Daerah Telupid

Daerah di Sabah

Daerah Telupid ialah sebuah daerah di tengah negeri Sabah, Malaysia. Ia sebahagian daripada Bahagian Sandakan yang merangkumi Beluran, Kinabatangan, Sandakan serta Tongod. Pekan pentadbiran bagi Daerah Telupid ialah Telupid. Daerah ini dahulunya adalah sebahagian daripada Daerah Beluran.[2]

Daerah Telupid
Telupid di Sabah
Telupid di Sabah
Koordinat: 5°39′0″N 117°07′0″E / 5.65000°N 117.11667°E / 5.65000; 117.11667Koordinat: 5°39′0″N 117°07′0″E / 5.65000°N 117.11667°E / 5.65000; 117.11667
Negara Malaysia
BahagianSandakan
Pusat pentadbiranPekan Telupid
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Telupid
 • Pegawai daerahCelestine Jetony
Keluasan
 • Jumlah2,210 km2 (850 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah29,241
 • Kepadatan13/km2 (34/batu persegi)
Nombor platSS (1980-2018)
SM (2018-)
SK
Laman sesawangpdtelupid.sabah.gov.my

Sejarah sunting

Telupid mula berpenduduk sekitar tahun 1940 dan menjadi laluan utama untuk Kawat Maut Sandakan semasa Perang Dunia II. Pada masa itu, ia dihuni oleh masyarakat Dusun. Daerah ini dibentuk sekitar tahun 1965, tidak lama selepas Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia. Daerah ini dibangunkan berikutan perjanjian antara pemerintah Australia dan Malaysia untuk bersama-sama membina jalan raya. Berikutan ketersediaan jalan raya, sejumlah infrastruktur mula dibina di sana. Di bawah pentadbiran United Sabah National Organisation (USNO) pada tahun 1970, Telupid dijadikan daerah kecil.[3] Pada tahun 2015, Telupid dinaikkan menjadi daerah penuh dengan majlis daerah dicadangkan untuk ditubuhkan.[4][5]

Pentadbiran sunting

Daerah Telupid berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Telupid yang berpusat di Pekan Telupid. Daerah Telupid juga merangkumi empat buah mukim iaitu mukim Liwagu, Ulu Labuk, Sapi dan Nangoh.[6]

Geografi sunting

Daerah Telupid berada di bahagian tengah negeri Sabah, bersempadan dengan;

Bentuk muka bumi Daerah Telupid kebanyakannya merupakan kawasan berbukit bukau dan terdapat kawasan dataran lembah. Titik tertinggi di Daerah Telupid ialah Gunung Monkobo dengan ketinggian 1,713 meter, manakala Sungai terpanjang di daerah ini ialah Sungai Labuk.

Demografi sunting

Agama di Telupid - Bancian 2022 [7]
Agama Peratus
Islam
  
53.9%
Kristian
  
45.8%
Buddha
  
0.1%
Hindu
  
0.1%
Tidak beragama
  
0.1%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Telupid ialah seramai 29,241 orang dengan kepadatan penduduk 13 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[8] Majoriti penduduk di daerah Telupid merupakan Bumiputera, antaranya termasuklah etnik Kadazandusun, Orang Sungai, Dumpas, Tidung, Rungus, Bugis dan Melayu.[9][1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[8]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 436
Bumiputera lain 16,601
Cina 145
India 87
Lain-lain 564
Bukan warganegara - 11,408
Jumlah 29,241

Agama sunting

 
Masjid Jamek Yusuf Al-Qardhawi Telupid
 
Gereja Katolik Santo Martin Telupid

Di daerah Tenom, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 53 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 45 peratus. Penganut agama Buddha, Hindu dan penduduk yang idak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Pecahan agama di Telupid (2020)
Agama Jumlah penduduk
Islam 15,754
Kristian 13,383
Buddha 54
Tidak beragama 27
Hindu 23

Lihat juga sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Treacher, W. H (1891). "British Borneo: sketches of Brunai, Sarawak, Labuan, and North Borneo" [British Borneo: lakaran Brunei, Sarawak, Labuan serta Borneo Utara]. University of California Libraries. Singapore, Govt. print. dept. m/s. 190.
  • Rutter, Owen (1922). "British North Borneo - An Account of its History, Resources and Native Tribes". Cornell University Libraries. Constable & Company Ltd, London. m/s. 157.
  • Tregonning, K. G. (1965). A History Of Modern Sabah (North Borneo 1881–1963) [Sejarah Sabah Moden (Borneo Utara 1881-1963)]. University of Malaya Press.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ "Telupid, Malaysia". Geonames. Dicapai pada 2021-06-19.
  3. ^ "Sejarah Pewujudan Daerah". Telupid District Office. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-20. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  4. ^ "Study on district council for Tongod and Telupid". Daily Express. 28 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mac 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  5. ^ "Study on creating Tongod, Telupid district councils – Hajiji". The Borneo Post. 28 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-03. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  6. ^ "Latar Belakang". Majlis Daerah Telupid. Dicapai pada 19 April 2024.
  7. ^ "2020 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13
  8. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan