Dahomey merupakan nama sebuah negara kerajaan yang pernah ada di Afrika. Dahomey ditakluki Perancis pada abad ke-19, ia kini terletak dalam negara Benin.

Negara Beraja Dahomey
c. 1600–1900
Bendera Dahomey
Jata Dahomey
Bendera Jata
StatusNegara beraja
Ibu negaraAbomey
Bahasa yang umum digunakanBahasa Fon
Agama
Vodun
KerajaanMonarki
Ahosu 
• c. 1600-c. 1625
Do-Aklin
• 1894–1900
Agoli-agbo
Sejarah 
• Peneroka Aja menetap di Tanah Datar Abomey
c. 1600
• Dakodonu memulakan penerokaan di Tanah Datar Abomey
c. 1620
• Raja Agaja menakluki Allada dan Whydah
1724-1727
• Raja Ghezo mengalahkan Empayar Oyo mengakhiri status negara naungan
1823
• Dahomey ditaklukidalam Perang Dahomey-Perancis Kedua
1894
• Dihapuskan pihak Perancis
February 12, 1900
Keluasan
1700[1]10,000 km2 (3,900 bt2)
Populasi
• 1700[1]
350000
Didahului oleh
Diganti oleh
Kingdom of Abomey
Dahomey Perancis

Kerajaan ini merupakan sebuah negara yang paling utama dan lama-kelamaan memutuskan hubungannya sebagai negara naungan dengan Empayar Oyo.[1] Ia merupakan kuasa rantau yang penting selaam abad ke-18 dan 19 dengan suatu ekonomi tempatan yang tersusun hasil penaklukan dan perhambaan,[2] hubungan perdagangan penting dengan negara-negara Eropah, suatu pentadbiran berpusat, sistem percukaian yang lengkap serta sebuah angkatan tentera yang cekap.

Kerajaan ini berperang dengan pihak Perancis sebanyak dua kali, lalu kalah serta dijadikan negeri naungan kuasa tersebut pada tahun 1894.[3]

Sejarah sunting

Penamaan sunting

Nama kerajaan ini diceritakan daripada suatu peristiwa di mana raja orang Fon - sama ada yang kedua iaitu Dakodonu atau yang keempat iaitu Akaba - diberikan kebenaran menduduki dataran Abomey oleh ketua-ketua puak Gedevi. Dakodonu meminta bidang tanah lebih daripada suatu ketua bernama Dan atau Da yang menyindirnya - ada sumber yang menyatakan ketua ini berkata "mahukah aku buka perut aku membina rumah untuk engkau di dalamnya?"[4] ataupun "engkau barangkali akan membina merata-rata sampai dalam perut aku sekalipun".[5] Raja tersebut merasa terhina atas kenyataan ini lantas membunuhnya.

Tempat pembunuhan ini turut menjadi pusat kerajaan itu sendiri serta memberi nama kepada kerajaan tersebut: xo atau ho bermaksud "perut" manakala me bermaksud "dalam"; lalu nama kerajaan ini ditafsir sebagai "dalam perut Dan".[4]

Penubuhan sunting

Perang-perang menentang Perancis sunting

Senarai penguasa kerajaan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Heywood, Linda M.; John K. Thornton (2009). "Kongo and Dahomey, 1660-1815". Dalam Bailyn, Bernard & Patricia L. Denault (penyunting). Soundings in Atlantic history: latent structures and intellectual currents, 1500–1830. Cambridge, MA: Harvard University Press.
  2. ^ Polanyi, Karl (1966). Dahomey and the Slave Trade: An Analysis of an Archaic Economy. Seattle: University of Washington Press.
  3. ^ "A Note on the Abomey Protectorate". Africa. 29: 146–155. doi:10.2307/1157517.
  4. ^ a b Monroe, J. Cameron (2011). "In the Belly of Dan: Space, History, and Power in Precolonial Dahomey". Current Anthropology. 52 (6): 769–798. doi:10.1086/662678. ...which the chief responded sarcastically "Should I open up my belly and build you a house in it?" For this insult, Dakodonu killed Dan and began the construction of his palace on the spot. The name of the kingdom was derived from the incident: Dan=chief dan, xo=Belly, me=Inside of
  5. ^ EXCURSION EN AFRIQUE. Les recits des missionaires, Lightning source UK Ltd, 330 p., P. 140

Bibliografi sunting

  • Bailyn, Bernard & Patricia L. Denault (2009). Soundings in Atlantic history: latent structures and intellectual currents, 1500–1830. Harvard: Harvard University Press. m/s. 622 pages. ISBN 0-674-03276-4.
  • Alpern, Stanley B. (1999). Amazons of Black Sparta: The Women Warriors of Dahomey. New York: New York University Press. m/s. 288 pages. ISBN 0-8147-0678-9.
  • Willett, Frank, African Art, Thames & Hudson, World of Art series, 1971, ISBN 978-0-500-20364-4

Bacaan lanjut sunting

  • Edna G. Bay, Wives of the Leopard, University of Virginia Press, 1998, p. 376.
  • A. B. Ellis, The Ewe-Speaking Peoples of the Slave Coast of West Africa, Benin Press, 1965, pp. 177–238.
  • Patrick Manning, Slavery, Colonialism and Economic Growth in Dahomey, 1640-1960.

Pautan luar sunting