan, mm (inci) 288.3
(11.35)
111.4
(4.39)
159.5
(6.28)
147.2
(5.80)
179.0
(7.05)
142.5
(5.61)
142.8
(5.62)
172.7
(6.80)
171.5
(6.75)
216.5
(8.52)
313.5
(12.34)
581.0
(22.87)
2,625.9
(103.38)
Sumber: ClimateCharts[5]

Demografi

sunting
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
198038,975—    
199180,251+105.9%
2000102,033+27.1%
2010109,848+7.7%
202098,065−10.7%
Pecahan etnik di Rompin - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
96.6%
Cina
  
1.8%
India
  
1.0%
Lain-lain
  
0.7%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Rompin ialah seramai 98,065 orang dengan kepadatan penduduk 19 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 96 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih lapan peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 120:100. Terdapat 33,471 tempat kediaman dengan sebanyak 27,110 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 66 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 25 ribu dalam golongan muda dan selebihnya enam ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 86,628
Cina 1,572
India 916
Lain-lain 587
Bukan warganegara N/A 8,362
Agama di Rompin - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
82.4%
Tidak beragama
  
13.4%
Buddha
  
2.0%
Hinduisme
  
1.2%
Kristian
  
0.6%
Lain-lain
  
0.2%

Majoriti penduduk di daerah Rompin beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Kelompok kedua terbesar merupakan penduduk yang tidak beragama yang kebanyakannya terdiri daripada bumiputera selain Melayu. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India.[6]

Agama Jumlah
Islam 80,854
Buddha 1,999
Hindu 1,206
Kristian 626
Lain-lain 243
Tidak beragama 13,135
Tidak diketahui 2

Pengangkutan

sunting

Sistem jalan raya

sunting

Daerah Rompin mempunyai beberapa rangkaian jalan persekutuan dan jalan negeri yang menjadi medan perhubungan utama penduduk di sekitar daerah. Melalui   Lebuhraya Bera, Rompin boleh dihubungkan dengan Serting dan Bahau di Negeri Sembilan.   Lebuhraya Segamat Kuantan pula menghubungkan Rompin dengan Segamat, Lepar, Paloh Hinai dan Gambang. Negeri Pantai Timur dan Lembah Klang serta beberapa daerah lain di Pahang juga boleh dihubungkan dengan Rompin melalui Lebuhraya Pantai Timur menerusi susur keluar Gambang.   Jalan Muadzam Shah Rompin menghubungkan bandar-bandar utama di Rompin iaitu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Bandar Rompin manakala   Laluan Persekutuan 3 menghubungkan Rompin dengan Kuantan, Pekan dan Mersing.

Rujukan

sunting
  1. ^ "PDT Rompin".
  2. ^ "Peta Sejarah Kuala Rompin - Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin". pdtrompin.pahang.gov.my.
  3. ^ "Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-03-11.
  4. ^ "Latar Belakang | Portal Rasmi Majlis Daerah Rompin". Dicapai pada 4 Mac 2023.
  5. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Rompin". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  6. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/