Daim Zainuddin
Tun Dr. Abdul Daim bin Zainuddin (lahir 29 April 1939) merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia, dan usahawan yang terkenal.
Daim Zainuddin | |
---|---|
![]() | |
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan | |
Dalam jawatan 12 Mei 2018 – 24 Februari 2020 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri Kewangan Malaysia | |
Dalam jawatan 14 Julai 1984 – 14 Mac 1991 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Tengku Razaleigh Hamzah |
Digantikan oleh | Anwar Ibrahim |
Dalam jawatan 19 Januari 1999 – 31 Mei 2001 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Mahathir Mohamad |
Digantikan oleh | Mahathir Mohamad |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Merbok, Kedah | |
Dalam jawatan 1986–2004 | |
Didahului oleh | Perlembagaan baru |
Digantikan oleh | Zainuddin Maidin |
Butiran peribadi | |
Lahir | Abdul Daim bin Zainuddin 29 April 1939 Alor Setar, Kedah, Malaya (kini Malaysia) |
Pasangan | Toh Puan Mahani Idris Toh Puan Naimah Khalid |
Anak-anak | 5 (termasuk Md Wira Dani) |
Pendidikan | PhD Sastera dan Sains Sosial (UM) |
Alma mater | Lincoln's Inn, London University of California, Berkeley Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli perniagaan, ahli politik |
Profesion | Peguam |
Laman web rasmi | daimzainuddin |
Kehidupan awal Sunting
Dilahirkan di Derga, Alor Setar Kedah, Daim mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid dari 1949 hingga 1954. Kemudian, beliau menyambung pelajaran di Institusi Saint Xavier, Pulau Pinang hingga lulus Peperiksaan Sekolah Cambridge (Cambridge School Examination) pada tahun 1957.
Kerjaya Sunting
Kerjaya Daim bermula sebagai guru sandaran di Kolej Sultan Abdul Hamid hingga 1957. Beliau kemudian lulus dalam Peperiksaan Peguam (Bar Examination) pada tahun 1959 selepas memasuki Lincoln's Inn hanya 18 bulan. Dengan ijazah undang-undang, beliau kemudiannya menyambung pelajaran dalam bidang Perancangan Bandar di Universiti California, Berkeley pada tahun 1977 dan memiliki ijazah pada tahun 1979.
Daim memulakan kerjaya dalam bidang undang-undang di Kota Bahru, Kelantan, dan kemudian menyertai perkhidmatan undang-undang dalam kerajaan. Beliau pernah menjawat jawatan majistret di Johor dan Timbalan Pendakwa Raya di Perak. Kemudian beliau membuka firma guamannya bersama Allen & Gledhill pada 1966. Tidak lama selepas itu, beliau membuka firma guamannya sendiri, Daim, Gamani. & Co.
Antara 1979 dan 1984, Daim merupakan Pengerusi Peremba Bhd, unit Perbadanan Pembangunan Bandar, yang merupakan salah sebuah syarikat yang mempelopori penglibatan aktif bumiputera dalam syarikat awam tersenarai. Beliau turut terbabit dalam bidang pemaju hartanah, Taman Maluri dan Taman Bukit Maluri. Daim turut memiliki jumlah saham yang besar dalam United Malayan Banking Corporation (UMBC) dan Malaysian-French Bank ketika itu.
Beliau juga menjadi pengerusi Fleet Holdings Sdn Bhd, sebuah kumpulan media utama, dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad. (TV3).
Politik Sunting
Kerjaya politik Daim bermula pada tahun 1966, ketika beliau bersama-sama membuka syarikat guaman bersama Allen & Gledhill. Kerajaan Pusat telah melantik firma itu bagi pihak Gabenor Sarawak untuk satu kes.
Dari situ, membuka peluang Daim di persada politik tanah air apabila sentiasa berhubung rapat untuk mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak.
Tetapi beliau tidak terus berkecimpung dalam politik kerana katanya, "Saya mahu membangunkan perniagaan saya dahulu."
Pada tahun-tahun itu juga Daim yang asalnya `berdarah perniagaan' menubuhkan firma guamannya, Daim & Co.
Kerjaya politik beliau bermula apabila dilantik sebagai senator pada 1980 hingga 1982. Kemudian pada 1982, beliau bertanding di kerusi Kuala Muda dan memenangi kerusi tersebut.
Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 14 Julai 1984 setelah Perdana Menteri menawarkan jawatan itu kepadanya – era bermulanya kegemilangan beliau sebagai pengurus dan pentadbir wang negara. Pelantikan beliau dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Setelah enam tahun memegang jawatan Menteri Kewangan dan merasakan ekonomi Malaysia benar-benar teguh dan mantap, beliau meletakkan jawatannya pada 15 Mac 1991.
Tetapi, rehat beliau itu tidak lama; sekali lagi pada Januari 1999, beliau dilantik semula sebagai Menteri Kewangan Pertama selepas Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kabinet.
Walaupun beliau berada di luar kabinet selama tujuh tahun sejak 1991, Daim masih aktif terlibat dalam hal ehwal ekonomi negara atas pelantikan beliau sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan.
Pada 20 Disember 1997, Daim dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Semasa beliau dilantik Menteri Kewangan, Daim sudah pun menganggotai kabinet sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 26 Jun 1998.
Beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 31 Mei 2001.
Beliau juga pernah memegang jawatan Bendahari Agung UMNO antara tahun 1984 hingga 1999. dan juga Bendahari Barisan Nasional (BN).
Sumbangan Sunting
Sepanjang beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beberapa projek penswastaan telah dijalankan dan akhirnya berkesan.
Polisi beliau yang terkenal ialah, pinjam daripada dalam negeri dan biarkan wang itu berkitar semula untuk dalam negeri.
Malaysian Airline System Bhd., (MAS) Tenaga Nasional Bhd., (TNB), Airod, Projek Lebuhraya Utara Selatan dan sebagainya ialah contoh kejayaan dasar penswastaan. Bukan itu sahaja, Daim telah berjaya menghasilkan ramai usahawan Melayu, korporat-korporat Melayu menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Kontroversi Sunting
Pandora Papers Sunting
Pada Oktober 2021, Daim menjadi antara tokoh-tokoh utama Malaysia yang didedahkan dalam Pandora Papers, koleksi besar dokumen bocor berkaitan korupsi skala antarabangsa, dengan siasatan pendedahan tempatan dibuat oleh Malaysiakini. Menurut dokumen itu, Daim, ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan berkepentingan didedahkan memindahkan harta mereka ke kawasan tumpuan elak cukai, terutamanya negara-negara Caribbean, melalui perantara seperti Singapura.[1] Daim memberi respons bahawa semua pemegang amanah yang disenaraikan dalam Pandora Papers adalah miliknya, dan semua urus niaga yang dijalankannya adalah sah.[2]
Anugerah Sunting
Daim telah menerima pelbagai anugerah sejak memulakan karier politiknya kira-kira 30 tahun lepas. Antaranya Darjah Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S.), Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.), Seri Setia Mahkota (S.S.M.) yang membawa gelaran Tun, dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.).
Dalam bidang pendidikan, beliau juga menerima pelbagai anugerah penghormatan atas sumbangannya kepada negara. Antaranya Doktor Kehormat Sains oleh Universiti Pertanian Malaysia (1991), Ijazah Kehormat dari alaysian Institute of Planners (1994), Doktor Kehormat Ekonomi dari Universiti Sains Malaysia (1995), Doktor Kehormat Falsafah (Pengurusan) dari Universiti Utara of Malaysia (1997) dan Ijazah Kehormat dari Malaysian Institute of Engineers (1998). Beliau dinamakan `Bapa Pembangunan Usahawan Melayu di Malaysia' oleh Pergerakan Pemuda UMNO pada 1997.
- Malaysia :
- Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) – Tun (1991)[3]
- Selangor :
- Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) – Dato' Seri (1997)
- Pahang Darul Makmur :
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri (1988)
- Kedah :
- Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) – Dato' Paduka (1988)
- Melaka :
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) – Datuk Seri (2000)
Berjaya di Afrika Sunting
Daim Zainuddin menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) sebuah bank yang berjaya di Tanzania, benua Afrika. Bank ini mempunyai 59 cawangan di Indonesia, 23 cawangan di Afrika dan 9 di Eropah timur. ICB kini memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur.
Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus. ICB yang beroperasi sejak 1994 dan disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London kini mempunyai 130 buah cawangan bank di seluruh dunia. Pada 2006, ICB menerima anugerah ‘Bank Terbaik 2006’ daripada The Banker di London.[4]
Hasil karya Sunting
Berikut ialah buku tulisan beliau atau ditulis oleh penulis lain tentang beliau:
- Tun Daim Zainuddin / E-man.: Kuala Lumpur : Cipta Publishing, 2007.
- War of deception-- the facts and fallacies about the war in Iraq / Daim Zainuddin : Subang Jaya : Pelanduk Publications, 2004.
- The 2001 budget speech : 2001.
- Daim speaks his mind : Petaling Jaya : Pelanduk Publications, 1996.
- Daim : the man behind the enigma / Cheong Mei Sui, Adibah Amin : Petaling Jaya : Pelanduk Publications, 1995.
- Malaysian 1985 tax proposals / disunting oleh Hamid Ibrahim, Nasser Hamid, A. Joseph : Kuala Lumpur : Malaysian Law Publishers, 1984.
- Malaysian 1984 budget speech and tax proposals / disunting oleh Hamid Ibrahim, A. Joseph : Kuala Lumpur : Malaysian Law Publishers, 1984.
Rujukan Sunting
- ^ Razak, Aidila; Heong, Andy (4 Oktober 2021). "Bagaimana Daim, orang kaya Malaysia guna Singapura simpan duit di luar negara". Malaysiakini. Dicapai pada 15 Februari 2023.
- ^ "'Pemegang amanah luar pesisir sah' - Daim kesal 'obsesi' M'kini terhadapnya". Malaysiakini. 4 Oktober 2021. Dicapai pada 15 Februari 2023.
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1991" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-11-23. Dicapai pada 2018-08-28.
- ^ "Tun Daim Zainuddin - Profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-30. Dicapai pada 2012-07-31.
Pautan luar Sunting
- Utusan Malaysia. Daim Menteri Kewangan Terbaik Sejak Merdeka. 4 Jun, 2001.
- Mingguan Malaysia. Tabik Hormat Untuk Daim. 3 Jun, 2001.
- Fatini Yaakob. Daim yang Diam : Sebuah Biografi. Kuala Lumpur : Imbas Cemara, 1997.
Penyandang Terdahulu | Menteri Kewangan Malaysia 14 Julai 1984 – 15 Mac 1991 Januari 1999 – 31 Mei 2001 |
Penyandang Kemudian |
Anwar Ibrahim Tengku Razaleigh Hamzah |
Tun Dr. Mahathir Mohamad |