Tambunan merupakan sebuah daerah di Bahagian Pedalaman, barat negeri Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Tambunan. Majoriti penduduk daerah ini merupakan masyarakat berbangsa Dusun. Antara sub-etnik Dusun utama di Daerah Tambunan termasuklah Tuwahon, Tagahas dan Tibabar.

Daerah Tambunan
Peta daerah Tambunan
Peta daerah Tambunan
Lokasi Daerah Tambunan
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPedalaman
Pusat pentadbiranTambunan
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Tambunan
 • Pegawai daerahSobitun Makajil
Keluasan
 • Jumlah1,352 km2 (522 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah31,573
 • Kepadatan23/km2 (60/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Nombor platSU
Laman sesawang[1]

Etimologi

sunting

Nama "Tambunan" dipercayai berasal daripada peristiwa yang bermula apabila sekumpulan peneroka mula berhijrah ke selatan dari Nunuk Ragang dan diketuai seorang ketua bernama Gombunan. Mereka mula meneroka kawasan hutan di sekitar Tambunan, kelompok wanita melakukan aktiviti pertanian manakala golongan lelaki pula memburu binatang liar di dalam hutan. Apabila bilangan penduduk bertambah, semakin banyak kawasan pertanian dibuka dan mereka menggelarkan diri mereka sebagai "orang dataran".

Namun pada suatu hari, puak Tonsundung yang datang dari kawasan berbukit di timur mula menyerang orang dataran. Mereka telah memusnahkan tanaman dan membunuh sebahagian penduduk. Gombunan dan pahlawannya kemudiannya berjaya menghalau puak Tonsundung. Puak Tonsundung yang berasa marah atas kekalahan mereka itu telah bercadang untuk membunuh Gombunan. Pada suatu hari, lebih kurang 30 orang pahlawan Tonsundung telah menangkap Gombunan yang sedang bersendirian di ladangnya dan membunuhnya. Mereka mencincang badannya dan membawa balik kepalanya sebagai tanda kemenangan. Kepala Gombunan telah digantung pada tiang yang tinggi bagi tujuan ritual dan memperolok-olokkan kematian ketua orang dataran. Orang dataran berasa sangat sedih apabila mengetahui berita mengenai kematian ketua mereka. Mereka berkabung selama beberapa hari sebagai tanda penghormatan dan bersumpah akan membalas dendam atas kematiannya. Sebagai tanda untuk mengenang jasanya mereka telah menamakan penempatan mereka itu "Gombunan". Kemudiannya satu puak dari kawasan barat telah datang berhijrah ke kawasan dataran. Mereka adalah puak Tamadon yang merupakan puak yang ramah dan baik. Mereka bersedia untuk membantu dalam melawan puak Tonsudung kerana mereka sedar bahawa puak Tonsundung akan menyerang mereka. Sebagai langkah persediaan untuk menghadapi serangan daripada puak Tonsundung, puak Tamadon telah bergabung dengan puak Gombunan. Puak Tonsundung telah merancang untuk membunuh semua puak Gombunan. Namun mereka tidak sedar akan pakatan daripada puak Tamadon dan Gombunan. Apabila puak Tonsundung mula menyerang, mereka terkejut melihat jumlah pihak lawan mereka yang ramai. Namun begitu, pertumpahan darah yang dahsyat tidak dapat dielakkan. Lebih daripada separuh bilangan puak Tonsundung telah terbunuh dalam peperangan itu. Pahlawan yang terselamat pula telah melarikan diri ke hutan di sebelah timur dan tidak lagi kelihatan. Puak Gombunan dan puak Tamadon kemudiannya merayakan kemenangan mereka dengan mengadakan pesta besar-besaran. Kemuncak upacara itu ialah dengan menamakan semula penempatan mereka dari Gombunan ke Tambunan. Nama “Tambunan” adalah hasil gabungan daripada perkataan “Tam” yang diambil dari nama puak Tamadon dan “Bunan” yang diambil dari nama puak Gombunan.[2]

Sejarah

sunting

Pada tahun 1946, Tambunan berada di bawah daerah Keningau iaitu Pejabat Daerah Keningau. Pada tahun 1948, Pejabat Daerah Tambunan telah ditubuhkan menjadikan Tambunan sebagai sebuah daerah penuh yang baharu.[3]

Geografi

sunting

Daerah Tambunan terletak di timur negeri Sabah, tepatnya di utara Bahagian Pedalaman. Daerah Tambunan bersempadan dengan;

Topografi atau bentuk muka bumi Daerah Tambunan kebanyakannya merupakan kawasan berbukit bukau, bergunung ganang dan berlembah, sesuai dengan lokasinya di kawasan Banjaran Crocker. Titik tertinggi di Tambunan adalah Gunung Trusmadi dengan ketinggian 2,642 meter, Sungai terpanjang di daerah Tambunan pula ialah Sungai Pengalan.

Data iklim untuk Tambunan
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 30
(86)
31
(87)
32
(89)
32
(90)
32
(90)
32
(89)
32
(89)
32
(89)
32
(89)
31
(88)
31
(87)
30
(86)
31
(88)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 19
(67)
18
(65)
19
(66)
19
(67)
20
(68)
19
(67)
19
(66)
19
(66)
19
(67)
19
(67)
19
(67)
20
(68)
19
(67)
Purata kerpasan, mm (inci) 150
(5.8)
94
(3.7)
150
(5.8)
190
(7.5)
210
(8.2)
190
(7.3)
130
(5.1)
120
(4.9)
160
(6.4)
180
(7)
170
(6.8)
150
(6)
1,890
(74.4)
Sumber: Weatherbase [4]

Pentadbiran

sunting

Daerah Tambunan berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tambunan yang berpusat di Pekan Tambunan. Daerah Tambunan juga dibahagikan kepada tujuh mukim yang merangkumi 77 perkampungan;

  • Mukim Kerokot
  • Mukim Lintuhon
  • Mukim Patau
  • Mukim Mensorulung
  • Mukim Nambayan
  • Mukim Sunsuron
  • Mukim Toboh

Dari segi politik, daerah Tambunan merangkumi kawasan DUN Tambunan yang berada dalam kawasan Parlimen Keningau.

Demografi

sunting
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
200029,294—    
201036,297+23.9%
202031,573−13.0%
Sumber: [5]
Agama di Tambunan - Bancian 2022 [6]
Agama Peratus
Kristian
  
79.8%
Islam
  
19.8%
Buddha
  
0.2%
Lain-lain
  
0.1%
Tidak beragama
  
0.1%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Tambunan ialah seramai 31,573 orang dengan kepadatan penduduk 23 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[7] Majoriti penduduk di daerah Tambunan merupakan penduduk berbangsa Kadazan-Dusun.[1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[7]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 251
Bumiputera lain 29,731
Cina 181
India 7
Lain-lain 49
Bukan warganegara - 1,354
Jumlah 31,573
 
Gereja Katolik di Tambunan
 
Masjid Nurul Iman, Tambunan

Di daerah Tambunan, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 79 peratus diikuti agama Islam sebanyak 19 peratus. Agama Buddha, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Pecahan agama di Sipitang (2020)
Agama Jumlah penduduk
Kristian 25,181
Islam 6,236
Buddha 75
Hindu 46
Tidak beragama 34
Lain-lain 1

Kemudahan

sunting
 
Sebuah sekolah menengah di Tambunan

Daerah Tambunan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 29 buah sekolah rendah, empat buah sekolah menengah, sebuah balai bomba, satu hospital kerajaan, tiga buah klinik kesihatan, lapan klinik desa dan sebuah klinik komuniti di sekitar daerah.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ "Sejarah Daerah". Pejabat Daerah Tambunan. Dicapai pada 19 April 2024.
  3. ^ "Latar Belakang". Pejabat Daerah Tambunan. Dicapai pada 19 April 2024.
  4. ^ "Weatherbase: Historical Weather for Tambunan, Malaysia". Weatherbase. 2011. Retrieved on 24 November 2011.
  5. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  6. ^ "2020 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13
  7. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.