Daniel Alves

(Dilencongkan dari Dani Alves)

Daniel Alves da Silva (lahir 6 Mei 1983), atau dikenali sebagai Dani Alves (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈdɐ̃ni ˈawvis]), merupakan bekas pemain bola sepak Brazil. Beliau bermain di posisi bek.

Dani Alves
Maklumat peribadi
Nama penuh Daniel Alves da Silva[1]
Tarikh lahir (1983-05-06) 6 Mei 1983 (umur 40)
Tempat lahir Juazeiro, Brazil
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)[2]
Posisi permainan Bek kanan
Nombor 10
Kerjaya remaja
Juazeiro
Bahia
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2002 Bahia 25 (2)
2002–2008 Sevilla 175 (11)
2008–2016 Barcelona 247 (14)
2016–2017 Juventus 19 (2)
2017–2019 Paris Saint-Germain 48 (2)
2019–2021 São Paulo 95 (9)
2021-2022 Barcelona 20 (1)
2022-2023 UNAM Pumas 13 (0)
Pasukan kebangsaan
Brazil B20 7 (0)
2006– Brazil 126 (8)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 Mei 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Julai 2019

Kerjaya kelab sunting

Bahia sunting

Alves membuat debut profesional untuk Esporte Clube Bahia ketika menentang Paraná Clube dalam saingan Campeonato Brasileiro Série A 2001. Bahia menang 3–0, bersama Alves yang membuat dua hantaran. Jurulatih Evaristo de Macedo memberikan peluang untuk beliau memilih pasukan untuk kerjayanya. Aksi beliau yang baik telah menarik perhatian dari sebelah Sepanyol, Sevilla FC pada 2002.[3]

Sevilla sunting

Selepas musim 2002–03, Alves bermain dalam Kejohanan Remaja Dunia FIFA 2003, di mana beliau menjadi inspirasi pemain Brazil untuk memenangi kejohanan itu. Beliau dinamakan pemain ketiga terbaik dalam kejohanan itu. Selepas kejohanan itu, Sevilla ingin membeli beliau secara kekal kerana sebelum ini, beliau bermain dengan Sevilla secara pinjaman.

Pada Jun 2006, Sevilla bersetuju untuk menjual Alves ke Liverpool, tetapi Liverpool tidak selesa dengan harga yang ditawarkan oleh Sevilla sebanyak £8 juta.[4] Pada Disember 2006, beliau menandatangani kontrak baru bersama Sevilla, dan beliau kekal bersama Sevilla sehingga 2012.[5] Beliau membuat aksi yang terbaik pada musim 2006–07, dengan membuat 47 penampilan dan menjaringkan lima gol. Beliau bermain semua perlawanan untuk Sevilla dalam kejohanan Piala UEFA, termasuklah perlawanan akhir di mana Sevilla menang.

Beliau telah memiliki kewarganegaraan Sepanyol, dan beliau boleh untuk memiliki kuota bukan-EU(Kesatuan Eropah), jadi beliau memiliki permit kerja untuk bermain di mana-mana negara EU.[6]

Pada 1 Ogos 2007, Alves memberitahu SporTV bahawa beliau akan meninggalkan Sevilla untuk ke kelab gergasi Eropah.[7] Beliau juga berbesar hati kerana Chelsea ingin menggunakan khidmatnya dan beliau tidak akan melepaskan peluangnya.[8] Dalam satu temu ramah bersama Antena 3 pada 8 Ogos, Dani Alves bersetuju bahawa ejennya telah berada di England untuk berbincang dengan tawaran Chelsea.[9]

Pada 16 Ogos 2007, Sevilla menolak bidaan dari Chelsea dan 6 hari kemudian, Sevilla menolak lagi 2 bidaan dari Chelsea.[10][11] Alves kemudian meluahkan perasaan kecewanya kepada presiden Sevilla José María del Nido kerana peluangnya untuk ke Stamford Bridge kini hancur, apabila Chelsea telah menandatangani pemain bek Brazil, Juliano Belletti dengan harga yang jauh lebih kurang.[12]

Selepas "perang mulut" di antara Alves dan presiden Sevilla del Nido,[13] Alves mengatakan bahawa beliau akan terus tinggal di Sevilla selepas beliau berdamai dengan presiden itu.

Barcelona sunting

 
Alves bersama Barcelona pada 2011.

Pada 2 Julai 2008, Alves sertai FC Barcelona.[14] Harga yang dilaporkan ialah sebanyak £23 juta, menjadikan beliau bahawa pemain pertahanan yang paling mahal[15] dan pemain ketiga paling mahal dibeli oleh Barca. Beliau menandatangani kontrak empat tahun bersama Barca, kontrak itu berharga €90 juta.

Alves membuat penampilan pertama untuk Barcelona ketika menentang kelab Poland, Wisła Kraków dalam pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara UEFA 2008-09 pada 13 Ogos 2008.[16] Beliau membuat debut La Liga bersama Barca ketika menentang CD Numancia pada 31 Ogos 2008.[17] Beliau terlepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2009 selepas memiliki dua kad kuning, Barca membenam Manchester United, 2-0.

Dalam musim keduanya di Barça, Alves bersama pasukannya memenangai gelaran La Liga dan menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA 2009. Pada musim 2010-11, Alves bersama Barcelona memenangi gelaran La Liga buat kali ketiga.

Pada 28 Mei 2011, Alves bermain buat pertama kali di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester United, 3-1 di Stadium Wembley.

Pada musim 2011–12, Alves sebahagian daripada skuad Barcelona yang memenangi Copa del Rey dan Piala Dunia Kelab FIFA 2011. Dalam musim 2012–13, Alves bersama Barcelona memenangai gelaran La Liga buat kali keempat dalam musim keempatnya di Barça.

Pada musim 2013–14, Alves menyarung jersi nombor 22 yang pernah disarung oleh rakannya, Éric Abidal.[18]

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Dani Alves bersama trofi Piala Konfederasi FIFA.

Alves membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Brazil dalam perlawanan tidak rasmi menentang kelab Kuwait, Al-Kuwait Selection pada 7 Oktober 2006. Tiga hari kemudian, beliau memiliki kaps pertamanya ketika menentang Ecuador dalam perlawanan persahabatan. Beliau termasuk dalam skuad Brazil yang beraksi di Copa América 2007. Beliau bermain untuk Brazil sebanyak empat perlawanan termasuk membuat satu hantaran dan menjaringkan gol ketika menentang Argentina dalam perlawanan akhir. Alves sebagai pemain gantian ketika separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 menentang Afrika Selatan, beliau juga menyelamatkan maruah Brazil dengan menjaringkan gol kemenangan amelalui sepakan percuma pada minit ke-88, Brazil menang 1-0.[19]

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Arena Pihak lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 15 Julai 2007 Estádio José Encarnación Romero, Maracaibo, Venezuela   Argentina 3–0 3–0 Copa América 2007
2 6 Jun 2009 Stadium Centenario, Montevideo, Uruguay   Uruguay 0–1 0–4 Kelayakan Piala Dunia 2010
3 25 Jun 2009 Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan   Afrika Selatan 1–0 1–1 Piala Konfederasi FIFA 2009
4 7 Oktober 2010 Stadium Sheikh Zayed, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu   Iran 1–0 3–0 Persahabatan
5 11 Oktober 2010 Stadium Pride Park, Derby, England   Ukraine 1–1 2–2 Persahabatan
6. 3 Jun 2014 Estádio Serra Dourada, Goiânia, Brazil   Panama 3–0 3–0 Persahabatan

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 7 Disember 2014.[20]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[21] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Bahia 2001 6 0 6 0
2002 19 2 19 2
Jumlah 25 2 25 2
Sevilla 2002–03 10 0 1 0 11 0
2003–04 29 1 6 1 35 2
2004–05 33 2 2 0 9 0 44 2
2005–06 36 3 2 0 14 0 52 3
2006–07 34 3 8 0 14 2 1 0 57 5
2007–08 33 2 3 0 8 2 3 0 47 4
Jumlah 175 11 22 1 45 4 4 0 246 16
Barcelona 2008–09 34 5 8 0 12 0 54 5
2009–10 29 3 3 0 11 0 3 0 48 3
2010–11 35 2 5 0 12 2 2 0 54 4
2011–12 33 2 5 1 10 0 3 0 52 3
2012–13 30 0 6 0 10 1 1 0 47 1
2013–14 27 2 5 0 8 2 2 0 42 4
2014–15 11 0 0 0 5 0 0 0 16 0
Jumlah 199 14 32 1 68 5 14 0 313 20
Jumlah kerjaya 399 27 54 2 113 9 18 0 584 38

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Bahia
Sevilla
Barcelona

Brazil sunting

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "FIFA Club World Cup UAE 2009 presented by Toyota: List of Players" (PDF). FIFA. 1 December 2009. m/s. 1. Dicapai pada 28 March 2014.
  2. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA.com. 11 June 2014. m/s. 6. Dicapai pada 15 October 2014.
  3. ^ "Daniel Alves: da Bahia para o sucesso" (dalam bahasa Portuguese). Esporte Clube Bahia. 26 June 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-06. Dicapai pada 7 January 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Liverpool cleared to sign Alves". BBC Sport. 15 June 2006. Dicapai pada 27 April 2009.
  5. ^ "Sevilla keep hold of Alves". UEFA. 22 December 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-03. Dicapai pada 29 ay 2007. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  6. ^ Caroe, Charlie (15 February 2008). "Alves alerts Chelsea and Tottenham". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-19. Dicapai pada 11 May 2009.
  7. ^ "Alves courts Chelsea move". Eurosport. 1 August 2007. Dicapai pada 3 August 2007. [pautan mati]
  8. ^ "Alves "cannot turn down" Chelsea". Eurosport. 3 August 2007. Dicapai pada 3 August 2007. [pautan mati]
  9. ^ "Alves puts pressure on Sevilla". Eurosport. 8 August 2007. Dicapai pada 8 August 2007. [pautan mati]
  10. ^ "Sevilla snub Alves bid". BBC Sport. 16 August 2008. Dicapai pada 7 January 2011.
  11. ^ "Fresh Alves bids rejected". Eurosport. 22 August 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-26. Dicapai pada 1 September 2007.
  12. ^ "Alves reveals Del Nido dismay". Sky Sports. 24 August 2007. Dicapai pada 1 September 2007.
  13. ^ "Alves in 'no show'". Eurosport. 27 August 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-26. Dicapai pada 1 September 2013.
  14. ^ "I have Sevilla to thank for everything..." Sevilla FC. 1 July 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-22. Dicapai pada 23 July 2008.
  15. ^ "Alves: "Me voy como soñé, por la puerta grande"". El País (dalam bahasa Spanish). 1 July 2008. Dicapai pada 11 May 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Soccernet match stats". ESPNsoccernet. 13 August 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-23. Dicapai pada 11 May 2009.
  17. ^ "Soccernet match report". ESPNsoccernet. 2 September 20082. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-23. Dicapai pada 11 May 20091. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  18. ^ "Eric Abidal says Dani Alves offered him part of his liver for transplant". The Guardian. Associated Press. 16 September 2013. Dicapai pada 30 August 2014.
  19. ^ "Brazil 1–0 South Africa". BBC Sport. 25 June 2009. Dicapai pada 25 June 2009.
  20. ^ "Daniel Alves". ESPN Soccernet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-22. Dicapai pada 24 April 2010.
  21. ^ Termasuk kejohanan lain iaiaut Supercopa de España, Piala Super UEFA, Piala Dunia Kelab FIFA