Daniel Davis (lahir 26 November 1945) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang terkenal menerusi watak Niles dalam sitkom popular The Nanny.

Daniel Davis
Fail:Daniel Davisx.jpg
Kelahiran
Daniel Davis

(1945-11-26) 26 November 1945 (umur 78)
Tahun aktif1971 — kini

Davis dilahirkan di Gurdon, Arkansas dan mula meminati bidang lakonan semenjak kecil lagi, iaitu semenjak kedua ibu bapanya menjalankan dan memiliki teater drama. Lakonan pertama beliau ketika berusia 11 tahun menerusi program siaran Little Rock berjudul Betty's Little Rascals.

Davis menamatkan pengajian di sekolah tingginya pada tahun 1963. Beliau kemudiannya belajr di Pusat Seni Arkansas, diikuti dengan bekerja dengan Festival Shakespeare Oregon, Festival Shakespeare Stratford, dan enam tahun dengan Teater Konservatori Amerika (ACT) -- beliau juga mengajar lakonan ketika berada di ACT. Beliau pernah muncuk dalam sebuah episod Frasier.

Peranan Niles di dalam The Nanny telah membuatkan ramai mempercayai bahawa Davis merupakan berdarah Inggeris, sedangkan beliau sebenarnya adalah orang Amerika Selatan[1].

Beliau juga pernah mementaskan La Cage Aux Folles bersama Gary Beach bermula November 2004 sehingga Mac 2005. Beliau dilaporkan bertelingkah dengan Beach dan juga yang lain dan telah dipecat. Wataknya diambil alih oleh Robert Goulet. [2]"

Beliau juga muncul di dalam siri Ugly Betty

Pautan Luar sunting