Pemberontakan India 1857

(Dilencongkan dari Dahagi India)

Pemberontakan India 1857 atau turut dikenali sebagai Dahagi India merupakan penentangan terhadap kuasa Barat (British) yang telah menjajah India pada abad ke-19. Dahagi India ini bermula dengan pemberontakan Sepoi/Supai, iaitu askar upahan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang berbangsa India, pada 10 Mei 1857 di kantonmen bandar Meerut. Ia kemudian merebak menjadi dahagi dan pemberontakan di kawasan dataran Gangga atas dan tengah India, dengan penentangan utama terjadi di kawasan yang kini ialah Uttar Pradesh, Bihar, utara Madhya Pradesh dan Delhi.[1] Pemberontakan ini menimbulkan ancaman besar terhadap kuasa SHTI di wilayah terbabit,[2] dan cuma terbendung dengan kejatuhan Gwalior pada 20 Jun 1858.[1] Pemberontakan ini juga dikenali dengan nama Perang Kemerdekaan India Pertama, Pemberontakan Besar, Pemberontakan Sepoi dan Dahagi Sepoi.

Peta 1912 bertajuk "Northern India - Indian Rebellion of 1857–59"
Tantia Topee's Soldiery

Bagaimanapun, pemberontakan ini berjaya menyebabkan pembubaran SHTI pada 1858. Ia juga membawa kepada penyusunan semula tentera, sistem kewangan dan pentadbiran British di India.[3] Negara itu kemudian ditadbir secara langsung oleh The Crown sebagai Raj British.[4]

Nota sunting

  1. ^ a b Bandyopadhyay 2004, halaman 169–172 Bose & Jalal 2003, halaman 88–103 Quote: "The 1857 rebellion was by and large confined to northern Indian Gangetic Plain and central India.", Brown 1994, halaman 85–87, dan Metcalf & Metcalf 2006, halaman 100–106
  2. ^ Bayly 1990, halaman 170 Quote: "What distinguished the events of 1857 was their scale and the fact that for a short time they posed a military threat to British dominance in the Ganges Plain."
  3. ^ Bayly 1990, halaman 194–197
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan spear tidak disediakan

Pautan luar sunting