Damansara Damai merupakan kawasan perumahan semi elit terletak di Damansara,Selangor,Malaysia. Ia mempunyai sebanyak 9 kawasan perumahan jenis Pangsapuri iaitu Apartment Impian, Apartment Idaman, Apartment Harmoni, Apartment Bayu,Apartment (Plaza) Suria, Apartment Indah, Apartment Selasih, Kondominium Armani dan Park Avenue. Damansara Damai berasal dari tanah suku Temuan dikenali juga sebagai orang asli.

Cara untuk ke Damansara Damai.

• Untuk mencapai ke Damansara Damai, anda boleh menaiki bas RapidKL dengan servis jalan PJU 10/1, iaitu salah satu jalan utama di Damansara Damai. Walaubagaimanapun, jalan ini menjadi sesak dan sukar diguna terutamanya semasa waktu yang sibuk dan jalan ini digunakan oleh pelbagai jenis kenderaan, contohnya kenderaan berat yang akan menjadikan kesesakan semakin teruk. Damansara Damai juga mempunyai khidmat bas percuma Bas Smart Selangor dan MRT Feeder Bus yang akan menghantar anda ke MRT Sungai Buloh atau MRT Damansara Damai iaitu projek MRT yang dijangka siap pada awal tahun 2021.

Infrastruktur di Damansara Damai.

• Damansara Damai mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur seperti stesyen minyak Petronas, stesyen minyak Shell, KFC, McDonalds, Secret Recipe, Tealive, dan gerai-gerai makanan. Ia juga mempunyai pusat beli-belah jalanan Tok Yem's Street Mall yang mempunyai kedai-kedai seperti kedai barangan kanak-kanak Thomas and Friends Merchandise, Fridge Magnet Worldwide Online, kedai rokok elektronik (vape), AwanNano's VapeShop, kedai kek, Secret Recipe dan lain lain. Terdapat juga stesyen bas bersebelan Tok Yem's Street Mall. Damansara Damai juga ade kedai makan raihana untuk anak bujang lepak.