Dampak (filem)

filem Malaysia 2013

Dampak merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2013 arahan Lai Yuk Long. Filem ini menampilkan pelakon- pelakon A- List Malaysia seperti Aaron Aziz dan Farid Kamil, serta bintang bintang paling popular di tanah air iaitu Intan Ladyana, Cat Farish, Juliana Evans dan Scha Alyahya. Filem ini juga dibintangi oleh pelakon, model dan penggiat seni mempertahankan diri berbangsa Cina, Michael Chin. Filem ini telah ditayangkan pada 19 September 2013.

Dampak
Pengarah
  • Andy Mak
  • Lai Yuk Long
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Supreme Broadcast Intl Sdn Bhd
Tarikh tayangan
  • 29 September 2013 (2013-09-29) (Malaysia)
Masa tayangan
93 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Mengisahkan misi lima beradik cuba membalas dendam atas kematian bapa mereka tetapi diduga dengan pelbagai halangan yang akhirnya membongkor misteri yang wujud dalam keluarga mereka sendiri. Misi bermula dengan kisah Idrus bersama-sama adik angkatnya, Giran, Hana dan Qyra mencari Afran yang hilang untuk menyelidik rahsia Tok Long. Selepas Afran ditemui, mereka teruskan usaha mencari sejarah Tok Long sehinggalah dipertemukan dengan Botak yang kebetulan dibelasah orang-orang suruhan Man. Man pula musuh Joni Hitam, kumpulan gangster dan kongsi gelap yang menggunakan nama Lambang Merah sebagai tagline mereka. Keberanian dan ketangkasan Giran dan Afran bertarung menarik minat Joni mempelawa mereka bekerja di bawah naungannya. Namun mendapat tentangan adik beradik lain yang bimbang misi mereka akan terjejas. Tetapi Idrus menyakinkan tugas mereka pasti lebih mudah sekiranya berada di bawah Lambang Merah. Pada waktu itulah, mereka dipertemukan dengan Tiger Lang, kepala kumpulan Lambang Merah yang mempunyai pertalian rapat dengan kisah silam mereka.

Pelakon sunting


Pautan Luar sunting