Sik merupakan sebuah daerah yang terletak dalam negeri Kedah, Malaysia. Daerah Sik berkeluasan 1635 kilometer persegi, iaitu 17.35 peratus daripada keluasan negeri Kedah. Daerah ini juga merupakan daerah paling luas dalam negeri Kedah. Ia bersempadan dengan daerah Padang Terap di sebelah barat laut, negara Thailand di sebelah utara, daerah Baling di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat daya dan daerah Pendang di sebelah barat.

Daerah Sik
سيك
Lokasi Daerah Sik di Kedah
Lokasi Daerah Sik di Kedah
Daerah Sik is located in Bumi
Daerah Sik
Daerah Sik (Bumi)
Koordinat: 5°50′N 100°45′E / 5.833°N 100.750°E / 5.833; 100.750Koordinat: 5°50′N 100°45′E / 5.833°N 100.750°E / 5.833; 100.750
Negara Malaysia
Negeri Kedah
PusatBandar Sik
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Sik
Kerajaan
 • Pegawai daerahMahamad Suhaimi Man
Keluasan
 • Jumlah1,634.56 km2 (631.11 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah67,925
 • Kepadatan42/km2 (110/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
08xxx
Kod panggilan+6-04
Nombor plat kenderaanK

Etimologi sunting

Perkataan “Sik” dikatakan berasal dari perkataan “Syed” atau “Sheikh” dan jika disebut dalam loghat patani Kelantan, perkataan itu berbunyi antara "Saik" dan “Sik”. Golongan "syed" dan "sheikh" ini merupakan pendakwah Islam yang datang dari Arab dan singgah di kawasan ini.[2]

Pentadbiran sunting

Terdapat empat mukim, sebuah bandar dan empat pekan di daerah Sik iaitu:[3]

 
Peta daerah Sik
  1. Mukim Teloi
  2. Mukim Jeneri
  3. Mukim Sik
  4. Mukim Sok
  5. Bandar Sik
  6. Pekan Batu Lima Sik
  7. Pekan Gulau
  8. Pekan Gajah Puteh
  9. Pekan Charok Padang

Pihak berkuasa tempatan sunting

Daerah Sik ditadbir oleh Majlis Daerah Sik yang berpusat di Bandar Sik.

Demografi sunting

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Sik ialah seramai 67,925 orang dengan kepadatan penduduk 42 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah Sik merupakan Bumiputera, dengan peratusan 94 peratus daripada jumlah penduduk.[4]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 61,813
Cina 513
India 57
Lain-lain 3,425
Bukan warganegara - 2,117
Jumlah 67,925

Kemudahan sunting

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Sik . Terdapat sebanyak 32 buah sekolah di daerah ini, iaitu 22 buah sekolah kebangsaan (SK), sebuah sekolah jenis kebangsaan (SJK), enam buah sekolah menengah kebangsaan (SMK), dua buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan sebuah sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA).[5] Daerah Sik juga mempunyai tujuh buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan sunting

  1. ^ "Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Sik - Profail Daerah". pds.kedah.gov.my.
  2. ^ "Info Sik – Portal PBT Kedah". pbt.kedah.gov.my. Dicapai pada 2023-12-17.
  3. ^ "KOD PENCAMAN LOT TANAH – Unique Parcel Identifier : UPI". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-27. Dicapai pada 2012-09-23.
  4. ^ a b Malaysia, Department of Statistics. "Baling Kawasanku | OpenDOSM". open.dosm.gov.my. Dicapai pada 2023-12-16.
  5. ^ "Sekolah di PPD Baling | Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.