Laurus nobilis - nama lazimnya dafnah[1] (pinjaman Bahasa Arab: دفنة‎, translit. dafnah atau laurel[2] [lau-rĕl] - ialah sejenis spesies tumbuhan malar hijau dalam keluarga berbunga Lauraceae. Ia bertaburan asal di kawasan Mediterranean di selatan benua Eropah.

Laurus nobilis
Bay leaf pair443.jpg
Pucuk daun dan putik bunga tumbuhan ini
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Keluarga:
Genus:
Laurus

Spesies:
nobilis

BotaniSunting

Tumbuhan ini jenis malar hijau yang mampu mencapai ketinggian antara 7 hingga 18 meter.[3] Pokok dafnah merupakan tumbuhan jenia ekaseks di mana bunga-bunga jantan dan betina ia tidak muncul dalam tumbuhan sama;[4] putik bunganya kelihatan kuning kehijauan dan berpasangan pada setiap helai daun, pasangan bunga ini berdiameter sekitar 1 sentimeter dengan panjang sekitar 6-12 sm dan lebar sekitar 2-4 sm.

Buah yang terhasil ialah drup warna hitam menyerupai zaitun berukuran 1 sentimeter panjang[4] dengan satu biji benih di dalamnya.[5][3]

KegunaanSunting

Daun dari tumbuhan ini boleh digunakan secara khusus sebagai bahan rempah untuk tujuan menyedapkan masakan tertentu, lagi-lagi masakan dalam budaya Mediterranean[4] baik dalam sup, kaldu atau sebagai bahan perisa makanan salai.[6] Daun ini lazimnya tidak boleh dimakan secara terus; ia sama ada dibuang sebelum dihidangkan atau dibiarkan untuk tujuan hiasan.

Pati dihasilkan dari dedaun tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk tujuan dan aromaterapi.[7]

Dalam kepercayaanSunting

Masyarakat Yunani Purba mengaitkan tumbuhan ini dengan Daphne (Bahasa Yunani: Δάφνη, akar nama Arab tumbuhan ini) iaitu nimfa pembantu dewi bumi Gaia.[8] Dedaun ini sering dikumpulkan dan dirajut untuk menghasilkan perhiasan yang dipakai menandakan status tinggi dalam masyarakat, terutamany dalam kalangan orang kuat seperti pahlawan.[1] Amalan ini turut dibawa ke dalam masyarakat Rom purba yang turut melihat dafnah sebagai simbol kegemilangan.[9] Pokok ini turut dikaitkan dengan sifat-sifat keabadian,[10] kemakmuran dan kesihatan.[11][12]

RujukanSunting

  1. ^ a b "'dafnah' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 14 Februari 2020.
  2. ^ "'laurel' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 14 Februari 2020.
  3. ^ a b Stace, C. A. (2010). New Flora of the British Isles (ed. Third). Cambridge, U.K.: Cambridge University Press. ISBN 9780521707725.
  4. ^ a b c Vaughan, John Griffith; Geissler, Catherine (2009). The New Oxford Book of Food Plants. Oxford: Oxford University Press. m/s. 150. ISBN 978-0-19-954946-7. Dicapai pada 2010-12-31.
  5. ^ Konstantinidou, E.; Takos, I.; Merou, T. (2008). "Desiccation and storage behavior of bay laurel (Laurus nobilis L.) seeds". European Journal of Forest Research. 127 (2): 125–131. doi:10.1007/s10342-007-0189-z.
  6. ^ Green, Aliza (2006). Field Guide to Herbs & Spices. Philadelphia: Quirk Books. ISBN 978-1-59474-082-4. Dicapai pada 31 Disember 2010.
  7. ^ Encyclopedia of Herbs. "Bay Laurel: Laurus nobilis". AllNatural.net. Diarkib daripada yang asal pada 19 November 2010. Dicapai pada 31 Disember 2010.
  8. ^ Robert Graves (1955). The Greek Myths: Part 1. Penguin Books. m/s. 21.k-21.L.
  9. ^ De Cleene, Marcel; Lejeune, Marie Claire (2003). Compendium of symbolic and ritual plants in Europe, Volume 1. Man & Culture. m/s. 129. OCLC 482791069.
  10. ^ Plinius yang Tua. Natural History Book XV.39.
  11. ^ Annette Giesecke (2014). The Mythology of Plants: Botanical Lore from Ancient Greece and Rome. J. Paul Getty Museum. m/s. 35–36.
  12. ^ Plinius yang Tua. Natural History Book XV, 35.

Pautan luarSunting