Dahlia Shazwan

Pengacara televisyen Malaysia

Dahlia Shazwan binti Mohd Amin (lahir 1 Jun 1988) ialah seorang pengacara televisyen Malaysia. Beliau merupakan pengacara rancangan Hlive di saluran Astro Ria. Beliau juga merupakan bekas peserta program realiti TV On Air musim pertama yang hanya sekadar ke separuh akhir.[1]

Dahlia Shazwan
Kelahiran
Dahlia Shazwan binti Mohd Amin

(1988-06-01) 1 Jun 1988 (umur 35)
PekerjaanPengacara
Tahun aktif2012–kini
PasanganShafiq Ismet (berkahwin 2016)
Anak-anak1

Kehidupan peribadi sunting

Dahlia Shazwan dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau berkahwin dengan pegawai pemasaran, Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.[2] Beliau dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 22 Februari 2018.[3]

Kerjaya sunting

Pada 23 Mei 2012, beliau menjadi salah seorang daripada 20 peserta rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran di Astro Ria, On Air yang turut disertai oleh Hafizul Kamal, Syakirin Husnal, Hefny Sahad dan CK Faizal, di mana beliau hanya sekadar masuk ke separuh akhir.[4] Dahlia merupakan salah seorang daripada 11 pengacara dan wartawan pelapis Astro di bawah bimbingan Aznil Nawawi.

Walaupun tersingkir lebih awal, Dahlia tidak menoleh ke belakang apabila menerima tawaran daripada personaliti televisyen berpengalaman, Suhaimi Sulaiman, yang ketika itu berkhdmat sebagai Ketua Pengarang Rangkaian Berita di Astro Awani. Selepas menamatkan latihan, beliau diambil bertugas sebagai wartawan penyiaran dan kemudiannya diletakkan di bawah program infotainmen, Gala TV.

Sejak 2016, beliau menjadi jurucakap Trivago yang mana Shazwan muncul dalam setiap versi iklan ini. Selepas lima tahun menjadi jurucakap Trivago Dahlia menamatkan sebagai jurucakap aplikasi itu selepas berhijab pada pertengahan 2020[5][6]

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Iklan sunting

  • Trivago (sejak 2016)

Rujukan sunting

Pautan luar sunting