Sabak Bernam

(Dilencongkan dari Daerah Sabak Bernam)

Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang terletak di barat laut negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan negeri Perak di utara dan Sungai Bernam membentuk garis sempadan tersebut. Selain itu, Daerah Sabak Bernam juga berhampiran dengan Hulu Selangor terletak di timur, Kuala Selangor di selatan serta Selat Melaka di barat. Bandar utama di sini adalah pekan Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan. Daerah ini juga terkenal dengan penduduk berketurunan Jawa.

Sabak Bernam
Daerah Sabak Bernam
Transkripsi lain
 • Jawiسابق برنم
 • Cina沙白安南县
 • Tamilசபாக் பெர்ணம்
Lokasi Sabak Bernam di Selangor
Lokasi Sabak Bernam di Selangor
Sabak Bernam is located in Bumi
Sabak Bernam
Sabak Bernam (Bumi)
Koordinat: 3°40′N 101°05′E / 3.667°N 101.083°E / 3.667; 101.083Koordinat: 3°40′N 101°05′E / 3.667°N 101.083°E / 3.667; 101.083
Negara Malaysia
Negeri Selangor
PusatSabak
Kawasan kerajaan tempatanMajlis Daerah Sabak Bernam
Pentadbiran
 • Pegawai daerahNasir Mamat[1]
 • Wakil SultanBaharin Mat Akhir[2]
Keluasan
 • Jumlah997.1 km2 (385.0 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah107,057
 • Kepadatan110/km2 (280/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)
Poskod
45xxx
Kod panggilan+6-03
Nombor pendaftaran kenderaanB

Etimologi sunting

Sabak Bernam dikatakan dibuka oleh enam orang yang bersahabat. Dari situlah munculnya nama "sabak bernam' yakni "sahabat berenam". [4]

Ekonomi sunting

Kegiatan ekonomi kawasan ini bersangkut-paut dengan penanaman padi, kelapa dan kelapa sawit. Sabak Bernam merupakan kawasan penanaman padi yang penting di Selangor, yang tertumpu di sekitar Sungai Besar. Sekitar 1970-an, terdapat banyak kebun koko diusahakan oleh pekebun kecil di daerah ini. Ekonomi di daerah ini juga disumbang oleh sektor perniagaan dan peruncitan. Sekitar tahun 2020, terdapat 17 hotel yang beroperasi, 348 restoran dan 76 kedai runcit di sekitar daerah.

Pentadbiran sunting

Pihak berkuasa tempatan sunting

Daerah Sabak Bernam dikawal selia oleh Majlis Daerah Sabak Bernam

Pecahan pentadbiran sunting

 
Peta daerah Sabak Bernam

Daerah ini dibahagikan kepada lima mukim dan 11 pekan.

Politik sunting

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sunting

Kawasan di dalam daerah Sabak Bernam di bawah pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam.

Ahli Parlimen sunting

Ahli Dewan Negeri (ADN) sunting

Demografi sunting

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Sabak Bernam ialah seramai 107,057 orang dengan kepadatan penduduk 107 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 76.6 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak empat peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5]

Jumlah penduduk lelaki 4.2 peratus lebih daripada penduduk wanita dengan nisbah jantina sebanyak 109. Lebih 71 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 26 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 9 ribu orang merupakan warga tua.

Pecahan kaum penduduk (2020)
Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 78,721
Cina 19,824
India 3,987
Lain-lain 252
Bukan warganegara N/A 4,273

Agama sunting

Majoriti penduduk daerah ini beragama Islam iaitu sekitar 76 peratus dari keseluruhan penduduk. Penduduk bukan beragama Islam terdapat sekitar 24 peratus, yang terbesar merupakan penganut Buddha sekitar 17.4 peratus diikuti Hindu sebanyak 3.7 peratus, Kristian sebanyak 0.6 peratus dan selebihnya (1.9 peratus) menganut agama yang lain. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.4 peratus dari keseluruhan penduduk.[5]

Infrastruktur sunting

Daerah Sabak Bernam merupakan sebuah bandar yang membangun dan mempunyai infrastruktur yang terjaga. Pada tahun 2020, terdapat sebanyak 64 institusi pendidikan, sebuah hospital kerajaan, enam balai polis dan tiga balai bomba di sekitar daerah.[5]

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Portal Rasmi PDT Sabak Bernam Perutusan Pegawai Daerah". www2.selangor.gov.my.
  2. ^ "Portal Rasmi PDT Sabak Bernam Pejabat Orang Besar Daerah". www2.selangor.gov.my.
  3. ^ "Portal Rasmi PDT Sabak Bernam Profil Daerah". www2.selangor.gov.my.
  4. ^ https://www.selangor.gov.my/sabakbernam.php/pages/view/51
  5. ^ a b c https://www.dosm.gov.my/mycendash/