Daiyan Trisha binti Mohd Nasaruddin (lahir 22 Disember 1993)[a] merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau mula dikenali ramai menerusi telefilem pertama lakonannya yang bertajuk Dee.[2][3]

Daiyan Trisha
KelahiranDaiyan Trisha binti Mohd Nasaruddin
(1993-12-22) 22 Disember 1993 (umur 26)
Bangi, Selangor, Malaysia
PendidikanPerakaunan dan Perniagaan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, model
Tahun aktif2013–kini
Ibu bapaMohd Nasaruddin Mohamed (bapa)
Samsiah Mohd Nor (ibu)

Kehidupan peribadiSunting

Daiyan Trisha lahir dan membesar di Bangi, Selangor[4] kepada pasangan Samsiah binti Mohd Nor, seorang penulis novel terkenal[5] dan Mohd Nasaruddin bin Mohamed. Merupakan anak kedua daripada lima beradik dalam keluarganya, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Dee[5] gemar membaca dan bersenam di waktu lapang. Daiyan merupakan pemegang Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan di Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL). Daiyan memetik penyanyi Amerika Syarikat, Taylor Swift sebagai pengaruh dan idolanya dalam bidang muzik.[5]

Daiyan mendedahkan pada Oktober 2017 bahawa beliau pernah berdepan dengan kemurungan dan pelbagai masalah berkaitan pelajaran, kerjaya, peribadi dan keluarga sehingga gagal mencari jalan penyelesaian dan tempat untuk mengadu.[6]

KerjayaSunting

Daiyan mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air pada 2013 ketika berusia 20 tahun. Beliau pertama kali mendapat perhatian umum menerusi telefilem bertajuk Dee yang bersiaran di Astro Ceria.[2] Telefilem ini turut melahirkan sebuah siri TV dengan judul sama yang disiarkan pada 2015.[7]

Kerjaya filem beliau bermula pada 2015 menerusi filem drama komedi Girlfriend Kontrak arahan pengarah kelahiran Australia, Virginia Kennedy lakonan Nur Risteena dan Keith Foo.[8] Sebagai penyanyi, Daiyan telah merakamkan beberapa lagu dan single termasuk "Kerana Kau", "Cinta Suka Sayang Kamu" dan "Kita Manusia". Beliau juga berduet bersama penyanyi Indonesia, Calvin Jeremy menerusi lagu "Kita".[9]

Dari November 2017 sehingga Januari 2018, Daiyan membawakan peranan pembantu sebagai Ira dalam drama My Coffee Prince arahan Michael Ang, lakonan Fattah Amin dan Janna Nick, adaptasi dari drama Korea Selatan 2007, The 1st Shop of Coffee Prince.

Filem kedua beliau, Busker yang menggandingkan beliau bersama Hafeez Mikhail ditayangkan pada 11 Januari 2018, yang mana Daiyan memegang watak sebagai Vera.[10][11]

Daiyan menjadi bintang utama bersama Aliff Aziz dalam drama Sejuta Rasa Buat Adelia, adaptasi dari novel Ulam Kasih Sambal Cinta karya Norzailina Nordin. Beliau memegang watak sebagai Adelia Naurah, seorang cef di Malay Kitchen.[12]

Daiyan mengadakan konsert jelajah Asia Tenggara bersama penghibur kelahiran Amerika Syarikat (AS), Sam Tsui pada hujung 2019.[13]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2015 Girlfriend Kontrak Sara Virgina Kennedy Filem pertama
2018 Busker Vera Syed Fariz

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013 Dee Dee Astro Ceria
2015 Aku Mahu ke New York Fasha
2018 Syawal Mencari Cinta Tasya/Cinta ntv7

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Geng Kampung Pisang 2 Monaliza TV3
2015 Dee The Series Dee Astro Ceria
Geng UPSR Kak Zulaika Astro Tutor TV
2017 My Coffee Prince Ira Astro Ria
2018 Sejuta Rasa Buat Adelia Adelia Naurah

DiskografiSunting

Single
Tahun Tajuk Penyanyi undangan Rujukan
2013
"Kerana Kau"
2014
"Cinta Suka Sayang Kamu"
Faizul AF
2015
"Jatuh"
2016
"Kau Tahu"
"Stargazing"
"Kita"
Calvin Jeremy
2017
"Boy In My Dream"
"Kita Manusia"
2018
"Ingat"
"Brutal"
"Langit"
[14]
2019
"If I"

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016 Anugerah Industri Muzik ke-22 Lagu Inggeris Tempatan Terbaik "Stargazing" Dicalonkan
2017 Anugerah Planet Muzik ke-16 Kolaborasi Terbaik - Artis (bersama Calvin Jeremy) "Kita" Dicalonkan
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pelakon Wanita Harapan Busker Dicalonkan

Nota kakiSunting

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pemain bola sepak, Muhammad Fazly Mazlan yang juga dilahirkan pada 22 Disember 1993.

RujukanSunting

  1. ^ That Time of Night with Daiyan Trisha BFM (6 August 2015). Retrieved 26 November 2017.
  2. ^ a b Budiey (14 Disember 2013). Telefilem Dee Padat Dengan Komedi Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 26 November 2015.
  3. ^ Rafiq Mazlan (18 Oktober 2017). Daiyan Trisha percaya rezeki Sinar Harian. Dicapai pada 31 Oktober 2017.
  4. ^ Daiyan kikis imej keanak-anakan Pressreader (20 Ogos 2017). Dicapai pada 24 Jun 2018.
  5. ^ a b c Siti Athirah Dzulkifly (31 Mei 2015). Ada apa dengan Daiyan Trisha Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 Jun 2017.
  6. ^ "Saya pernah 'mental breakdown' dan ini yang saya buat..." - Daiyan Trisha Astro Awani (23 Oktober 2017). Dicapai pada 7 Mac 2018.
  7. ^ Norhayati Nordin (19 Januari 2015). Dee The Series berkonsepkan muzikal Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2015.
  8. ^ "'Girlfriend Kontrak': Malaysia's own version of 'Fifty Shades of Grey'". The Malay Mail Online. 27 Ogos 2015. Dicapai pada 27 Jun 2016.
  9. ^ Tri Susanto Setiawan (31 Oktober 2016). Calvin Jeremy dan Daiyan Trisha cari cinta sejati Kompas. Dicapai pada 20 April 2017.
  10. ^ "Dua tahun berehat, Daiyan Trisha terkejut ditawarkan berlakon filem Buskers". Astro Gempak. 16 Disember 2016. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  11. ^ "Songstress Daiyan Trisha to lead first feature film 'Busker'". The Malay Mail. 17 Oktober 2017. Dicapai pada 15 April 2018.
  12. ^ Drama Sejuta Rasa Buat Adelia lakonan Aliff Aziz dan Daiyan Trisha Info Bergetar (29 Mei 2018). Dicapai pada 26 Jun 2018.
  13. ^ Hanisah Selamat (3 Disember 2019). Daiyan Trisha jelajah Asia Tenggara Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  14. ^ Syafil Syazwan Jefri (19 Ogos 2018). "'Itu bukan gimik...' - Daiyan Trisha". Harian Metro. Dicapai pada 23 August 2018.

Pautan luarSunting