Dangdut (album Ramlah Ram)
'Album Dangdut ' merupakan album solo ke 8 Ramlah Ram yang dipasarkan pada April 1994. Album ini menampilkan 10 lagu ciptaan komposer Iwan, Mohar dan beberapa komposer lain. Lagu hits Selamat Jalan Romeo menjadi fenomena ketika itu sekaligus melonjakkan irama Dangdut ke persada muzik Malaysia. Album ini pernah mendapat pencalonan akhir (Top 5) bagi kategori Album Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik dan mendapat anugerah double platinum (terjual melebihi 100,000 unit). Selepas album ini fenomena dangdut mula menguasai arena muzik tanahair dengan kemunculan album dangdut Amelina pada sekitar penghujung tahun 1994 dan beberapa artis lain seperti Mas Idayu dan Sheeda pada awal 1995.
Dangdut | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1994 | |||
Dirakamkan pada | 1994 | |||
Genre | Dangdut | |||
Bahasa | bahasa Melayu | |||
Syarikat | BMG | |||
Penerbit | Iwan | |||
Kronologi Ramlah Ram | ||||
| ||||
Single dari album Dangdut | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Senarai Runut Sunting
No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Selamat Jalan Romeo" (Toyak (iwan) / Nabila) | (4.00) | |||
2. | "Berikan Simpati" (Mohar) | ||||
3. | "Hasrat" (Mohar / Anuar) | ||||
4. | "Kepulanganmu (featuring Rashid Ram)" (Mohar / Brogo) | ||||
5. | "Bagai Satu Mimpi" (Rashid Ram) | ||||
6. | "Sampai Bila Ku Ingat" (Iwan / Juwie) | ||||
7. | "Fikirkan Bersama" (Mohar / Brogo) | ||||
8. | "Desaru" (Mohar) | ||||
9. | "Rindu Belaian" (Toyak (Iwan) / Juwie) | ||||
10. | "Pedoman (Suka Duka) (featuring Shafiei Ram)" (Mohar) | ||||