Dance Like Nobody's Watching

"Dance Like Nobody's Watching" (disingkat sebagai DLNW) ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Yuna.[1] Ia dikeluarkan pada 4 Disember 2020 sebagai single ketiganya untuk album studio terbarunya yang akan datang selepas dua single terdahulu, iaitu "Stay Where You Are" dan "Invisible".[2] Ia mendapat sambutan apabila menjadi lagu yang paling banyak distrim di Filipina.[3][4]

"Dance Like Nobody's Watching"
Single oleh Yuna
Dikeluarkan pada4 Disember 2020
Format
Genre
Panjang3:45
Syarikat
PenulisYunalis Zarai
PenerbitJordan Reyes
Kronologi single Yuna
"Invisible"
(2020)
"Dance Like Nobody's Watching"
(2020)
"Don't Blame It On Love"
(2021)

KomposisiSunting

Berdurasi selama 3 minit dan 45 saat, "Dance Like Nobody's Watching" atau disingkatkan sebagai DLNW berkisarkan mengenai mencari ketenangan dengan merasa selesa dalam diri seseorang.[5][6] Ini termasuk pesanan untuk menyayangi diri sendiri sepenuhnya (tanpa bergantung pada sesiapapun untuk berbuat demikian) dalam nada yang menarik dan menawan yang menginspirasi seseorang untuk berdiri dan bergerak.[4] Yuna berkata mengenai lagu ini:

"DLNW ialah lagu mengenai luahan hati. Ia berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri selepas melalui kesedihan. Tak pernah terfikir bahawa kita boleh pasang lagu kesukaan, kemudian menari untuk buang perasaan itu. Akhirnya, saya temui rasa cinta terhadap tarian dan ia sangat membuatkan saya rasa bebas,".[4]

KeluaranSunting

"Dance Like Nobody's Watching" dikeluarkan pada 4 Disember 2020 sebagai single ketiga Yuna untuk album studio kelapannya yang akan datang. Ia menerima lebih sejuta penstriman di Spotify selepas pelancaran rasminya. Sebanyak 200,000 jumlah penstrimannya datang dari Filipina.[3][7]

Dalam ulasan retrospektif untuk The Ithacan, Arleigh Rodgers berkata: "Bermula dengan perlahan dan menjadi rentak tarian elektronik yang hebat, "Dance Like Nobody's Watching" sesuai dengan namanya. Yuna mempamerkan vokalnya yang luar biasa, dan walaupun kadang-kadang mereka diredam, mereka bersinar melalui gema mereka".[8] Jem Aswad dari Variety menyenaraikan lagu ini dalam senarai 'Best Songs of the Week'.[9]

Format dan senarai runutSunting

Muat turun digital[10]
  1. "Dance Like Nobody's Watching" – 3:45

Sejarah keluaranSunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 4 Disember 2020 Muat turun digital[10]
Penstriman digital[11]
Yuna Room Records, Independently Popular

RujukanSunting

  1. ^ D-Money (9 September 2020). "Yuna encourages us to 'Dance Like Nobody's Watching'". Soulbounce. Dicapai pada 5 April 2021.
  2. ^ "New Music: Yuna - "Dance Like Nobody's Watching"" (dalam bahasa Inggeris). RNB Junkie Official. 10 Disember 2020. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  3. ^ a b Georgie Joseph (9 Februari 2021). "Lagu Yuna jadi pilihan warga Filipina". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  4. ^ a b c "Yuna's Dance Like Nobody's Watching garners over a million Spotify streams has most number of plays from the Philippines" (dalam bahasa Inggeris). LionhearTV. 9 Februari 2021. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  5. ^ BJ Panda Bear (7 Disember 2020). "Yuna wants you to "Dance Like Nobody's Watching"" (dalam bahasa Inggeris). Papermag. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  6. ^ A. Azim Idris (4 Disember 2020). "Listen to Yuna's groovy new single 'Dance Like Nobody's Watching" (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  7. ^ Dennis Chua (9 Februari 2021). "#Showbiz: Yuna's latest song a hit with Filipinos" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  8. ^ Arleigh Rodgers (6 Disember 2020). "Review: Singles for the week of 12/4" (dalam bahasa Inggeris). The Ithacan. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  9. ^ "Best Songs of the Week: Lil Baby, Juice, WRLD" (dalam bahasa Inggeris). Variety. 4 Disember 2020. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  10. ^ a b "Dance Like Nobody's Watching - Single by Yuna on Apple Music" (dalam bahasa Inggeris). iTunes (US). 4 Disember 2020. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  11. ^ "Dance Like Nobody's Watching - Single by Yuna". Spotify (dalam bahasa Inggeris). 4 Disember 2020. Dicapai pada 7 Mac 2021.

Pautan luarSunting