Dain Iskandar Said

Pengarah, pelakon, penulis skrip dan penerbit Malaysia
(Dilencongkan dari Dain Said)

Dain Iskandar Said (juga dikenali sebagai Dain Said) merupakan seorang pengarah, pelakon, penulis skrip dan penerbit Malaysia. Dari kerjayanya sebagai seorang sutradara, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem cetera pertamanya, Dukun (2007) dan mula mencuri perhatian peminat filem Malaysia menerusi filem Bunohan (2012). Beliau bersama Nandita Solomon menubuhkan syarikat Apparat Sdn. Bhd. yang mengkhususkan kepada penerbitan filem.

Dain Said
Kelahiran
Dain Iskandar bin Said

PendidikanFilem dan Fotografi
Pusat pendidikanUniversiti Westminster, London
PekerjaanPengarah, penulis skrip, penerbit, pelakon
Tahun aktif2006—kini

Kehidupan awalSunting

Beliau membesar di Kuala Lumpur, Malaysia dan berkelulusan dalam Filem dan Fotografi dari Universiti Westminster di London pada tahun 1990.[1]

Kerjaya filemSunting

Selepas tamat pengajian, beliau bekerja untuk beberapa filem pendek, rancangan televisyen, iklan, pemasangan media dan dokumentari. Dain mengarahkan filem pertamanya pada tahun 2006, Dukun, tetapi diharamkan tayangannya berikutan ia mempunyai kaitan dengan kes Mona Fandey.[2] Filem kedua arahannya, Bunohan[3] ditayangkan pada 2012 dan merupakan penyerahan Malaysia di Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik.[4]

Filem ketiga arahannya, Interchange dikeluarkan pada Disember 2016,[5] dan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2016, empat bulan sebelum tayangannya.[6]

Pada 5 April 2018, filem Dukun arahan beliau lakonan Umie Aida sebagai Diana Dahlan dibenarkan tayangannya sekaligus menamatkan 12 tahun penantian beliau untuk menyaksikan filem ini ditayangkan.[7]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Pengarah Penulis skrip Penerbit
2007 Dukun Ya Tidak Tidak Filem arahan pertama, diharamkan tayangan
2012 Bunohan Ya Ya Eksekutif
2014 Terbaik dari Langit Tidak Tidak Tidak sebagai pelakon
2016 Mrs K Tidak Tidak Tidak Jerung Darat, sebagai pelakon
Interchange Ya Ya Tidak
2019 Fly By Night Tidak Ya Tidak
Wira Tidak Tidak Tidak Raja, sebagai pelakon
2020 Daulat Tidak Tidak Tidak Penganalisis Politik, sebagai pelakon
Pasal Kau! Tidak Tidak Tidak Duke, sebagai pelakon

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Saluran TV Catatan
Pengarah Penulis skrip Penerbit
2018 Iman Untuk Bulan Ya Tidak Tidak Astro First Ekslusif

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Pengarah Filem Terbaik (Dukun) Menang
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pengarah Terbaik (Dukun) Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ "Dain Iskandar Said". IFFR. Dicapai pada 2017-08-07.
  2. ^ "Will Dukun ever charm viewers?" TheStar, 3 June 2007.
  3. ^ "Bunohan: Return to Murder (2011)". New York Times. Dicapai pada 2016-01-06.
  4. ^ Bunohan calon awal Anugerah Academy
  5. ^ (Inggeris) Malaysia's Dain Iskandar Said shooting supernatural 'Interchange'
  6. ^ "Filem 'Interchange' ke Festival Filem Locarno di Switzerland". Astro Awani. 17 Julai 2016.
  7. ^ Nurul Fadila Awaludin (6 April 2018). "Misteri 12 tahun Dukun dan Diana Dahlan". Kosmo!. Dicapai pada 8 April 2018.

Pautan luarSunting