Dalam Setiap Sujud
Dalam Setiap Sujud ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Raja Ahmad Alauddin dengan idea asal dan skrip oleh Mufid Suhaimi, yang diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Jogjakarta, Indonesia.[1] Dibintangi oleh Nur Fathia, Azlee Khairi dan Keith Foo, drama ini bersiaran di Slot Ratu TV9 dari 8 Januari 2013 hingga 25 Februari 2013 menggantikan Terlanjur Cinta. Pada tahun 2014, drama ini diulang siar di Slot Samarinda TV3.[2][3]
Dalam Setiap Sujud | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Konflik |
Pencipta | Mufid Suhaimi (idea asal) |
Ditulis oleh | Mufid Suhaimi |
Pengarah | Raja Ahmad Alauddin |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Jagalah Diri" oleh Jaclyn Victor |
Lagu penutup | "Jagalah Diri" oleh Jaclyn Victor |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 14 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Hemanathan Paul (penyelaras) |
Penerbit | Jalena Rejab |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 8 Januari 2013 – 25 Februari 2013 |
Sinopsis Sunting
Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.
Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi). Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza Ul Haq).
Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya. Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah?
Pelakon Sunting
Pelakon utama Sunting
- Nur Fathia sebagai Jannah
- Azlee Khairi sebagai Fareez
- Keith Foo sebagai Hendra
- Elfaeza Ul Haq sebagai Zulaikha
Pelakon pembantu Sunting
- Rozie Othman sebagai Puan Endah
- Idris Md Diah sebagai Haji Budin
- Ku Faridah sebagai Hajah Mariah
- Watie Sadali sebagai Kak Ana
- Hasnah Hashim sebagai Datin Kirana
- Syatilla Melvin sebagai Nita
- Aidil Aziz sebagai Daniel
- Sofia Arshad sebagai Maria
- Aman Nassim sebagai Fahmi
- Fadlan Hazim sebagai Malik
- Ibu Joko sebagai Ibu Tinah
Pelakon kanak-kanak Sunting
- Laurentia Anindita sebagai Tila
Rujukan Sunting
- ^ Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud, slot Ratu TV9 Diarkibkan 2019-06-23 di Wayback Machine Empayar Ryz (8 Januari 2013). Dicapai pada 23 Jun 2013.
- ^ Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud Lakonan Keith Foo & Nur Fathia Sensasi Selebriti (4 Januari 2013). Dicapai pada 23 Jun 2013.
- ^ "Dalam Setiap Sujud" Pertemukan Fathia & Keith Foo mStar Online (8 Januari 2013). Dicapai pada 23 Jun 2013.